Wednesday, June 23, 2010

Persekitaran: Pelik Lawan Biasa

Persekitaran adalah penting untuk menggalakkan pengalaman pembelajaran. Guru dan kanak-kanak wajar dikelilingi dengan objek dan peralatan yang menarik dipamerkan dengan gaya susunan yang menyenangkan pandangan. Sesetengah objek hendaklah dijadikan sebahagian asas persekitaran. Manakala objek yang lain boleh diselang selikan untuk menarik perhatian dan minat. Contohnya gambar lukisan di letakkan berhampiran ruang aktiviti seni lukis akan mencipta persekitaran yang cantik dan dapat menarik perhatian kanak-kanak.

Ruang pembelajaran hendaklah pelbagai supaya kanak-kanak berpeluang untuk meneroka berbagai perspektif. Contohnya meletakan objek yang boleh diterokai oleh kanak-kanak untuk berbincang. Selain itu guru boleh membina ruang yang selari dengan persekitaran yang terdapat di rumah kanak-kanak. Umpamanya meletakan sofa atau meja dengan lampu meja seperti yang terdapat di rumah kanak-kanak. Peralatan yang sama dapat menggalakkan pembelajaran di ruang aktiviti khususnya kanak-kanak di taska. Keselesaan sudut bukan sahaja menambahkan kemesraan dan ketenteraman untuk persekitaran pembelajaran tetapi juga dapat membantu membina rasa selamat ketika di taska atau tadika.

4 comments:

  1. saya amat bersetuju dengan ruang pembelajaran yang kondusif yang menarik minat kanak-kanak untuk belajar, tetapi bayangkan bagaimana persekitaran yang dapat diwujudkan seandainya ruang sesebuah kelas itu amat terhad. tadika beroperasi di rumah kediaman lot tepi, selalunya sesbuah bilik atau kelas itu menempatkan 10 atau 12 orang murid, dengan kerusi meja, beg-beg buku....

    ReplyDelete
  2. Selalunya kita terlalu idea untuk memuatkan segala rupa peralatan tanpa memikirkan keluasan ruang. Keluasan bilik yang terhad hendak membataskan pembahagian ruang aktiviti dan peralatan. Bina ruang yang fleksible untuk setiap aktiviti yang hendak dijalankan.

    ReplyDelete
  3. adakah ruang dalaman yg berwarna dan bercorak pada dinding dan lantai akan membantu proses pembelajaran kanak-kanak di taska?

    ReplyDelete