Thursday, May 31, 2012

Kebaikan Aktiviti Luar

Aktiviti luar bermaksud aktiviti yang dijalankan di luar bangunan. Kanak-kanak tidak semestinya sentiasa berada di dalam bangunan sama ada di taska atau tadika. Aktiviti luar memberi banyak kebaikan kepada kehidupan kanak-kanak. Matlamat kemahiran perkembangan motor kasar berhubungkait dengan perkembangan matlamat mental, sosial dan emosi. Aktiviti luar dapat melegakan tekanan di dalam kelas semasa duduk, berfikir, senyap dan cuba hendak menjadi baik. Semasa aktiviti di luar memberi peluang kanak-kanak ransangan untuk berjumpa rakan dan bercakap tentang minat yang sama. Kanak-kanak bercakap, berteriak, ketawa dan menyanyi untuk melegakan tekanan semasa di kelas. Bahasa yang digunaka lancar secara semulajadi. Kanak-kanak menggunakan masa luar kelas untuk merancang dan membuat sesuatu bersama. Berkongsi dan membina kemahiran sosial. Aktiviti luar menyediakan penerimaan sosial dan kepimpinan kepada kanak-kanak yang sukar menyesuaikan diri dengan aktiviti formal.

Wednesday, May 30, 2012

Perbezaan Perkembangan Kemahiran Motor Kasar Dan Motor Halus

Aktiviti luar bangunan atau kelas melibatkan perkembangan kemahiran motor. Kemahiran motor memerlukan kawalan anggota tubuh. Apabila kemahiran mengerakan anggota tubuh seperti berlari, melompat atau memanjat dipanggil motor kasar atau kemahiran otot kasar. Apabila kemahiran seperti menulis, mengikat atau menggunakan gunting dipanggil motor halus atau kemahiran motor halus. Menurut kajian perkembangan corak perkembanagan motor boleh dijangakan setiap aspek pada individu yang berlainan.

Tuesday, May 29, 2012

Kesediaan Ke Tandas Kanak-Kanak Tatih

Belajar menggunakan tandas sepatutnya sebagai pengalaman perkembangan positif dan mengambil masa yang pendek. Masalah belajar menggunakan tandas selalu ditimbulkan oleh orang dewasa apabila tidak mengambilberat tentang kesediaan kanak-kanak. Mereka memberi tekanan kepada kanak-kanak menerusi pengalaman kegagalan selama berminggu dan sentiasa menyalahkan kanak-kanak daripada menyalahkan dirinya sendiri yang tidak memahami detik waktunya. Sepatutnya orang dewasa perlu memahami masa yang sesuai untuk masa latihan menggunakan tandas secara individu. Setiap individu tidak sama waktunya sama seperti belajar berjalan. Tidak ada usia yang tepat untuk menentukan semua kanak-kanak boleh menggunakan tandas dengan sendiri tanpa bantuan orang dewasa. Walau bagaimana pun selalunya kanak-kanak perempuan boleh menggunakan tandas dengan sendiri antara usia 30-36 bulan, manakala kanak-kanak lelaki antara 36-42 bulan.

Monday, May 28, 2012

Tanda-Tanda Pembelajaran Menggunakan Untuk Tandas Kanak-Kanak Tatih

Kanak-kanak tatih belajar menggunakan tandas apabila mereka telah bersedia. Kanak-kanak tatih akan menunjukkan tanda-tanda apabila mereka bersedia untuk melalui proses belajar ke tandas. Contohnya lampin mereka kering untuk beberapa jam; mereka akan memberitahu orang dewasa tidak buang air kecil atau ketidakselesaan pada dubur atau mereka melihat rakan-rakannya yang telah terlatih menggunakan tandas. Kanak-kanak tatih memerlukan dua fungsi utama untuk belajar ke tandas tindakbalas semulajadi dan kawalan otot. Kanak-kanak tatih belajar mengenalpasti rasa pada anggotanya sebelum buang air atau rasa pada pergerakan dubur. Mereka boleh menggunakan tanda semulajadi untuk menentukan apa yang perlu dilakukan. Mula-mula mereka cuma merasakan dan selepas itu mengenalpasti apa yang telah berlaku.

Sunday, May 27, 2012

Latihan Ke Tandas

Latihan ke tandas kebiasaannya tidak akan dimulakan sebelum usia dua atau mungkin tiga tahun. Ini bergantung kepada tahap kematangan kanak-kanak dan minat. Otot yang mengawal pembukaan dubur perlu berada pada peringkat kematangan sebelum mengawal sebarang kemungkinan. Oleh itu kanak-kanak mesti mula memahami tentang keperluan tersebut. Kanak-kanak perempuan selalunya terlatih lebih dahulu daripada kanak-kanak lelaki yang seumur dengannya.

Saturday, May 26, 2012

Aktiviti Seni Lukis Kanak-Kanak Taska

Peralatan seni lukis memberi peluang kepada kanak-kanak tatih mempelajari warna dan menggunakan alat tulis dan lukisan. Kanak-kanak akan melakar semasa pengalaman pertamanya menggunakan alat lukisan. Melakar adalah ciri-ciri kanak-kanak sebelum melangkau usia empat tahun untuk mereka menguasai otot halus dan koordinasi mata tangan. Orang dewasa atau pendidik di taska hendaklah menyediakan sedikit warna dan bahan tekture untuk dipilih oleh kanak-kanak. Tidak dibenarkan sama sekali sebarang reka bentuk corak atau model disediakan untuk membantu kreativiti. Beri kebebasan kanak-kanak melakar dan mewarna mengikut apa yang difikiran tanpa merujuk sebarang model atau reka bentuk corak.

Friday, May 25, 2012

Mainan Tanggapan Motor

Mainan tanggapan atau persepsi motor seperti 'puzzles', bentuk kotak, bongkah yang boleh disusun selalunya diulangi oleh kanak-kanak tatih. Mereka merasa kepuasan apabila dapat menyelesaikan sesuatu yang menjadi cabaran apabila selesai mencantumkannya. Kanak-kanak ini mendapat tanggapan atau suatu pandangan pada mainan itu sebagai sebahagian dan keseluruhan. Mainan seperti ini dipanggil pembetulan sendiri sebab kanak-kanak dapat melihat secara langsung apa yang telah mereka lakukan dengan betul atau salah.