Guru perlu menggunakan soalan yang dapat meransangkan kanak-kanak pemikiran divergen (bercambah). Contoh-contoh soalan yang dapat mencambahkan pemikiran:
- "Apa lagi yang boleh kamu buat?"
- Adakah cara lain?"
- "Bagaimana agaknya jika pintu ini terkunci dari luar. Cuba fikirkan cara kita hendak keluar?" Jenis soalan di atas merupakan asas sumbangsaran (brainstorming) yang boleh dilaksanakan dengan jayanya kepada kanak-kanak di tadika menerusi cara bermain. Cara penyoalan ini juga menggalakkan kanak-kanak untuk melihat soalan boleh dijawab dengan beberapa jawapan yang betul dan membina tabiat melihat lebih daripada satu penyelesaian terhadap masalah.
No comments:
Post a Comment