Pengasuh di taska hendaklah membuat pemerhatian setiap bayi yang dijaganya. Cuba beri perhatian sepenuhnya setiap bayi tentang keperluannya. Anda akan dapati keunikannya dan peranan anda adalah untuk menggalakkan rasa kepercayaan setiap bayi. Apabila ada pengasuh lain yang akan mengganti untuk menjaganya pastikan anda memberi maklumat dan arahan yang menjadi rutin kepada bayi untuk meneruskan seperti mana anda telah lakukan. Membina konsep kendiri yang positif pada setiap bayi adalah objektif utama dalam program pengasuhan berkualiti. Perasaan positif tentang diri seseorang datangnya daripada seseorang yang memerlukan kemesraan dan kasih sayang apabila berjumpa. Oleh itu pengasuh perlu melihat setiap bayi secara terus bertentangan mata dengan sabar, senyuman dan memegang dengan berhati-hati menunjukkan anda rasa mengambilberat terhadap bayi.
No comments:
Post a Comment