Friday, August 21, 2015

Hip Hammock yang tidak selamat

Jenama Platex Hip Hammock tidak selamat digunakan menurut U.S. Consumer Product Safety Commision:
Tali yang mengikat pinggang dan bahu boleh putus dan bayi akan mengelusur jatuh.

Wednesday, August 19, 2015

Tempat Duduk Merbahaya

Jenama produk ValcoBaby "Joey"  tempat duduk bayi di kereta sorong menurut U.S. Consummer Product Safety Commission (CPSC) adalah membahayakan kanak-kanak. Mekanisma butang spring keselamatan pada tempat duduk kereta sorong bayi boleh terlucut menyebabkan jatuh dari kereta sorong.Pihak berwajub di U.S. menasihatkan penjualan produk tersebut ditarik balik.

Monday, August 17, 2015

Stokin Katak Yang Membahayakan Kanak-kanak

Produk jenama stokin untuk bayi 'Froggy' menurut U.S. Consumer Prouct Safety Commision (CPSC) tidak selamat digunakan dan membahayakan kepada bayi. Jahitan pada wajah yang dilekatkan pada stokin boleh tertanggal mengakibatkan bahaya tersedak atau sesak nafas apabila bayi memasukkan ke dalam mulut wajah katak yang tertanggal. Keadaan ini bukan sahaja membahayakan bayi tetai jiga kepada kanak-kanak kecil. Pihak berkuasa U.S. telah mengarahkan produk jenama ini ditarik balik penjualannya. Ibu bapa dinasihatkan berhati-hati dan peka semasa membeli stokin untuk bayi dengan melihat ciri keselamatannya.


Sunday, August 16, 2015

Sudu Bayi Yang Tidak Selamat Digunakan

Sudu dan arpu untuk bayi berjenama 'Gingham Bunny' untuk bayi menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) tidak selamat digunakan dan membahayakan kepada kanak-kanak khususnya bayi. Warna unggu pada telinga arnab boleh tertanggal dan mendatang bahaya kepada bayi. Pihak berkuasa U.S. telah mengarahkan pengeluar produk ini menarik balik penjualannya. Maklumat ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada ibu bapa yang ingin membelikan sudu untuk bayi supaya menghindarkan pembelian jenis barangan ini yang tidak memenuhi ciri keselamatan bayi.

Saturday, August 15, 2015

Stokin Bayi yang Tidak Selamat

Produk stokin bayi jenama “Aubree’s” dan“Hearts” menurut U.S. Consumer Product Safety Commision (CPSC) adalah membahayakan kepada bayi dan kanak-kanak kecil. Bunga dan tali yang dilekatkan pada setokin bayi boleh tertanggal mengakibatkan kemalangan tersesak nafas pada kanak-kanak kecil. Pihak berkuasa U.S. telah mengarahkan pengeluar barangan tersebut menarik balik penjualannya. Panduan ini boleh dimanfaatkan kepada ibu bapa yang ingin membelikan anaknya.

Friday, August 14, 2015

Bola Magnet

Jenama produk 'Buckyballs and Buckycubes' mempunyai set kuasa magnet yang tinggi. Menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) produk ini menggandungi kecacatan rekabentuk, amaran dan arahan yang boleh mengakibatkan risiko kecederaan dan kematian kepada kanak-kanak dan juga remaja. Pihak berkuasa U.S. telah mengarahkan menarik balik penjualan jenama tersebut. Maklumat ini boleh digunakan sebagai panduan kepada pengusaha tadika dan ibu bapa yang ingin membeli mainan kanak-kanak.


Thursday, August 13, 2015

Puzzle Kayu Yang Tidak Selamat

Produk kayu 'puzzle' untuk kanak-kanak menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) tidak selamat digunakan oleh kanak-kanak. Pelakat kecil yang dilekatkan pada papan 'puzzle' boleh tertanggal dan terpisah daripada papan mengakibatkan bahaya sesak nafas kepada kanak-kanak. Pihak berkuasa U.S. telah mengarahkan menarik balik penjualannya. Maklumat ini boleh dijadikan panduan kepada pengusaha taska dan ibu bapa ketika membeli produk sedemikian.

Wednesday, August 12, 2015

Bersimpati dengan bayi?

