Pengalaman yang melibatkan aktiviti kreativiti dapat memberi kepuasan kepada seseorang yang tidak ada pada keadaan lain dan keupayaan untuk berkreatif dilihat bukan sahaja terpancar tetapi dapat memupuk emosi yang sihat. Pertama, perlakuan merekacipta memupuk perasaan kendiri dan kepuasan diri kanak-kanak. Pembaca boleh menguji dengan bertanya seseorang untuk mengingat kembali perkara yang terakhir sekali mereka menghasilkan sesuatu yang asli. Mungkin sesuatu yang mudah contohnya menghasilkan hiasan kek harijadi temannya - kemudian tanya perasaannya apabila selesai menghasilkan hiasan kek harijadi temannya. Terdapat sesuatu tentang merekacipta hasil yang unik atau idea yang meninggalkan perasaan kepuasan seseorang tentang dirinya.
Tuesday, April 30, 2013
Monday, April 29, 2013
Meningkatkan Kreativiti Kanak-Kanak
Hasil kajian penyelidik (rujuk penulisan Ahad 28April 2013) boleh dilaksanakan bahawa kita tidak perlu menunggu kanak-kanak berkebolehan istimewa bersama untuk tingkahlaku kreatif di dalam kumpulan kanak-kanak. Keupayaan untuk menjana idea kreatif yang asli dan menghasilkan kepuasan, hasil yang segar terdapat pada semua kanak-kanak. Tingkahlaku kreatif boleh dipertingkatkan menerusi tindakbalas yang betul dan bersesuaian daripada guru.
Sunday, April 28, 2013
Kreativiti Tiada Kaitan Dengan Akademik.
Orang dewasa perlu memahami bahawa kreativiti tidak terhad kepada kebolehan luar biasa yang istemewa seseorang seperti Rembrandt dan Einsteins. Tidak juga semestinya dikaitkan dengan kecerdasan yang tinggi. Hasil kajian yang dilakukan oleh Getzel dan Jakson (1962), Wallach dan Kogan (1965), dan Ward (1968) telah menunjukkan bahawa skor yang tinggi pada ujian kreativiti tidak mempunyai korelasi yang kukuh dengan skor yang tinggi pada ujian akademik atau piawaian pengukuran kecerdasan.
Saturday, April 27, 2013
Pengalaman Lalu Sebagai Asas Kreativiti
Meletakkan pengalaman lalu kepada sesuatu yang baru adalah pernyataan yang baik diharapkan kanak-kanak berupaya dapat melakukannya apabila mereka menggunakan bahan ekspresi sendiri, bermain secara imaginatif, menyelesaikan masalah atau melahirkan idea baru. Tumpuan atau penekanan kepada keaslian dan tidak menekankan kualiti evolusi yang tidak boleh diaplikasikan kepada kanak-kanak walau pun mereka melalui ujian realiti dan evolusi secara informal. Inilah yang dimaksudkan kreativiti mengikut keupayaan kanak-kanak.
Friday, April 26, 2013
Definisi Kreativiti
Mendefinikan kreativiti yang melibatkan kanak-kanak sememangnya sukar kerana definisi yang diterima secara umumnya bukan sahaja memenuhi keperluan idea atau penghasilan yang luhur tetapi berhubungkait dengan realiti dan diuji kesahihannya. Walau bagaimana pun definisi yang dikemukakan oleh Smith (1966) dalam bukunya Setting conditions for creative teaching in the elementry school adalah bersesuaian untuk keupayaan kreativiti kanak-kanak. Beliau menyatakan kreativiti adalah proses "mengalirkan pengalaman lalu dan mengumpulkan pengalaman yang dipilih kepada corak baru, idea baru atau hasil yang baru."
Thursday, April 25, 2013
Gandingkan kanak-kanak Berpasangan
Mengandingkan kanak-kanak secara berpasangan kadangkala dapat membantu mereka berkawan. Sama ada semasa datang ke tadika menaiki kereta secar berkumpulan atau balik ke rumah main bersama boleh mengukuhkan persahabatan, melakukan tugasan atau berkongsi minat yang sama. Pada jangka panjang terpulang pada kanak-kanak untuk membina persahabatan. Pihak guru hanya mencuba supaya menjadi kenyataan kepada mereka.
Wednesday, April 24, 2013
Meningkatkan Kemahiran Sosial Mengemari Rakan
Guru boleh membantu kanak-kanak kemahiran sosial menyukai semua kanak-kanak. Kanak-kanak perlu dipupuk dan dilatih kemahiran sosial menyukai dan menerima kanak-kanak lain secara terbuka. Contohnya, kanak-kanak yang mula belajar bertanya apa yang dia mahukan umumnya lebih diterima. Contohnya," Boleh saya ambil kereta in?" tanya Hafiza kepada Jufiza. Berbanding dengan kanak-kanak yang terus menerpa dan merampas apa yang disukainya daripada orang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)