Tuesday, April 20, 2010

Cereka dan Fakta

Buku kanak-kanak tentang fakta dan cerita buaya. Sesuai untuk kanak-kanak di peringkat umur antara 7 tahun hingga 9 tahun. Ibu bapa juga boleh merujuk fakta-fakta berkaitan dengan buaya. Penulisan buku ini dipermudahkan dan sampaikan dalam gaya bahasa bersantai. Saya terpaksa mendapatkan maklumat menerusi temu bual dan melawat ke tempat memelihara buaya. Rujukan menerusi buku dan semua maklumat diolah supaya pembaca kanak-kanak mudah memahaminya.

Selain buku Buaya terdapat juga karya penulisan saya yang lain diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Antaranya sumbangan penulisan dalam Siri Tidurlah Intan. Dalam buku ini lebih banyak sumbangan dalam bentuk lirik (senikata) untuk lagu kanak-kanak. Lirik yang ditulis berkisar tentang suasana kehidupan kanak-kanak dan berdasarkan cerita kanak-kanak.

Cerpen dalam buku Anak Seorang Jeneral merupakan antologi cerpen kanak-kanak terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Tajuk cerpen 'Buang Yang Keruh' rakaman pengalaman saya sewaktu menjadi guru di Sentul Kuala Lumpur. Kisah berkisar tentang murid sekolah di kawasan rumah pangsa di Jalan Sentul, Kuala Lumpur.

Pada suatu hari... tentang cerita-cerita binatang dan pada masa ini tidak lagi diulang cetak. Buku ini merupakan cubaan saya untuk menulis buku cerita kanak-kanak. Mungkin ada kekurangannya dikerana masih mencari keserasian dalam bidang penulisan karya kreatif kanak-kanak mengikut tahap usia.

2 comments:

  1. buku buku ni ada lagi tak kat pasaran???

    ReplyDelete
  2. Kemungkinan jika buku terbitan DBP seperti Buaya masih ada tetapi buku yang bukan terbitan DBP tiada lagi di pasaran. Seingat saya buku tersebut di awal permulaan saya bergiat dalam penulisan buku kanak-kanak sekitar awal tahun 1980an.

    ReplyDelete