"Bagaimanakah anda mengajar mengambilberat pada bayi?  Anda tidak? Anda menunjukkannya? Sebelum bayi memahami sebarang perkataan, bayi memahami sentuhan."
Janet Gonzalez-Mena dalam artikalnya, "Compassionate Roots Begin with Babies," memberi pengasuh petua berikut:
  • Menjangka membantu membina kepercayaan dan meberi bayi rasa selamat.
  • Pengasuh melambatkan dan menunggu sesuatu tanda yang kanak-kanak telah mendengar dan memahami apa akan berlaku sebelum dia meneruskannya.
  • Masa terbaik untuk membina hubungan adalah semasa aktiviti pengasuhan: aktiviti yang penting setiap hari yang memenuhi keperluan fizikal bayi.
  • Pengasuhan menjadi kurikulum apabila dilakukan dengan cermat, tumpu perhatian hubungan dengan kanak-kanak.
  • Pengasuh yang selalu berdepan dengan bayi dan tatih aresif hendaklah ditangani dengan kelembutan.
  • Memberi ganjaran mangsa agresif dengan memberi lebih perhatian boleh menjadikan kanak-kanak itu mencari peluang untuk jadi mangsa agresif.  
  • Kanak-kanak tatih yang membuat dirinya sakit memerlukan orang dewasa yang akan datang memberhentikan saktinya, jika dia tidak boleh menghentikannya sendiri.

Tuesday, August 11, 2015

Apakah kesan kanak-kanak menonton televison?

Perhatian terhadap kesan negatif kepada kanak-kanak yang menghabiskan masa menonton television yang dilaporkan kajian terkini oleh American Academy of Pediatrics mendapati kanak-kanak di pusat jagaan kanak-kanak dan pusat jagaan kanak-kanak di rumah tidak menghalang kanak-kanak menonton television. Hasil kajian mendapati:  
  • Bayi dan tatih terdedah dengan television dikaitkan dengan obesiti dan lambat bertutur. 
  • Kajian jangka panjang menunjukkan tabiat terlalu awal menonton television memberi kesan tingkahlaku akan datang.
  • Menonton television menggantikan kunci perkembangan kanak-kanak – main.

Monday, August 10, 2015

Apakah kesan yang dihasilkan oleh ibu bapa?

Dalam buku Supporting Parenting, menyatakan kualaiti hubungan ibubapa-kanak-kanak ada signifikan berkaitan dengan…
  • Kemahiran belajar dan pencapaian pendidikan. Keupayaan membaca kanak-kanak adalah dikaitkan dengan persekitaran membaca di sekeliling mereka. Terdapat bukti yang menyatakan penglibatan ibu bapa dengan sekolah mempunyai kaitan dengan pencapaian.
  • Kecekapan sosial Kemesraan ibu bapa, tiada konflik, dan kawalan dan bimbingan dilihat memainkan peranan penting dalam membina kemahiran sosial kanak-kanak.
  • Pandangan kanak-kanak terhadap dirinya – termasuk deria harga diri.
  • Tingkahlaku agresi luaran dan delikuensi. Semakin ekstream tindakan ibu bapa semakin buruk hasil dari kanak-kanak dan gangguan kehidupan psikologi.
  • Kemurungan, perasaan taku dan lain-lain masalah dalaman – termasuk complain di mana tanda-tanda fizikal yang berkaitan tekanan emosi dan menjauhi sosial.
  • Tingkalaku kesihatan yang berisiko – seperti merokok, penggunaan dadah, alkohol, tingkahlaku seksual berisiko dan obesiti.

Sunday, August 9, 2015

Membantu kanak-kanak membina matlamat

Berdasarkan artikal yang ditulis oleh Judy Harris Helm bertajuk ‘Best Brains in Science Under Five’ mencadangkan cabaran yang dihadapi oleh guru adalah untuk menghubungkan kanak-kanak dalam kehidupan intelektual dengan membantu membina ‘traits’ seperti rasa ingin tahu dan menjadikannya suatu pemikiran. Bebrapa strategi yang dicadangkan untuk membantu kanak-kanak belajar menjadi pemikir:
  • Mendengar dengan teliti perbualan kanak-kanak dan kenalpasti topic yang diminati.
  • Pilih topik untuk projek yang ada berpotensi untuk pembelajaran ‘hand-on’.
  • Menarik perhatian soalan kanak-kanak dengan merekodkan di atas kertas carta; semak dan tambah lagi.  Sentiasa memberi sokongan dan bertanya soalan yang membawa pemikiran mendalam.
  • Tambah peralatan di kelas berkaitan minat yang timbul daripada  kanak-kanak.  Galakkan kanak-kanak untuk menyumbang peralatan. 
  • Jangan cepat terus memberitahu jawapan kepada kanak-kanak atau merujuk buku atau internet. Jawapan hari ini boleh didapati dalam sesaat tetapi untuk mencipta kanak-kanak yang bergantung harap kepada orang dewasa yang telah mahir membaca dan menulis bukan cara kanak-kanak ini belajar.
  • Jangan takut untuk membuat provokasi pemikiran kanak-kanak. Beri cabaran kepada mereka untuk mencari jawapan sendiri, mencipta model atau lakaran pemerhatian.

