Sunday, July 25, 2010

Abjad: Diajar atau Tidak Diajar?

Pandangan ahli akademik pendidikan awal kanak-kanak terhadap pengajaran abjad atau huruf dalam bentuk kertas tugasan atau buku kerja dan apa jua jenis pengajaran formal kepada kanak-kanak di taska tidak memberi kebaikan. Ia tidak menjadi sesuatu yang berkaitan dengan kanak-kanak dan selalunya memerlukan pengkhususan kepada jawapan yang betul. Tambahan pula kertas tugasan menggalakkan kanak-kanak mengikut arahan secara pasif bukan berfikir secara kreatif. Itulah sebabnya pembelajaran abjad berbentuk arahan tidak disarankan.

Walau bagaimana pun tidak menjadi kesalahan abjad atau huruf dalam pembelajaran kanak-kanak asalkan disampaikan dengan cara yang betul dan bersesuaian. Sebenarnya kanak-kanak telah pun terdedah dengan abad oleh ibu bapa dan televisyen. Penerokaan abjad dalam program di taska dapat membantu kanak-kanak yang tidak berpeluang melihat penggunaan abjad di rumah.

Peranan profesional (pengasuh/guru) di taska membantu kanak-kanak membiasakan huruf mengikut perkembangan yang bersesuaian dengan kanak-kanak. Keutamaan memastikan aktiviti dan bahan yang digunakan menjadikan tumpuan kanak-kanak aktif, meningkatkan minat dan memberi peluang pilihan bukan sebagai kemestian untuk dilakukan.

Berikut adalah antara cadangan memperkenalkan abjad:

1. Mempamerkan perkataan abjad di dinding bersama dengan tulisan kanak-kanak dan lukisan kanak-kanak.

2. Menyanyikan lagu abjad di dalam kumpulan.

3. Bina kad perkataan untuk digunakan oleh kanak-kanak dalam aktiviti terbuka (open-ended).

4. Tambahkan objek seperti perkataan dan puzzle berbentuk perkataan di ruang manipulatif.

5. Sediakan pelbagai bahan seperti tanah liat (clay), bijirin atau bahan lain yang sesuai untuk memberi peluang kanak-kanak membina dan membentuk huruf dalam tiga dimensi.

Terdapat banyak aktiviti yang boleh difikirkan sesuai dengan perkembangan kanak-kanak. Mungkin pembaca boleh mencadangkannya supaya dapat dikongsikan bersama.

4 comments:

  1. Dr Bustam,

    Boleh kongsikan bersama tentang 'ruang manipulatif'?

    Ingin berkongsi dengan yang lain tapi bimbang jika saya beri maklumat salah.

    Sedikit huraian dari Dr Bustam pasti membantu.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Pn Noraminah. Teruskan dengan perkongsian pengalaman anda. Sedikit tentang ruang manipulatif yang selalunya dicadangkan menggunakan bahan terbuka (open ended). Aktiviti di ruang manupulatif memerlukan bahan yang dapat meransang kognitif semasa menyelesaikan masalah. Selain daripada itu aktiviti di ruang manipulatif dapat meningkatkan kecekapan motor kasar dan motor halus.Harap dapat membantu anda.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  4. Perkongsian maklumat, pendapat,pandangan dan pengalaman amat dihargai dan dialu-alukan. Semoga perkongsian pengetahuan dan keilmuan ini dapat dimanfaatkan bersama pembaca blog ini.

    ReplyDelete