Thursday, April 19, 2012

Ulang Tahun Ke 3, Terima Kasih Pembaca Budiman!!!

Hari ini genap tiga tahun blog BK yang dimulakan pada 19 April 2010. Saya amat berterima kasih dan menghargai sokongan pembaca sekelian. Penulisan di blog ini hanya sekadar memaparkan pembicaraan santai dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Saya mengharapkan perkongsian maklumat dapat dimanfaatkan jika bersesuaian dengan pembaca. Mungkin ada kekurangannya dalam penulisan di blog ini. Saya hanya sekadar penyampai maklumat yang saya tahu untuk dikongsikan. Sekiranya ada maklumat terkini mohon dikongsikan bersama. Jika ada kemuskilan atau sebarang pertanyaan amat dialu-alukan kemukakan di blog untuk sama-sama diperjelaskan permasalahannya bersama pembaca blog untuk berkongsi pandangan dan pengalaman.

Terima kasih sekali lagi kepada pembaca budiman. Sokongan anda untuk mendaftar sebagai pengikut amat memberi makna dan semangat kepada saya untuk berterusan menulis. Terima kasih dan serangkap pantun mohon kemaafan;

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

2 comments:

  1. Tahniah Prof. Nak cuba berpantunlah juga.

    "Jarum yang patah dibuang sudah,
    Jika disimpan membawa padah,
    Kerana tidak berguna lagi;
    Blog Prof memberi faedah,
    Terasa berada di dewan kuliah,
    Saya ucapkan TERIMA KASIH DAUN KELADI"

    ReplyDelete
  2. congrat Prof,bila ada post baru saya mesti baca..banyak manafaat d1a1n ilmu yang saya dapat. Insyallah ilmu yang baik ini akan dijadikan teladan untuk mendidik anak tersyg..terima kasih kerana mwujudkan blog yg padat dan sarat yg wadah ilmu..

    ReplyDelete