Wednesday, May 5, 2010

Bagaimanakah kurikulum pendidikan awal kanak-kanak?

Apabila orang bertanya kepada saya,"Bagaimanakah kurikulum yang sesuai?" Jawapannya ialah terpulang kepada pandangan dan pengangan falsafah seseorang atau sesebuah institusi itu. Ini adalah pandangan yang saya beri sewaktu ditanya oleh wartawan tentang pendidikan prasekolah di Malaysia. Pandangan ini tidak semestinya diikuti tetapi anggaplah sebagai percambahan fikiran untuk menuju kepada satu pencapaian yang diingini.

Apa yang jelas pengetahuan perkembangan kanak-kanak sahaja tidak akan membantu memberikan jawapan kepada pengamal pendidikan awal kanak-kanak untuk merancang program dan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak. Saya tertarik dengan pandangan Spodek & Brown (1993) Bredekamp & Rosegrant (1992) mengatakan bahawa program pendidikan adalah hasil keputusan kandungan kurikulum (apa yang kanak-kanak akan belajar), proses pembelajaran (bagaimana kanak-kanak akan belajar), strategi dan pendekatan pengajaran (bagaimana guru akan mengajar), dan kaedah penilaian (bagaimana cara untuk mengetahui apa yang kanak-kanak telah belajar dan bagaimana cara untuk merancang pada masa akan datang).

8 comments:

  1. Saya sangat bersetuju dgn apa yg diperkatakan oleh prof. Tetapi kami tadika swasta telah diarahkan menggunakan KSPS (Kurikulum standard prasekolah)berkuatkuasa 2010. Bermakna kami mempunyai peluang yang agak terhad untuk mengaplikasikan kurikulum yg telah kami buat & laksanakan sejak 1998 yg saya rasakan memang berkesan dalam perkembangan kanak-kanak.

    ReplyDelete
  2. Kurikulum KSP hanya garis panduan. Kaedah dan pendekatan pengajaran tidak menjadi kesalahan jika diaplikasikan berbeza dengan KSPS. Jika kandungan pengajaran tidak terkeluar daripada garis panduan dinasihatkan teruskan mengikut apa yang anda rasa sesuai.

    ReplyDelete
  3. Betul apa yg Prof nyatakan. Walaubagaimanapun, bagi saya KSPK sedikit sebanyak menyusahkan, kerana kami terpaksa menyesuaikan & adjust balik kesemua kurikulum kami sebelum ini.
    Pening Prof..
    Seolah-olah mcm buka tadika baru la pulak..
    Padahal dah 12 thn kami beroperasi.

    ReplyDelete
  4. Saya berpandangan tidak memerlukan perubahan yang besar. Keilmuan anda dengan perkaedahan yang sesuai dengan persekitaran masyarakat dan keperluan kanak-kanak perlu diutamakan. KSPK hanya garis panduan.Anda perlu yakin dengan pendekatan dan kaedah pengajaran anda.Teruskan.

    ReplyDelete
  5. Kenyataan terakhir Prof bahawa selagi ada jurang keilmuan maka guru2 diperingkat tadika dan pra-sekolah tidak boleh sehaluan, memang saya setuju.

    ReplyDelete
  6. Semakin kita mengetahui sesuatu ilmu yang kita ceburi semakin kita terasa akan kekurangan diri dan keterbukaan untuk terus memperbaiki dan memburu ilmu.

    ReplyDelete
  7. As salam prof saya berminat sangat nak sambung master sementara anak saya kecil dan saya amat berminat lagi...prof bagi cara untuk saya mohon program ini...talian saya 019-4492610..Diharap prof dapat membantu saya....

    ReplyDelete
  8. Bagi pendapat saya prof untuk menjadi guru prasekolah yang baik, perlu belajar2 dan belajar, kerana bagi pengalaman saya lagi belajar....lagi nampak kecil dan sikit sahaja ilmu prasekolah yang saya ada...sbb dahulunya saya ijazah Pentadbiran Awam,harap prof dapat membimbing saya...

    ReplyDelete