Wednesday, February 1, 2017

Cabaran Pendidikan Awal Kanak-kanak


Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia semakin mendapat perhatian masyarakat. Kesedaran tentang kepentingannya semakin dipandang serius oleh pihak berwajib. Kalau di era tahun 1970an bidang ini hanya dipandang sepi. di kala itu agak pelik jika seseorang yang ingin mendalami bidang keilmuan ini. Keanehan ini amat dirasai oleh saya kerana orang belajar ke luar negara menuntut ilmu dalam bidang sains dan teknologi tetapi saya hanya bidang yang tidak popular di kalangan rakyat Malaysia.

Cabaran apabila pulang ke tanah air, merintis program pendidikan awal kanak-kanak dari peringkat sekolah vokesional (Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tingkatan 4 & 5), membantu program di KEMAS dan JPNIN, NGO dan MQA dalam membangunkan program standard.

Cabaran kepada pendidik bidang ini apabila terdapat kepelbagaian pendekatan dan pengajaran. Campur tangan mereka yang bukan arif dalam bidang semata-mata mahu mencari populariti, mereka yang tiba-tiba muncul mengaku arif, para akademik yang berlumba-lumba ingin meneraju dan dikenali, pengubal dasar yang sering berubah-ubah. Kesemuanya ini merupakan cabaran untuk meletakkan program pendidikan awal kanak-kanak di landasan berasaskan jati diri negara bangsa.

Perjuangan tetap di teruskan biarpun tanpa didendang. Meski pun usia sudah melangkaui setengah dekad dan pada tanggal 1 Februari 2017 menyambut ulang tahun kelahiran melebihi 60an dalam sepi terus memperjuangkan.

1 comment:

  1. assalammualaikum prof harap masih tidak terlewat mengucapkan selamat hari ulangtahun kelahiran semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan, diberikan keampunan atas dosa-dosa, dikuatkan semangat dan beroleh ilmu yang dapat memberikan manfaat kepada kami sebagai bekalan dunia dan akhirat prof. terima kasih.

    ReplyDelete