Wednesday, May 5, 2010

Program Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Program ini baru mendapat kelulusan MQA. Saya bersama Dr Puteri Zabariah mengendalikan proram ini bersama dengan rakan pensyarah yang mempunyai kelayakan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Kami ingin mencurah keilmuan dalam bidang yang telah lama kami ceburi. Sekurang-kurangnya akan dapat menyediakan pelapis cendikiawan yang benar-benar memahami dan komited dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

21 comments:

  1. Saya sangat gembira dengan berita ini Prof.Mungkin saya akan lanjutkan bachelor disini,insyaallah.Prof boleh saya tahu berapa lama program ini jika kita nak ambil? Dan berapa kos untuk belajar?

    ReplyDelete
  2. Program sarjana memakan masa selama 2 tahun sahaja.Yuran pengajian boleh dirujuk kepada pihak fakulti.Terima kasih mengemukakan pertanyaan dan teruskan minat anda untuk menimba ilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam menjulang prasekolah
      Adakah modul utk sarjana pdidikn awal knk2 dlm BM ?

      Delete
  3. InsyaAllah sy pun akn smbg pengajian sy disini nti ~~ program bachelor ni dh bermule ke Prof?

    ReplyDelete
  4. Pengambilan pertama bermula pada semeter Ogos 2010 tahun ini. Teruskan pengajian anda dan semoga anda berjaya.

    ReplyDelete
  5. saya bersyukur yang program ini kini dikendalikan. Pada mulanya, saya tidak tahu mengenainya. Setelah membaca & mencari info, program ini amat interesting. Terima kasih, Prof (:

    ReplyDelete
  6. Diharapkan generasi selepas kami akan terus mempertingkatkan keilmuan dan akademik dilandasan yang betul untuk meneruskan perjuangan pendidikan awal kanak-kanak.

    ReplyDelete
  7. Nak tanya,
    kalau takde basic ECE, boleh further master ECE tak?

    ReplyDelete
  8. Tiada masalah. Cuma dinasihatkan rajin membaca dan mendalami bidang baru. Sila hubung saya untuk penerangan selanjutnya.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Prof. Saya berminat untuk mengikuti pengajian ini. W. bagaimanapun saya cuma memperolehi CGPA yang rendah di peringkat sarjana muda. Adakah saya layak untuk mengikuti pengajian ini ? Untuk pengetahuan Prof. saya merupakan seorang guru yang memiliki Diploma Pendidikan (KPLI) dalam bidang Pengajian Prasekolah. Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Boleh dipertimbangkan dengan pengalaman anda mengajar di kelas tadika. Anda juga perlu rajin membaca dab mengikuti kuliah yang disesuaikan dengan pelajar bekerja. Kuliah hanya dijalankan pada hujung minggu berselang. Diharap anda boleh datang pejabat saya dengan membawa dokumen yang sesuai untuk dibincangkan selanjutnya.

    ReplyDelete
  11. saya bekas pelajar stpm.saya tidak dapat melanjutkan pelajaran ke ipta.hal ini menyebabkan saya semakin risau dengan masa depan saya.saya telah memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam peringkat ijazah di IPTS.dan alhamdullilah saya diterima.tapi ia semakin mengelirukan saya,pilihan mana dan bidang mana yang harus saya tuju.saya mendapat tawaran ijazah pendidikan awal kanak-kanak di MSU.namun saya risau sekiranya ijazah saya nanti tidak laku dan saya tidak layak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.saya juga mendapat tawaran ijazah dalam perniagaan di uniRazak serta beberapa ipts lain.apa yang harus saya lakukan? dan bolehkah prof menerangkan pada saya tentang bidang ijazah pendidikan awal kanak-kanak dengan lebih lanjut?

    ReplyDelete
  12. saya guru pemulihan khas,kalau saya mahu melanjutkan pelajaran di bidang pendidikan awal kanak-kanak,adakah saya layak Prof?tq

    ReplyDelete
  13. Assalamualaykum... saya student dari unirazak jurusan ijazah sarjana muda pendidikan awal kanak-kanak. prof. bagaimanakah peluang kerjaya selepas menamatkan pengajian? layakkah kami mendapat pekerjaan sebagai guru pra sekolah di sekolah kerajaan?

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum . saya ditawarkan program ijazah sarjana muda pendidikan awal kanak-kanak di UNISel . ok x prof ? . minta pendapat sikit ? huhuhu

    ReplyDelete
  15. Assalamualaiku wbt...masihkah program ini ditawarkan ya?

    ReplyDelete
  16. saya begitu berminat utk menyambung sarjana pend awal kanak-kanak... boleh ke team prof turun ke kelantan atau terenganu..saya dan ada ramai lagi guru yg berminat tetapi masalah untk travel krn beberapa mslah spt kebenaran suami utk travel jauh ...

    ReplyDelete
  17. salam..
    ada intake sarjana pendidikan awal kanak-kanak?
    bila intake dia?
    tq

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum wbt...
    Tuan,saya ingin menyambung pelajaran dalam bidang sarjana pendidikan awal kanak-kanak.
    Bagi tahun 2014, bila ya pendaftaran di buka untuk sesi 2014/2015?
    Boleh buat PJJ tak? coz saya bekerja di pedalaman sarawak.
    Sebarang maklumat, sila e-mail di rosmawwar@gmail.com

    ReplyDelete
  19. Salam prof,
    Pertanyaan sy sama seperti adi putra,cuma sy berkhidmat di kwsn luar bandar kuching swk.bagaimana proses pembelajaran sarjana pend. Awal kk nanti?sudilah email kpd sy d salinaisah@gmail.com..
    Tq

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum...saya baru sahaja menamatkan program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK)..sekarang tengah mencari Program Sarjana untuk melanjutkan pelajaran di bidang yang sama...tetapi saya tidak ada Sarjana Muda ECE tetapi ada Sarjana Muda dalam bidang lain...saya nak terus buat Master ECE boleh tak?..
    (Puan Hairani Karim / hairanikarim@rocketmail.com)

    ReplyDelete