Tuesday, February 28, 2017

Peranan Makmal Dalam Latihan Pendidikan Awal Kanak-Kanak




Makmal dalam pendidikan awal kanak-kanak sangat penting digunakan untuk melatih pelajar-pelajar yang bakal menjadi pendidik awal kanak-kanak. Makmal yang dimaksud benar-benar menyerupai persekitaran tadika dan taska. Kuliah dijalankan dalam suasana persekitaran sebenar kecuali tiada kanak-kanak. Kelebihannya pelajar dapat menghayati keadaan sebenar berbanding belajar di bilik kuliah dan pensyarah hanya memberi teori tanpa amali. Pandangan yang mengatakan sebuah makmal perlukan kanak-kanak sepatutnya tidak wujud sama sekali. Pelajar boleh mendapat pendedahan seterusnya apabila menjalani tugasan lapangan dan praktikum. Peranan makmal juga mempunyai fungsi memberi pengalaman sebelum ke alam pekerjaan sebenar.

Friday, February 24, 2017

Mengapakah Anak Menangis Tidak Mahu Ke Tadika?


Pagi-pagi anda mengejutkan anak berusia 6 tahun untuk bangun dari tidur. Dia tidak mahu bangun sambil merengek tidak mahu ke tadika. Puas dipujuk tetapi tetap berkeras tidak mahu ke tadika. Ibu bapa perlu mencari punca terhadap sukar bangun tidur dan masalah tidak mahu ke tadika.

Friday, February 17, 2017

Mengapakah Yuran Tadika Terlalu Mahal?


Tidak semestinya anda menghantar anak ke tadika yang mahal yurannya memberi perkhidmatan yang berkualiti. Kualiti sesebuah tadika itu bukan terletak pada yuran yang mahal.

Friday, February 3, 2017

Menghantar Anak Ke Taska?

Ibu bapa yang ingin menghantar anak kecil ke taska hendaklah memastikan beberapa perkara tentang latar belakang taska, latar pengasuh, pendaftaran kelulusan dan persekitaran di taska. Petikan akhbar di atas mungkin boleh dijadikan panduan.

Thursday, February 2, 2017

Apabila Kanak-Kanak Bertanya Soalan?

Kanak-kanak merupakan ahli sains yang hebat. Mereka sentiasa ingin tahu dan mencipta. Kanak-kanak akan bertanya soalan yang sama sebagaimana ahli sains. "Mengapakah sesuatu benda itu hidup dan apakah yang dia buat?" "Mengapakah benda itu tumbuh dan bagaimanakah dia membesar?" Buchminster Fuller seorang saintis dan akitek mengatakan taman permainan boleh dianggap sebagai persekitaran penyelidikan disebabkan kanak-kanak sentiasa melakukan sesuatu yang sangat menarik dan rasa ingin tahu. Mereka membuat penemuan tentang alam dan kehidupannya. "Apabila anak anda keluar, apakah yang mereka telah temui?"


Wednesday, February 1, 2017

Cabaran Pendidikan Awal Kanak-kanak


Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia semakin mendapat perhatian masyarakat. Kesedaran tentang kepentingannya semakin dipandang serius oleh pihak berwajib. Kalau di era tahun 1970an bidang ini hanya dipandang sepi. di kala itu agak pelik jika seseorang yang ingin mendalami bidang keilmuan ini. Keanehan ini amat dirasai oleh saya kerana orang belajar ke luar negara menuntut ilmu dalam bidang sains dan teknologi tetapi saya hanya bidang yang tidak popular di kalangan rakyat Malaysia.

Cabaran apabila pulang ke tanah air, merintis program pendidikan awal kanak-kanak dari peringkat sekolah vokesional (Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tingkatan 4 & 5), membantu program di KEMAS dan JPNIN, NGO dan MQA dalam membangunkan program standard.

Cabaran kepada pendidik bidang ini apabila terdapat kepelbagaian pendekatan dan pengajaran. Campur tangan mereka yang bukan arif dalam bidang semata-mata mahu mencari populariti, mereka yang tiba-tiba muncul mengaku arif, para akademik yang berlumba-lumba ingin meneraju dan dikenali, pengubal dasar yang sering berubah-ubah. Kesemuanya ini merupakan cabaran untuk meletakkan program pendidikan awal kanak-kanak di landasan berasaskan jati diri negara bangsa.

Perjuangan tetap di teruskan biarpun tanpa didendang. Meski pun usia sudah melangkaui setengah dekad dan pada tanggal 1 Februari 2017 menyambut ulang tahun kelahiran melebihi 60an dalam sepi terus memperjuangkan.