Thursday, June 24, 2010

Persekitaran: Laluan Lawan Sempadan

Semasa anda merancang perlu diberi perhatian kedudukan ruang pembelajaran. Menggunakan sempadan yang jelas dapat memberitahu kanak-kanak penggunaan peralatan di ruang tertentu. Anda boleh menggunakan berbagai sempadan seperti rak, tempat letak buku, dan fabrik lutsinar. Peralatan sempadan ruang aktiviti hendaklah rendah untuk membolehkan pengasuh atau guru dapat melihat pergerakan kanak-kanak di antara sempadan ruang aktiviti yang berbeza peralatan. Walau pun setiap ruang aktiviti mempunyai peralatan yang berbeza penggunaannya hendaklah fleksible. Kanak-kanak boleh membawa peralatan yang sesuai untuk ke ruang aktiviti lain.

Semasa merancang sempadan untuk ruang pembelajaran perlu diambil perhatian peruntukan ruang aktiviti. Setiap ruang mempunyai keluasan yang berbeza. Contohnya ruang bising memerlukan ruang yang luas berbanding ruang senyap. Memandangkan ruang bising memerlukan aktiviti kerjasama sekurang-kurangnya dua orang kanak-kanak.

Laluan keluar masuk kelas atau bilik antara ruang aktiviti perlu dipertimbangkan dalam perancangan anda. Apablia kanak-kanak tiba mereka boleh masuk tanpa gangguan yang menghalangnya. Laluan ke tempat meletakkan barang kepunyaannya di tempat yang disediakan. Laluan antara ruang aktiviti hindarkan daripada kanak-kanak merentasi ruang aktiviti lain. Laluan hendaklah berada di luar ruang aktiviti seolah-olah sebagai sempadan.

Bagaimana dengan pengalaman anda? Harap dapat dikongsikan bersama.

4 comments:

  1. ya betul.apabilaguru atau pengasuh dapat melihat pergerakan kanak-kanak,mereka boleh meningkatkan teknik untuk mengajar.

    ReplyDelete
  2. So, persekitaran di tempat pembelajaran harus ada ruang yang luas lah kan Prof. tapi jika ruang yang ada hanyalah ruang yang kecil, bagaimana itu Prof?

    ReplyDelete
  3. Perlu fleksibelkan penggunaan ruang untuk aktiviti dan kurangkan kepelbagaian aktiviti dalam satu masa.

    ReplyDelete