Sunday, June 13, 2010

Adakah sama ruang pembelajaran taska dan tadika?



Tentu anda tertanya-tanya susun atur ruang pembelajaran di taska dan tadika. Umumnya semua setuju terdapat perbezaan ruang pembelajaran di taska dan tadika. Apakah yang membezakannya? Sebenarnya ruang taska dan tadika mempunyai asas yang sama dari segi pembahagian ruang. Perbezaannya adalah keperluan mengikut tahap umur dan aktiviti yang dilaksanakan di dalam premis. Pembahagian ruang yang dimaksudkan adalah ruang aktif, ruang bising, ruang senyap, ruang kering, dan ruang basah. Perlu juga difikirkan ruang untuk aktiviti kumpulan kecil dan kumpulan besar. Ruang-ruang ini mempengaruhi susun atur aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sebelum menyusun atur ruang perlu difikirkan keluasan ruang. Keluasan ruang mempengaruhi susun atur ruang pembelajaran kanak-kanak.

Bentuk keluasan ruang juga mempengaruhi guru atau pengasuh yang mengajar. Contohnya, keluasan ruang berbentuk empat segi sama menyukarkan untuk guru atau pengasuh menyusun atur alat dan bahan pengajaran. Laluan terafik antara ruang terhad jika keluasan ruang empat segi sama itu kecil. Berlaku kesesakan pergerakan antara ruang aktiviti pembelajaran. Peralatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran perlu di tempatkan mengikut kesesuaian ruang aktiviti pembelajaran. Tidak semua bahan dan peralatan boleh dimuatkan di ruang aktiviti pembelajaran jika keluasannya sempit. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran disesuaikan mengikut pembahagian ruang aktiviti pembelajaran. Jika terlalu sempit guru terpaksa membuat giliran untuk menjalankan aktiviti. Walau bagaimana pun guru atau pengasuh mudah membuat pemerhatian dan pengawalan tingkahlaku kanak-kanak di ruang berbentuk keluasan empat segi sama.

Mohon berkongsi pendapat dan pandangan sebelum saya membicarakan lebih lanjut. Pandangan dan pendapat anda amat dihargai.

4 comments:

  1. Jika di Taska,apakah bentuk ruang yang sesuai?Adakah ia juga menggunakan bentuk empat segi tepat untuk keselesaan pengajar dan murid-murid?

    ReplyDelete
  2. Bentuk ruang di taska sebenarnya bergantung kepada keadaan fizikal bangunan itu sendiri. Jika kebetulan anda memperoleh ruang berbentuk empat segi tidak sama (rectangle)tentunya memudahkan anda menyusun ruang dan mempunyai kelebihan berbanding ruang empat segi sama dan ruang berbentukhuruf 'L'. Terima kasih kerana sudi mengemukakan pertanyaan untuk dikongsikan bersama.

    ReplyDelete
  3. bentuk ruang ini juga amat menarik minat sayaa..
    rekabentuk perabot amat penting dalam memastikan ruang tadika lebih produktif dan digunakan secara total.

    ReplyDelete
  4. Saya cadangkan anda memahami susun atur ruang dalam pendidikan awal kanak-kanak untuk membantu kajian anda.

    ReplyDelete