Saturday, December 12, 2015

Ucapan Terima Kasih

Jangan lupa mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi sesuatu dalam pelbagai bentuk. Biarpun sedikit bantuan mahupun pemberian. Terima kasih tanda anda menghargai pemberian. Terima kasih akan mendalamkan hubungan, mengeratkan persefahaman dan memberi makluman kepada orang yang memberi bahawa dirinya dalam ingatan penerima. Didiklah kanak-kanak bermula dari kecil ucapan terima kasih dengan senyuman tanda ikhlas menerima dan menghargai pemberian.

No comments:

Post a Comment