Sunday, August 2, 2015

Risiko Tanpa Berisiko

Meletakkan kanak-kanak dalam keadaan selamat adalah  adalah keutamaan tugas yang dilakukan setiap minit apabila kita bersama kanak-kanak. Kita mesti sentiasa berhenti atau menghalang situasi yang dianggap mengancam kanak-kanak. Tetapi apabila kita mencampuri bagi pihak keselamatan kanak-kanak, kita boleh lakukan dengan memahami bahawa kehidupan banyak cabaran dan risiko, dan kanak-kanak wajar mengalami sebagai alat untuk belajar menghadapinya sendiri. Kata-kata,’Dengan sedikit risiko di situlah sedikit ganjaran’ adalah benar. Pembelajaran melibatkan risiko. Perhubungan melibatkan risiko. Kecekapan perasaan dan keyakinan di dunia ini memerlukan berdepan dengan cabaran dan tugasan untuk mengatasinya. 

Apabila kanak-kanak terlibat dalam situasi kita fikir terlalu berisiko atau berbahaya, daripada kita menyuruh mereka berhenti segera, kita tawarkan alternatif yang selamat sementara menghentikan peluang untuk mereka membina potensi sepenuhnya. Tugas ini memerlukan kita memberi tumpuan kepada perspektif kanak-kanak, menggunakan kuasa pemikiran kita dan bertindak bertanggungjawab.Kita boleh memastikan kanak-kanak mendapat merasai keseronokan dunia kanak-kanak biarpun masih dalam kawalan dan bantuan orang dewasa dan rakannya. Kita boleh membantunya dalam pembelajaran yang berbaloi dan mereka boleh menjadi cekap membuat penentuan keputusan, berupaya mengenalpasti risiko, menyumbang bantuan kepada orang lain dan mendapat ganjaran atas usahanya.

No comments:

Post a Comment