Monday, December 28, 2015

Pandangan Terhadap Pendidik Awal Kanak-Kanak

Kajian terbaru mendapati sokongan kukuh pengundi Amerika terhadap pelaburan dalam profesion pendidikan awal kanak-kanak. Kajian dijalankan pada 950 pengundi dikalangan pendidik awal kanak-kanak.
  • Enam di kalangan 10 pengundi mengenalpasti bahawa tahun terawal merupakan tahun yang meruncing dalam pembelajaran dan perkembangan. Hampir 9 di kalangan 10 pengundi percaya bahawa pendidik awal kanak-kanak adalah penting dalam masyarakat dinilai sama taraf dengan ahli bomba dan jururawat.
  • Tujuh puluh dua peratus pendidik awal kanak-kanak percaya masyarakat tidak menghormati tentang kepentingan dan kesukaran kerja mereka. 
  • Lapan puluh empat peratus pendidik awal kanak-kanak mengenalpasti gaji rendah signifikan dengan cabaran.
  • Enam puluh satu pengundi percaya bahawa pendidik awal kanak-kanak dibayar terlalu sedikit dan majoriti pengundi menyokong kenaikan gaji di semua peringkat.
  • Lapan puluh peratus pengundi percaya gajaran yang memuaskan kepada guru adalah indikator penting untuk kualiti program pendidikan awal kanak-kanak.
  • Pengundi menyokong pelaburan kerajaan dalam pendidikan awal kanak-kanak meningkat dari lapan puluh peratus kepada 83 peratus apabila dimaklumkan perbelajaan diberi tumpuan kepada kenaikan gaji.
  • Lima puluh satu peratus pendidik berdasarkan warna kulit menyatakan halangan kemampuan ke kolej untuk kekal dalam profesion dibandingkan dengan 37 peratus pendidik kulit putih.
  • Lapan puluh tiga peratus pendidik percaya adalah wajar keperluan masa kini dan masa depan pendidik awal kanak-kanak memenuhi kelayakan asas untuk menerima gaji yang tinggi dan kemudahan.

3 comments: