Friday, February 3, 2012

Persekitaran Tulisan Dalam Kehidupan Harian

Orang dewasa dan pendidik hendaklah menghubungkan tulisan dengan peristiwa harian sama ada di rumah atau taska/tadika. Hal ini tidak sukar tetapi memerlukan orang dewasa untuk mengenalpasti dan tujuan tindakan. Tulisan boleh dimulakan dengan nama kanak-kanak dan diletakkan pada baju, kasut, makanan, alat mainan, dan untuk semua objek di rumah atau di taska/tadika.

Kanak-kanak perlu belajar tentang tulisan yang boleh memuaskan keperluannya. Ini menjadikan tulisan itu berguna. Kanak-kanak menjadi lebih perihatin terhadap tulisan dengan mengunakan tulisan secara betul dan bermakna mengikut tujuan. Contohnya menulis tanda arah, membaca nama di carta tugasan, melihat tanda KELUAR di pintu, melihat resipi dan mendengar cerita.

2 comments:

  1. Prof, saya perhatikan anak2 muda sekarang kerap menggunakan tulisan bercampur seperti; NuRwaNi, hingga sewaku mengisi borang bila memohon pekerjaan atau mendaftar dengan agensi kerajaan pun mereka menggunakan kaedah yang sama. Bila ditegur baru mereka tahu mereka sedang melakukan kesilapan kerana ia sudah menjadi "kebiasaan" kepada mereka.

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan pandangan puan. Malahan menjawab soalan peperiksaan menggunakan bahasa SMS.

    ReplyDelete