Manusia tidak lari daripada bersosial. Bayi juga berminat melihat orang lain dalam keluarganya atau di pusat jagaan/taska. Pengasuh di pusat jagaan/taska membantu untuk mensosialisaikan dengan bercakap kepada setiap bayi sekerap mungkin dan membantu bayi merasa seronok dengan bayi lain. Walau pun bayi suka bermain sendirian dengan alat permainan sepanjang masa disebabkan pada peringkat ini bayi di peringkat main sendirian (solitary play), ini tidak bermakna bayi tidak merasa seronok dengan kehadiran kanak-kanak lain. Bayi sebenarnya gemar memerhati apa yang dilakukan oleh orang lain. Bayi suka apabila kanak-kanak lain menegurnya apabila berlalu didepannya.
Dr, drpd apa yg diperhatikan semasa lawatann ke taska, pengasuh di bilik bayi lah yg mempunyai suara yg paling halus, sgt pendiam, kurang berbual dan kurang bercakap.
ReplyDelete