Penggunaan komputer yang bersesuaian memberi implikasi kepada pendidik kanak-kanak di taska dan tadika. Apabila penglibatan pendidik semakin aktif menggunakan teknologi komputer mereka perlu mendapat latihan dan khidmat sokongan yang berterusan. Tujuannya untuk melengkapkan diri membuat keputusan tentang komputer dan perisian yang akan digunakan oleh kanak-kanak di samping menyediakan persekitran pembelajaran yang berkesan dengan penggunaan komputer. Matlamat ini dapat dicapai menerusi latihan yang menyediakan maklumat asas dan kesedaran terhadap teknologi dan perisian komputer yang begitu cepat berkembang san sentiasa berubah. Latihan hendaklah menekankan penilaian perisian yang berhubung dengan perkembangan kanak-kanak.
Prof, secara peribadinya saya bersetuju. Tidak seperti televisyen, komputer memberi pilihan pembelajaran secara interaktif. Kanak-kanak boleh melakukan aktiviti yang disediakan dan had masa sekurang-kurang 10 minit dan tidak melebihi 20 minit untuk setiap aktiviti. Perlu diingat, seperti yang Prof nyatakan sebelum ini bahawa ianya hanya sebagai suatu "alat pembelajaran".
ReplyDeleteTerima kasih dengan perkongsian pandangan jelas untuk dikongsikan bersama pembaca.
ReplyDelete