Tuesday, August 16, 2011

Mengapa Kanak-Kanak Tidak Bercakap Benar?

Terdapat beberapa sebab mengapa kanak-kanak tidak bercakap benar atau berbohong. Bermula dari usia 4 tahun ke atas kanak-kanak berbohong sama seperti orang dewasa melakukannya. Kanak-kanak berbohong untuk mengelakkan daripada didenda atau hukuman, mendapatkan kelebihan, mengawal daripada sesuatu akibat yang tidak diingini, meransang kendiri. Kanak-kanak juga seperti orang dewasa, kadangkala tidak bercakap benar atau berbohong untuk menunjukkan kuasa, mengekalkan 'privacy', atau melindungi rakannya. Apabila kanak-kanak tidak bercakap benar atau berbohong, sebenarnya dia cuba mengubah keadaan untuk membina semula sesuatu yang diingini mengikut caranya.

Mungkin ada pandangan lain yang boleh dikongsikan bersama.

2 comments:

  1. Setuju. Tapi, mudah untuk kita yang dewasa mengesan sama ada mereka berbohong atau tidak lebih2 lagi jika anak sendiri. Seperti saya, sejak lahir hingga sekarang mereka membesar di hadapan mata.Kadangkala mereka sedar mereka telah berbohong, kemudian minta maaf kerana mereka tidak "diajar" untuk berbohong.

    ReplyDelete