Saturday, June 26, 2010

Keperluan Asas: Makan Lawan Tandas

Bagaimanakah merancang persekitaran yang memenuhi keperluan asas kanak-kanak? Perkara ini hendaklah diambil perhatian kepada pengusaha taska terutama mereka yang mengendalikan perkhidmatan kanak-kanak di peringkat bayi dan tatih. Jika premis yang dibina khusus untuk bayi dan tatih tidak menjadi masalah kerana reka bentuk ruang telah dibina untuk memisahkan tempat makan dan meja menukar lampin. Itu pun jika pengusaha berkenaan peka dan merujuk kepada pakar reka bentuk taska dan mereka yang berpengetahuan dalam bidang ini.

Sebenarnya untuk tujuan kebersihan dan kesihatan sebaik-baiknya tempat makan dan tandas hendaklah diasingkan. Di premis taska untuk kanak-kanak 3 tahun hingga 4 tahun tidak menjadi masalah tetapi untuk perkhidmatan kanak-kanak peringkat bayi dan tatih menimbulkan masalah. Bilik air (tandas) yang kecil tentunya tidak boleh dimuatkan dengan meja lampin, tandas dan sinki. Selalunya pengasuh akan menukar lampin di dalam kelas kerana dalam waktu yang sama pengasuh akan memerhati dan menyelia kanak-kanak. Di mana sepatutnya meletakkan meja lampin? Letakkan meja lampin berdekatan dengan paip air untuk memudahkan membasuh tangan. Kedudukan semasa menyalin lampin jangan membelakangkan kanak-kanak di dalam kelas. Kedudukan hendaklah membelakangkan dinding semasa menyalin lampin kerana anda akan mengawasi kanak-kanak lain dalam masa yang sama menyalin lampin.

Ruang makan sebaik-baiknya dilengkapi dengan peti sejuk kecil dan microwave, ruang kabinet berdekatan dengan plug eletrik. Kanak-kanak tatih dan tadika ruang makan boleh dikongsikan dengan ruang lain. Misalnya meja yang digunakan untuk aktiviti melukis dibersihkan dan dilap kering apabila hendak digunakan untuk makan.

6 comments:

  1. Salam,.. Dr, mengatakan yang kanak-kanak tatih dan tadika ruang makan boleh dikongsikan dengan ruang lain.. Apakah boleh kanak-kanak tatih berkongsi ruang makan dengan kanak-kanak yang berumur diantara 3 tahun hingga 4 tahun untuk premis taska yang ada menyediakan kedua-dua perkhidmatan ini??

    ReplyDelete
  2. Penjagaan kanak-kanak hendaklah mengikut nisbah kanak-kanak:orang dewasa. Nisbah penjagaan bayi dan tatih adalah berbeza. Menempatkan bayi dan tatih tidak menjadi kesalahan sekiranya nisbah penjagaan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  3. Bagus petua Prof. ini.Keadaan ini akan memudahkan kerja untuk menyelia kanak-kanak tersebut.

    ReplyDelete
  4. Semoga kita menjaga keselamatan kanak-kanak dengan sempurna dan keikhlasan.

    ReplyDelete
  5. Prof, bukankah ruang makan dan dapur perlu diasingkan? saya maksudkan seperti peti ais, microwave di tempatkan di dapur kan. Dan juga dapur perlu dipasang pintu safety kanak-kanak.

    ReplyDelete
  6. Betul sebagaimana yang anda nyatakan. Terima kasih memberi pandangan.

    ReplyDelete