Thursday, April 22, 2010

Boleh Berbahasa dan Berkomunikasi

Bagaimanakah aktiviti yang interaktif, kreatif dan berinovasi untuk kanak-kanak di tadika? Salah satu yang telah saya fikirkan dengan menulis buku khusus untuk aktiviti berbahasa dan berkomunikasi. Buku ini memberi panduan kaedah membaca dan menulis secara kreatif. Mendidik kanak-kanak mencintai alam dan negara ke arah industri yang pelbagai.

Buku ini mendidik kanak-kanak menghayati keindahan bahasa menerusi puisi dan pendekatan unsur drama yang menceritakan suasana persekitaran yang dialami oleh masyarakat di Malaysia. Aktiviti berbahasa untuk penyelesaian masalah dan pemikiran kreatif turut disertakan.

6 comments:

  1. salam Dr, buku itu untuk kanak-kanak yang berapa umur?

    ReplyDelete
  2. Buku ini sesuai untuk kanak-kanak di tadika.

    ReplyDelete
  3. Prof mana boleh dapat buku ini?

    ReplyDelete
  4. Buku ini ada di kedai buku Dewan Bahasa dan Pustaka.

    ReplyDelete
  5. prof buku ini ada kena mengena dengan subjek pengajaran pendekatan bahasa dan komunikasi?

    ReplyDelete
  6. Boleh disesuaikan mengikut keperluan khususnya dalam buku 2.

    ReplyDelete