Sunday, August 14, 2011

Kanak-Kanak Tidak Bercakap Benar?

"Tak suka, tak sedap!" kata kanak-kanak apabila menjamah makanan semasa berhari raya menziarahi keluarganya di kampung. Ibunya perlahan-lahan mengajar anaknya supaya tidak bercakap di depan tuan rumah. "Tak baik cakap begitu, makan sahaja," kata ibunya demi menjaga hati tuan rumah. Sebenarnya kanak-kanak cuba bercakap jujur yang datang dari nalurinya tentang apa yang dirasa ketika makan. Kadangkala kejujuran itu tidak dibenarkan dalam keadaan tertentu. Kanak-kanak tidak memahami bercakap benar dan tidak melukakan perasaan orang lain. Kanak-kanak terus mempelajari menerusi pemerhatian secara aktif pembohongan yang dilakukan oleh orang dewasa dalam kehidupannya.

2 comments:

  1. betulkan prof , melalui pemerhatian /action psekitan knk2 bljar berbohong y asalnya dia tdk tahu itu bohong kan , prof.

    pd prof la...bgmana kita blh bina ank2 bila mghadapi suasana ini tanpa mgajarnya berbohong dan jg menjaga hati tuan rumah?

    ReplyDelete
  2. Prof, pada pendapat saya 99% kanak-kanak bercakap benar, manakala 1% lagi mungkin kerana pengaruh dari persekitaran. Bagi bayi tindakbalasnya dengan memalingkan muka kearah lain jika makanan yang disuapkan tidak memenuhi "citarasa" mereka. Saya suka kanak-kanak kerana mereka jujur. Mereka bijak menghargai orang lain walau ianya nampak kecil bagi kita yang dewasa.

    Dalam keadaan ini ibu perlu memberi pilihan yang lain dan tuan rumah juga perlu bijak menyediakan juadah yang sesuai untuk semua peringkat umur. Kalau mahu kanak-kanak "jaga hati" kita, kita perlu "jaga hati" kanak-kanak dulu. Kanak-kanak belum mengerti istilah "jaga hati". Jika terdengar kata2 seumpama ini; senyum.., tak perlu kata apa2....

    ReplyDelete