Sunday, May 23, 2010

Sosialisasi Kanak-Kanak Di Tadika

Pada hari Sabtu 22 Mei 2010 jam 3.45-5.00 petang di Grand Ballroom MITC Ayer Keroh Melaka sempena Simposium Rukun Tetangga danTabika Perpaduan saya telah diundang untuk menyampaikan ceramah Sosialisasi Kanak-Kanak Di Tadika. Sebenarnya saya tidak begitu selesa dengan peserta yang seramai 300 orang memenuhi dewan. Terasa begitu jauh dengan khalayak yang hanya duduk mendengar sahaja. Sepanjang ceramah saya cuba libatkan khalayak dan harapan saya mereka berpuas hati. Rasanya mereka menunggu giliran saya menyampaikan ceramah kerana telah lama saya tidak berdepan dengan guru-guru tabika perpaduan. Sebagai orang lama dengan jabatan mungkin mereka yang baru tidak mengenali saya. Apabila habis ceramah tiada soalan sebaliknya tahun depan mahukan saya memenuhi undangan. Mereka yang tidak begitu jelas boleh menghubungi saya menerusi laman blog ini.

Turut hadir dalam ceramah tersebut ialah Ketua Pengarah Datuk Azman, Timbalan Pengarah Hjh Azizah serta mantan Ketua Bahagian En James Wong Kah Min. Mereka adalah rakan lama saya kerana saya bersama dewasa dengan program tabika perpaduan. Sezaman dengan Cikgu Hasan Samad dan Cikgu Narindar Singh yang juga telah bersara.

Sosialisasi kanak-kanak di tadika khususnya program yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara sebenarnya telah mendahului zaman sebelum diperkenalkan 1 Malaysia. Kanak-kanak di tadika perpaduan terdiri daripada berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India dan etnik-etnik lain. Guru memainkan peranan penting untuk mensosialisasikan kanak-kanak menerusi pelbagai aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Perancangan pengajaran yang dirancang menerusi aktiviti kumpulan kecil dan besar boleh mendorong sosialisasi kanak-kanak. Ruang sudut pembelajaran memainkan peranan dalam membentuk sosialisasi kanak-kanak. Perkongsian alat pembelajaran dan kerjasama di kalangan kanak-kanak dapat menyuburkan sosialisasi kanak-kanak.

4 comments:

  1. Prof..
    Kebiasaannya guru2 yg mempraktikkan gaya ceria disukai kanak-kanak.
    Selain dari itu bagaimanakah caranya hendak menangani hati & disukai kanak-kanak?

    ReplyDelete
  2. Saja nk share pengalaman..
    Kadang-kadang di peringkat awal persekolahan terdapat kanak-kanak yg begitu -ve perkembangan sosialnya. Mereka lebih suka menyendiri dari menyertai rakan-rakan yg lain. Mungkin kanak-kanak jenis ini perlukan bantuan guru utk membolehkan mereka diterima rakan-rakan. Bagi saya guru kena peka & tidak boleh ambil mudah situasi ini.. kerana ia boleh menganggu emosi kanak-kanak & sosial kanak-kanak.
    Saya cadangkan guru....
    mencarikannya kawan (meminta rakan disebelah bersama dgn kanak-kanak tersebut ketika makan @ bermain. Melibatkannya dalam kerja berkumpulan. Memberikannya tanggungjawab dlm kelas seperti memberikan pensil kepada kawan2 @ kawan-kawan perlu mengembalikan semula pensil yg dipakai kepadanya setelah siap mewarna sambil menyebut..
    "Terima kasih...." melalui cara ini kanak-kanak ini merasa dirinyai dihargai.

    ReplyDelete
  3. Pengalaman anda sememangnya sangat baik untuk dikongsikan bersama.Peranan guru adalah penting untuk mensosialisasikan kanak-kanak.

    ReplyDelete
  4. Hi, would you know how I can contact En James Wong?

    ReplyDelete