Thursday, April 7, 2011

Pendekatan Bimbingan Prinsip Konstruktivis 3

Pendidik awal kanak-kanak memahami keupayaan terhad kanak-kanak untuk menerima perspektif orang lain. Sekiranya terdapat kanak-kanak yang menghadapi masalah mendapatkan rakan untuk melakukan perkara yang sama, maka pendidik hendaklah cuba menarik perhatian kanak-kanak lain untuk bermain sama. Mula-mula bawa kanak-kanak bersemuka dan mendengar apa yang diminati dan diingini mengikut pandangan masing-masing. Kemudian pendidik memberi cadangan cara untuk mendapatkan persamaan pandangan dalam permainan. Salah satunya menambahkan peralatan mainan dan mengubah peranan setiap kanak-kanak dalam permainan.

2 comments:

  1. Dr, bagaimana kalau kanak-kanak tersebut memang tidak suka akan kawannya itu. sebab kadang-kadang, kanak-kanak menghadapi masalah memdapatkan kawan sebab tidak suka akan kawannya itu. Adakah patut dijauhkan mereka supaya keadaan tidak menjadi teruk atau dekatkan mereka seperti jadikan mereka dalam satu kumpulan? kalau ya, bagaimana caranya?

    ReplyDelete
  2. Tujuan pendidikan awal kanak-kanak salah satunya adalah untuk menggalakkan perkembangan sosio emosi kanak-kanak. Kanak-kanak digalakkan bekerjasama dalam satu kumpulan kecil mahupun kumpulan besar. Peranan guru adalah menggalakkan kanak-kanak berhubung dan berkomunikasi samaada berkumpulan atau berpasangan. Contohnya boleh dilakukan semasa aktiviti bermain dan duduk dalam bulatan.

    ReplyDelete