Tuesday, February 28, 2017

Peranan Makmal Dalam Latihan Pendidikan Awal Kanak-Kanak




Makmal dalam pendidikan awal kanak-kanak sangat penting digunakan untuk melatih pelajar-pelajar yang bakal menjadi pendidik awal kanak-kanak. Makmal yang dimaksud benar-benar menyerupai persekitaran tadika dan taska. Kuliah dijalankan dalam suasana persekitaran sebenar kecuali tiada kanak-kanak. Kelebihannya pelajar dapat menghayati keadaan sebenar berbanding belajar di bilik kuliah dan pensyarah hanya memberi teori tanpa amali. Pandangan yang mengatakan sebuah makmal perlukan kanak-kanak sepatutnya tidak wujud sama sekali. Pelajar boleh mendapat pendedahan seterusnya apabila menjalani tugasan lapangan dan praktikum. Peranan makmal juga mempunyai fungsi memberi pengalaman sebelum ke alam pekerjaan sebenar.

5 comments:

  1. Assalamualaikum prof Dr, Saya badrul dari berita harian. maaf kerana menganggu di ruangan komen ini. Bagaimana saya boleh hubungi prof dr bagi tujuan penulisan artikel saya.

    saya boleh dihubungi di emel: badrulkamal@bh.com.my

    terima kasih prof dr

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum prof. penyediaan makmal kepada peunutut-penuntut yang terlibat dalam pendidikan awal kanak-kanak amat penting bagi meningkatkan konsep kendiri penuntut dalam menceburi pendidikan awal kanak-kanak memandangkan pendidikan awal kanak-kanak sering dianggap sebagai suatu pilihan kerjaya yang tidak profesional. diharapkan dengan adanya makmal ini dapat menambahkan keyakinan kepada penuntut-penuntut yang menceburi kursus ini akan kepentingan mereka dalam membantu melahirkan generasi yang yang lebih berkualiti dari pelbagai sudut pertumbuhan dan perkembangan yang sebenar. diharapkan usaha prof dalam memartabatkan pendidikan awal kanak-kanak dirahmati dan diberikan kekuatan yang berpanjangan oleh ALLAH s.w.t. tahniah prof.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt Prof Dr, diharap Prof berada dalam keadaan baik dan sejahtera.

    saya NurImani seorang pelajar sarjana PAKK dari UKM. Boleh saya tahu bagaimana saya dapat berhubung dengan Prof? untuk tujuan kajian yang saya sedang lakukan. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lama tidak melihat blog. Boleh hubungi saya menerusi mesej di fb. Terima kasih.

      Delete