Saturday, April 9, 2011

Pendekatan Bimbingan Prinsip Konstruktivis 4

Profesional pendidik awal kanak-kanak memahami keupayaan ingatan kanak-kanak yang terhad. Kanak-kanak lebih berupaya mengenal (recognize) daripada mengingati semula (recall). Keupayaan kanak-kanak untuk mengekalkan maklumat dalam ingatan jangka pendek dan jangka panjang meningkat mengikut usia. Maklumat yang berlaku beberapa minit yang lalu disimpan dalam ingat jangka pendek biasanya kekal beberapa minit sahaja. Apabila kanak-kanak mempunyai sedikit pengetahuan atau pengalaman tentang maklumat baru mereka jarang menyimpannya di dalam ingatan jangka panjang melainkan maklumat itu amat memberi kesan mendalam pada deria persepsi atau emosinya. Contohnya apabila ditanya ibunya,"Apa yang kamu pelajari hari ini?" Kanak-kanak menjawab,"Tak tahu."

1 comment:

  1. Prof:
    Adakah benar kaedah pengajaran "Hands on activity" mampu meningkatkan daya ingatan jangka panjang kanak2 kerana melaluinya kanak2 berpengalaman melakukan sendiri aktiviti yg diberikan

    ReplyDelete