Thursday, July 22, 2010

Amalan Yang Bersesuaian Untuk Kanak-Kanak?

Apakah sari (inti) amalan yang bersesuaian (developmentally appropriate)? Profesional kanak-kanak perlu menghayati maksud amalan yang bersesuaian. Terdapat tiga prinsip amalan bersesuaian yang dapat diperjelaskan iaitu:
1. Amalan yang bersesuaian bermaksud mengambilkira tentang bagaimana perkembangan kanak-kanak, belajar dan berpadanan dengan kandungan dan strategi yang dirancang untuk kanak-kanak dalam program pendidikan awal kanak-kanak.

2. Amalan yang bersesuaian bermaksud melayani kanak-kanak sebagai individu bukan sebagai sekumpulan kanak-kanak.

3. Amalan yang bersesuaian bermaksud melayani kanak-kanak dengan mengetahui terhadap - mengenalpasti perubahan keupayaan kanak-kanak dan berkeyakinan dengan keupayaan kanak-kanak untuk dibina dan kanak-kanak berupaya boleh belajar.

Rumusannya dengan perkataan mudah, kita mesti mulakan berfikir tentang apa yang kanak-kanak suka dikuti dengan membina aktiviti, rutin dan harapan (expectation) yang boleh memenuhi keperluan ciri-ciri yang dinyatakan di atas.

Ciri Kanak-Kanak
Kanak-kanak yang aktif belajar

Amalan Guru(Profesional Kanak-Kanak)
Menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk aktitivi motor kasar setiap hari termasuk waktu pemilihan bebas (sama ada aktiviti dan peralatan) setiap hari dan kanak-kanak diberi kebebasan.
Bina jadual berbentuk senyap, masa tidak aktif diikuti masa aktif yang panjang.
__________________________________________________________________
Ciri Kanak-Kanak
Kanak-kanak ingin tahu

Amalan Guru (Profesional Kanak-Kanak)
Bina aktiviti berdasarkan minat kanak-kanak.
Sediakan pelbagai peluang aktiviti untuk kanak-kanak meneroka bahan dan konsep.
Menggalakkan kanak-kanak menyatakan masalah dan mencari penyelesaian.
___________________________________________________________________
Ciri Kanak-Kanak
Kanak-kanak suka bermain-main (playful)

Amalan Guru(Profesional Kanak-Kanak)
Mengabungjalinkan main sepanjang hari
Menyediakan pelbagai props dan lain objek manipulatif.
Menggalakkan kanak-kanak untuk membina dan menggunakan idea sendiri semasa bermain.
Bina rekabentuk bilik darjah dan jadual yang membolehkan kanak-kanak bergerak bebas.
Pantau dan tingkatkan mutu mainan kanak-kanak sebagai pemerhati atau terlibat sama
Menilai bunyi dan tahap aktiviti program dari segi mutu permainan kanak-kanak - kenalpasti permainan yang berkualiti selalunya bising dan aktif.

Bagaimana amalan anda apabila berhadapan dengan kanak-kanak? Mungkin boleh dikongsikan dengan pembaca.

4 comments:

  1. Salam Dr dan rakan-rakan.

    Saya suka menulis komen di ruang Dr kerana ia merupakan salah satu cara menggilap kemahiran dan pengetahuan yang adakalanya saya rasakan semakin malap.

    Berkaitan dengan amalan 'developmentally appropriate', saya teringat pengalaman sebelum ini.

    Terjadi beberapa 'incident' dimana guru memberikan aktiviti menggunting,kepada murid 4 tahun di bulan Januari. Akibatnya? Boleh anda bayangkan?

    Pastilah amat penting untuk setiap guru dan mereka yang terlibat dalam pendidikan kanak-kanak untuk memahami 'child development' agar mereka dapat merancang pembelajaran dan 'learning experiences' yang berkesan untuk kesesuaian setiap tahap perkembangan kanak-kanak yang berbeza.

    Saya harap dengan perkongsian ilmu dengan pengalaman dan contoh yang lebih praktikal lebih banyak membantu para pembaca dan 'follower' di blog Dr.

    ReplyDelete
  2. Saya amat menghargai pada setiap penulisan anda yang dikongsikan bersama. Teruskan dan saya faham anda amat menhayati bidang ini. Pihak saya akan terus berkongsi pengetahuan selagi terdaya dan diizinkan Allah.

    ReplyDelete
  3. salam Dr,
    saya nak tanya adakah prinsip yang diberikan oleh saya sama dengan prinsip DR?
    Prinsip ABP
    •Perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor saling berkait danmempengaruhi antara satu samalian.
    •Perkembangan berlaku mengikut urutan.
    •Kadar perkembangan kanak-kanak berbeza-beza
    •Perkembangan adalah berterusan
    •Perkembangan adalah berperingkat-peringkat

    Perkembangan dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran
    •Kanak-kanak adalah pelajar aktif
    •Konsep main penting pada perkembangan kanak-kanak

    Proses perkembangan meningkat melalui aktiviti yang mencaba

    ReplyDelete
  4. anak saya hyperaktif orangnya...alhamdulillah skrg hyperaktifnya dah kurang :)

    http://vitaminboutique.blogspot.com/

    ReplyDelete