Permainan sosiodramatika dapat membantu kanak-kanak memahami tentang diri dan tempat disamping memupuk pertumbuhan simpati dan bertimbangrasa terhadap orang lain. Permainan ini juga dapat menyedarkan kanak-kanak terhadap peranan sosial. Contohnya kanak-kanak dapat memahami menerusi eksperimen ketika sebagai bayi atau ibu atau doktor. Permainan sosiodramatika dapat membantu kanak-kanak belajar kemahiran sosial seperti cara untuk diterima dan bersama dalam kumpulan, cara mengimbangi kuasa dan cara untuk bertolak ansur supaya semua orang mendapatkan kepuasan ketika bermain.
Friday, June 7, 2013
Thursday, June 6, 2013
Main Memupuk Perkembangan Sosial Kanak-Kanak
Main dapat memupuk perkembangan sosial menerusi permainan dramatika dan sosiodramatika. Terdapat dua perbezaan iaitu permainan dramatika melibatkan peniruan yang dilakukan secara sendirian. Apabila kanak-kanak telah menguasai permainan dramatika, mereka akan beralih kepada permainan sosiodramatika yang melibatkan komunikasi verbal dan berinteraksi dengan dua orang atau lebih sambil bermain meniru peranan, olok-olok mempercayai tentang objek, perlakuan dan situasi dalam jangka masa tertentu semasa bermain.
Wednesday, June 5, 2013
Main Membina Perkembangan Konsep Pembalikan
Main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mendapatkan kemahiran informasi disebalik asas pembelajaran. Contohnya menerusi manipulasi bongkah kanak-kanak belajar konsep persamaan (dua bongkah kecil sama dengan sebuah bongkah besar), atau menerusi bermain air kanak-kanak memperolehi pengetahuan tentang isi padu membawa kepada perkembangan pengetahuan konsep pembalikan.
Tuesday, June 4, 2013
Main Memupuk Perkembangan Intelektual
Piaget (1962) berpendapat bahawa permainan imginasi salah satu bentuk pemikiran simbolik pada kanak-kanak dan menerusi main membolehkan kanak-kanak menggunakannya untuk menghubungkan keadaan sebenar dalam konteks minat mereka dan keutamaan kepada pengetahuan dunia. Terbukti bahawa permainan imaginasi, permainan simbolik memberi sumbangan besar terhadap perkembangan intelektual kanak-kanak.
Monday, June 3, 2013
Main Membina Perkembangan Mental
Hasil kajian Smilansky (1968) mengukuhkan pandangan bahawa main dapat membantu perkembangan mental. Kajiannya menunjukkan menerusi main sosio dramatika dapat membina keupayaan kanak-kanak untuk memilih kualiti peranan sosial. Kanak-kanak juga dapat menanggap dan menilai konsep peranan yang lebih besar.
Sunday, June 2, 2013
Main Memupuk Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak
Main dapat memenuhi berbagai tujuan yang luas dalam kehidupan kanak-kanak. Pada peringkat yang paling mudah, main dapat membantu perkembangan kemahiran deria motor. Kanak-kanak menghabiskan masa untuk menguasai keupayaan dan meningkatkan aras kesukaran untuk tugas yang lebih mencabar. Mereka yang pernah bersama kanak-kanak berusia satu tahun akan mengimbas kembali kanak-kanak tanpa merasa penat untuk mencapai matlamat kecekapan asas kemahiran fizikal. Kanak-kanak yang lebih berumur, kita selalu memikirkan aktiviti pengulangan fizikal sebagai aspek utama main. Contohnya di taman permainan kita lihat kanak-kanak bermain buaian, memanjat atau bermain bola. Sebenarnya perkembangan motor fizikal mewakili hanya satu tujuan yang diperolehi menerusi main.
Saturday, June 1, 2013
Peranan Main Kepada Kanak-Kanak
Main dalam pendidikan awal kanak-kanak dapat membantu perkembangan minda dan fizikal. Walau bagaimana pun agak sukar mengapa sesetengah pendidik tidak menilai kebaikan main pada kanak-kanak. Mungkin mereka beranggapan main hanya untuk keseronokan diri sendiri. Keadaan ini dianggap tidak membantu perkembangan akademik. Walau bagaimana pun Sutton-Smith (1967) dan Smilansky (1968) telah dan membuat kajian secara terperinci dan kajiannya menunjukkan akan kepelbagaian tahap main pada perkembangan kanak-kanak.
Subscribe to:
Posts (Atom)