Apabila kita berjalan-jalan di pasar atau berhampiran kedai makan atau warung akan kelihatan kucing jalanan berkeliaran. Tidak ketinggalan anjing jalanan mencari makanan di tong sampah. Haiwan peliharaan ini tidak seharusnya berkeliaran di tempat-tempat sedemikian. Mereka yang tidak bertanggunjawab membuang anak-anak kucing di merata tempat. malahan membuang ke rumah orang. Perbuatan seperti ini boleh dianggap lebih mementingkan diri. Hal ini akan menyusahkan orang lain. Sepatutnya dari awal lagi mereka tidak memelihara jika tidak berminat. Haiwan ini tidak meminta banyak untuk mengisi perutnya. Manusia perlu bertimbang rasa kepada haiwan yang tidak tahu untuk mencari makanan. Kurangnya pendidikan terhadap menyayangi haiwan tidak diberi penekanan. Walhal dalam agama pun ada menyatakan hal menyayangi haiwan.Sewajarnya dari peringkat kanak-kanak perlu dididik untuk mengasihani haiwan agar di masa depan generasi ini tidak menganiaya haiwan.
Tuesday, February 27, 2018
Tuesday, February 20, 2018
Kepentingan memberi perhatian anak
Kanak-kanak inginkan perhatian daripada orang dewasa menerusi tingkahlaku yang tidak menyenangkan. Misalnya apabila ibu bapa atau guru meletakkan sesuatu peraturan kanak-kanak dengan sengaja melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Keadaan ini berlaku apabila kanak-kanak yang tidak mendapat perhatian di rumah disebabkan kesibukan ibu bapa yang bekerja. Anak ini akan melakukan sesuatu untuk menarik perhatian guru ketika di tadika. Mungkin artikal ini dapat membantu memahami tingkahlaku kanak-kanak yang ingin mendapat perhatian orang dewasa.
Monday, February 12, 2018
Kanak-kanak suka menguji orang dewasa
Sebenarnya kanak-kanak suka menguji orang dewasa dengan melakukan perbuatan yang seolah-olah mencabar kesabaran orang dewasa. Contohnya jika orang dewasa membuat peraturan larangan tidak boleh memanjat pokok. Kanak-kanak secara sengaja akan melakukannya tanpa pengetahuan orang dewasa atau sengaja memanjat. Perbuatannya diharapkan dapat dilihat atau untuk menguji sama ada orang dewasa menguatkuasakan peraturan hukuman seperti yang dimaklumkan. Mungkin artikal ini dapat menjelaskan lebih lanjut tentang kanak-kanak menguji orang dewasa.
Tuesday, February 6, 2018
Ragam anak sulung, tengah dan bongsu
Ibu bapa dan pendidik kanak-kanak sentiasa berdepan dengan kerenah dan ragam kanak-kanak. Sebenarnya secara tidak langsung ada kaitan dengan susunan kelahiran anak sulung, tengah dan bongsu. Kedudukan anak dalam adik beradik mempengaruhi psikologi kanak-kanak itu sendiri. Pengetahuan ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah emosi kanak-kanak oleh ibu bapa dan pendidik kanak-kanak.
Tuesday, January 30, 2018
Kecergasan fizikal kanak-kanak
Badan sihat otak pun cergas ketika dahulu menjadi peransang untuk kanak-kanak aktif di padang permainan. Keadaan berubah apabila pengaruh gajet menyebabkan kanak-kanak tidak lagi bermain di padang, halaman rumah mahu pun di taman permainan. Keadaan ini menyebabkan bilangan kanak-kanak obestiti meningkat dan kanak-kanak kurang bersosial di kalangan rakan sebaya. Ditambah dengan pemakanan yang tidak sihat turut mempengaruhi fizikal kanak-kanak pada hari ini. Mungkin artikal ini dapat memberi kesedaran kepada pembaca tentang kepentingan kecergasan fizikal untuk kanak-kanak.
Monday, January 22, 2018
Isu keciciran di kalangan kanak-kanak tadika
Ramai ibu bapa dan guru pendidikan awal kanak-kanak beranggapan apabila kanak-kanak tidak boleh membaca dianggap keciciran. Sebenarnya kita terlupa bahawa setiap individu mempunyai pencapaian yang berbeza. Kita hanya melihat pencapai dari sudut kognitif tetapi bagaimana pula dari sudut fizikal, bahasa, sosial dan estetika? Begitu juga kesan daripada faktor lain yang menyebabkan keciciran. Mungkin artikal ini dapat membantu kefahaman terhadap keciciran kanak-kanak tadika.
Friday, January 19, 2018
Melayani pertanyaan kanak-kanak
Pertanyaan kanak-kanak disebabkan rasa ingin tahu sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Kanak-kanak akan berhenti bertanya apabila mendapat penjelasan yang memberi kepuasan kepada perkara yang ingin diketahuinya. Oleh sebab itu pertanyaan kanak-kanak akan bertalu-talu dengan perkataan "Kenapa?" berulangkali. Keadaan ini menyebabkan timbul perasaan bosan bagi orang dewasa untuk melayani. Mungkin artikal ini dapat membantu orang dewasa melayani pertanyaan kanak-kanak.
Subscribe to:
Posts (Atom)






