Friday, February 10, 2012

Pendekatan Membaca Menyeluruh

Salah satu kaedah mengajar membaca ialah pendekatan membaca secara meyeluruh atau keseluruhan. Kadangkala dipanggil pendekatan seni berbahasa. Pendekatan ini menganggap membaca merupakan sebahagian daripada proses berkomunikasi. Pendekatan ini saling berhubung antara bidang kemahiran untuk membantu kanak-kanak memahami bahawa komunikasi itu adalah proses yang menyeluruh iaitu bertutur, mendengar, menggunakan simbol penulisan dan membaca simbol.

2 comments:

  1. Apabila disebutkan "mengajar membaca", ia pastinya melibatkan proses interaksi dua hala, guru atau ibu bapa atau orang dewasa dengan kanak-kanak. Menyerahkan tugas media seperti televisyen dan cakera padat untuk mengajar membaca kepada kanak-kanak tanpa ada bimbingan orang dewasa pada waktu itu tidak melibatkan interaksi dua hala. Bermakna ianya tidak melibatkan proses yang menyeluruh. Kanak-kanak akan bertutur, mendengar tetapi hanya satu hala. Kasihan kanak-kanak itu. Saya berharap sangat sekiranya sewaktu kursus KAAK, perkara seperti ini diambil perhatian lebih dalam usaha membantu kanak-kanak dalam perkembangan menyeluruhnya. Walaupun pengasuh dikatakan sudah ada pengalaman dengan kanak-kanak, tetapi hakikatnya mereka masih belum memahami apa itu yang dikatakan "perkembangan menyeluruh" yang sebenar. Kefahaman yang mendalam amat penting buat mereka. Biarlah membaca sepotong ayat, yang penting kanak-kanak faham apa yang diajar.

    Komen dari Prof amat saya hargai.

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan pandangan anda.Media hanya alat sehala yang tidak memberi bimbingan untuk membetulkan kesilapan dan menunjukcara kepada yang mengikutinya. Guru yang berilmu dapat mengesan dan memperbaiki kesalahan yang telah dilakukan. Oleh itu peranan guru amat penting dalam pendidikan sama ada dalam kelas formal, kursus dan sebagainya.

    ReplyDelete