Wednesday, November 15, 2017

Ukulele aktiviti pengajaran guru di taska dan tadika



Ramai pendidik awal kanak-kanak apabila hendak menjalankan aktiviti nyanyian dan muzik akan cuba mengelakkan daripada melakukan aktiviti tersebut. Kalau ada hanya sekadar menyanyi bersama kanak-kanak. Tiada sesuatu yang dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk mendorong terlibat secara aktif. Kelemahan kebanyakan guru pendidikan awal kanak-kanak di negara kita tidak dapat menguasai permainan alat muzik yang mudah dimainkan oleh guru itu sendiri. Mungkin muzik ukulele merupakan salah satu alat muzik yang tidak sukar untuk dimainkan oleh guru. Di samping itu alat muzik ukulele mudah dibawa ke sana sini. 

Kurikulum pendidikan bakal guru bukan hanya sekadar memberi ilmu dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Guru perlu dilengkapkan kemahiran yang dapat menarik perhatian. Antara kemahiran memainkan alat muzik amat mendesak. Ramai pengusaha dan mereka yang terlibat memberi maklumbalas terhadap kelemahan dan kesukaran untuk mendapatkan guru yang boleh memainkan alat muzik semasa mereka mengajar.

Sebenarnya guru pendidikan awal kanak-kanak perlu menjadi orang yang serba boleh. Bukan sahaja mengajar dan menguruskan kelas tetapi lebih daripada itu. Kemahiran melukis, menyanyi, berlakon, bercerita dan memainkan alat muzik perlu ada dalam diri mereka. Menguasai kemahiran tersebut tidak memerlukan bakat. Walau bagaimana pun bakat adalah satu kelebihan jika ada. Apa yang penting kemahiran boleh dikuasai menerusi latihan berterusan. Selain daripada itu yang lebih penting minat dan ketekunan untuk mempelajari dan menguasai kemahiran.




No comments:

Post a Comment