Thursday, June 16, 2011

Peranan Lelaki Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Pendidikan awal kanak-kanak didominasi oleh kaum wanita lebih daripada 97 peratus. Terdapat kaum lelaki melibatkan diri dalam bidang ini di kelas tadika yang begitu komited dengan tanggungjawabnya. Kanak-kanak yang datangnya dari keluarga ibu tunggal tiada bapa merasakan watak bapa, guru lelaki dapat memenuhi peranan kepada kanak-kanak ini. Ramai kaum lelaki yang tidak menceburi bidang ini disbabkan gaji yang kecil (kecuali guru prasekolah KPM) pandangan negatif ibu bapa terhadap lelaki mendidik kanak-kanak, rakan sekerja dan pentadbir.

Mungkin ada pandangan lain untuk menggalakkan kaum lelaki terlibat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Mohon kongsikan pandangan dan pengalaman anda.

2 comments:

  1. salam.mgkin lelaki tak jadi guru pon xper mungkin boleh jadi pengkaji atau mengurukan sebuah jagaan kanak-kanak.kita tidak boleh memandang rendah buktinya tuan sendri telah berjaya.InsyAllah

    ReplyDelete
  2. Kalau mengikut sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak dimulakan oleh golongan lelaki. Tetapi setelah berlaku peperangan di Eropah tanggungjawab mendidik kanak-kanak diambilalih oleh golongan wanita kerana lelaki ke medan perang. Program pendidikan awal kanak-kanak kurang diminati pada masa ini oleh kaum lelaki kerana masalah gaji dan tanggapan masyarakat terhadap pendidik awal kanak-kanak.

    ReplyDelete