Sunday, July 18, 2010

Adakah Emosi Menjadi Penghalang Pembelajaran?

Kemungkinan penghalang pembelajaran kanak-kanak disebabkan perasaan takut sehinggakan membawa ke dalam situasi pembelajaran. Perasaan takut membuat salah merupakan perkara biasa. Ketakutan membuat salah akan menghalang kanak-kanak daripada berani menghadapi risiko.

Sikap kanak-kanak terhadap orang yang berkuasa seperti guru, profesional (pengasuh) boleh menghalang dalam pembelajaran. Jika kanak-kanak ini berterusan menentang orang yang berkuasa, penghalang pembelajaran tidak dapat dielakkan kerana kanak-kanak ini sentiasa menjadikan orang yang berkuasa sebagai ukuran dan disiplin dalam situasi pembelajaran. Kanak-kanak perlu mengatasi perasaannya terhadap pihak berkuasa sebelum bebas belajar jika tidak akan berlaku sebaliknya (maksud ukuran dan disiplin). Kanak-kanak akan membanding beza pelbagai perkara menyebabkan mengurangkan minat belajar.

Pembelajaran pendekatan kognitif adalah yang terbaik untuk mengatasi keadaan konflik penghalang pembelajaran. Pendekatan kognitif terdapat unsur kejutan, ketidaktentuan jawapan yang pelbagai boleh diterima bagi mengelakkan unsur konflik. Peranan guru cuba membantu kanak-kanak daripada perkara yang menghalang pembelajaran.

5 comments:

  1. Salam,

    Dr,

    Secara mudah, bagaimana untuk menerangkan tentang "pendekatan kognitif" kepada rakan sekerja dengan contoh yang mudah?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Pendekatan kognitif adalah berasaskan teori kognitif.Peranan pengasuh adalah membimbing dan memberi kebebasan kanak-kanak mencuba sesuatu perkara. Mencuba dan membenarkan melakukan kesilapan adalah proses pembelajaran di samping memberi ruang mendapatkan pengalaman baru.

    ReplyDelete
  3. Dr. Bustam Kamri

    kalau begitu , boleh tak disimpulkan guru taska & tadika berperanan sebagai
    " peransang & pembimbing " kanak-kanak?

    ReplyDelete
  4. Saya bersetuju dengan pandangan elitsuria bahawa pendidik awal kanak-kanak itu sebagai "peransang dan pembimbing" kanak-kanak. Terima kasih di atas pandangan anda.

    ReplyDelete