Main membolehkan kanak-kanak meluahkan ekspresi personaliti dan tindakbalas yang unik terhadap persekitaran. Aktiviti ekspresif diri memperkayakan imaginasi kanak-kanak. Oleh kerana permainan imaginatif mengandungi elemen kejujuran maka aktiviti aspek kreatif sememangnya main sedia ada memperlihatkan elemen tersebut. Contohnya kanak-kanak boleh memberikan pelbagai jawapan penyelesaian masalah atau tingkahlaku menerusi permainan imaginatif "dikejar anjing". Pastinya pelbagai penyelesaian masalah dilakukan oleh kanak-kanak untuk mengatasi masalah yang dihadapi ketika di kejar anjing. Mungkin ada yang bersuara tinggi dengan menjerit menghalau anjing, menyiram air, menutup pintu dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment