Selalunya ibu bapa bertanya kepada pendidik tadika malahan taska tentang keupayaan dan pencapaian anak-anaknya terhadap penulisan. Sebelum memberi penerangan pendidik hendaklah mengenalpasti minat kanak-kanak terhadap penulisan huruf, perkataan dan angka/nombor. Pendidik hendaklah menyediakan panduan penulisan dan nombor untuk ibu bapa yang memerlukannya sebagai panduan membimbing anaknya di rumah. Pendidik sebenarnya mengalakkan percubaan untuk menulis tetapi tidak sekali-kali cuba mengajar menulis kepada setiap kanak-kanak. Terdapat kanak-kanak yang tidak berminat dan ada pula kanak-kanak mendapati terlalu sukar untuk menulis pada tahap perkembangannya.
Ibu bapa boleh membantu dengan menyediakan kertas dan alat tulis untuk anaknya menulis di rumah dengan memberi perhatian apabila ditanya oleh anaknya tentang huruf dan perkataan. Kanak-kanak yang mula terlalu awal menulis huruf dan nombor, penulisannya terbalik, depan ke belakang, atas ke bawah. Perkara ini adalah dijangkakan dan ibu bapa jangan bimbang tentang fenomena ini. Kanak-kanak memerlukan masa untuk memahami dan ibu bapa cuma perlu memberi dorongan untuk memupuk minat secara berterusan bukan paksaan.

aslkum prof,saya ingin mohon pendapat prof tentang beberapa cadangan aktiviti kurikulum prasekolah yang boleh dijalankan bersama ibubapa. tq.
ReplyDeletesalam prof...boleh bg contoh tahap penulisan kanak-kanak
ReplyDelete