Pandangan mereka yang berpegang kepada perspektif pemupukan (nurture) lebih menekankan kepada pengaruh persekitaran yang membentuk keperibadian kanak-kanak. Contohnya sesuatu tingkahlaku yang dianggap normal di dalam sesebuah keluarga misalnya anak keluarga tersebut seawal usia sudah menunjukkan minat kepada muzik tetapi perkara tersebut adalah terlalu asing bagi keluarga yang lain. Kebaikan pendidik yang berpegang kepada perspektif pemupukan perlu memahami norma dan harapan setiap keluarga, komuniti dan budaya. Kebaikan perspektif pendidik secara proaktif dalam membentuk persekitaran pembelajaran. Manakala keburukannya pendidik menghadapi kesukaran untuk mengubahsuai rekabentuk persekitaran mengikut keperluan setiap kanak-kanak sesuai dengan suasana di rumah masing-masing. Cabaran ini akan mengecewakan pendidik kerana tidak realistik untuk mengikuti kehendak keluarga dalam mendidik kanak-kanak.
Assalamualaikum Prof. Bagaimana pandangan/pendapat prof tentang cara atau pendekatan yang perlu diambil oleh pendidik di Malaysia agar boleh merealisasikan sistem pemupukan sesuai dgn kemajuan kanak-kanak dalam bidang akademik?
ReplyDeletePendidik dan masyarakat perlu memahami perkembangan kanak-kanak mengikut fitrahnya. Mendidik mengikut amalan yang bersesuaian tahap usia dan perkembangan (domain).
ReplyDeleteTerima kasih Prof.
ReplyDelete