Saturday, August 8, 2015

Terlalu banyak hiasan dinding di kelas?


Satu kajian terbaru, dilaporkan dalam in the New York Times, pemerhatian sama ada kelas tadika yang terlalu dihiasi menggalakkan atau mengganggu pembelajaran.  Kajian ini keutamaannya untuk menyelidik bagaimana dinding memberi kesan kepada kanak-kanak. Didapati apabila kanak-kanak diajar dalam kelas yang terlalu dihiasi, mereka lebih banyak gangguan, mereka lebih leka terawang-awang seolah-olah terkeluar dari tugasan. Skor ujian lebih rendah berbanding dengan mereka yang belajar di bilik yang tidak berhias.

Friday, August 7, 2015

Krisis Kreativiti?

Artikal, "The Creativity Crisis"  oleh Branson menyatakan  salah satu penghalang kreativiti kanak-kanak adalah…jumlah jam kanak-kanak hari ini menghabiskan masa di depan television dan bermain permainan video, sepatutnya kanak-kanak terlibat dengan aktiviti kreatif.  Selain itu kurangnya perkembangan kreativiti di sekolah. Kesannya, biarkan kepada nasib siapa yang akan menjadi kreatif: tidak ada usaha bersungguh untuk memupuk kreativiti kanak-kanak. Lain-lain perkara yang menarik dalam artikal ini:Other interesting insights in the article:
  • "Kanak-kanak tadika, purata bertanya ibu bapanya lebih kurang 100 soalan sehari. Kenapa, kenapa, kenapa – kadangkala ibu bapa berharap perlu dihentikan pertanyaan itu.  Secara tragisnya ia diberhentikan. Sampai ke sekolah menengah mereka berhenti menyoal.  Ini bukan secara kebetulan bila motivasi pelajar dan tumpuannya lenyap. Mereka tidak berhenti bertanya disebabkan mereka hilang minat atau sebaliknya mereka hilang minat sebab itu mereka berhenti bertanya soalan.”
  • "Di awal zaman kanak-kanak,  berbagai jenis mainan bebas dikaitkan dengan kreativiti ang tinggi. Kanak-kanak taska dan tadika yang menghabiskan banyak masa dalam main peranan (melakonkan watak) mempunyai ukuran tertinggi dalam kreativiti;menyuarakan pandangan orang lain membantu membina keupayaan diri untuk menganalisa situasi dari berbagai perspektif.  Apabila bermain sendirian, kanak-kanak darjah satu yang tinggi kreativitinya akan melakukan emosi negatif: mereka akan menjadi marah, aresif dan kecewa.

Thursday, August 6, 2015

Bagaimanakah membunuh idea?


Berbagai cara untuk membunuh idea kreatif. Sekiranya ada di kalangan staf memberikan idea, tidak semua diterima sama ada rakan atau ketua kita. Dalam sebuah buku kecil bertajuk “Imagine” telah menyenaraikan 17 cara membunuh idea. Antara yang menarik:
  • Apabila ia datang dan cepat-cepat tukar subjek.
  • Tidak mengendahkannya. Mati secara senyap tetapi amat berkesan.
  • Pura-pura erminat tetapi tidak melakukan apa-apa tentangnya. Hal ini sekurang-kurangnya menghalang pemikir asal tidak membawa idea itu ke mana-mana.
  • Tertawakannya.  "Ho, ho, ho, itu idea yang sangat baik.  Awak pasti memikirkannya sepanjang malam untuk mendapatkannya.”
  • Ubahsuai hingga berubah dari yang asal… Anda seolah-olah membantu idea, hanya mengubah sedikit sana sini. Dalam masa yang sama apabila pencipta idea asal menyedari apa yang berlaku, idea telah mati.
  • Tenggelamkan dalam air sejuk, "Kita tidak ada staf membuat itu…We don't have the staff to do it...risikonya terlalu besar…itu semua berlaku hanya teori, tetapi dalam kehidupan sebenar…”

Wednesday, August 5, 2015

Siapakah Pembunuh Kreativiti Kanak-kanak?

Berdasarkan buku The Creative Spirit (Plume, 1993), menyatakan cara yang lumrah orang dewasa tidak menggalakkan kreativiti pada kanak-kanak:

  1. Memerhati — Memerhatikan kanak-kanak membuat mereka merasa sentiasa diperhatikan semasa mereka membuat kerja…kekerapan memerhati, berani mengambil risiko, kreatif akan tenggelam dan tersembunyi.
  2. Penilaian — Apabila kita sentiasa membuat kanak-kanak risau tentang apa yang mereka lakukan, mereka mengabaikan kepuasan dengan penghasilannya.
  3. Ganjaran — Hadiah yang tidak bersesuaian . . . melenyapkan keseronokan aktiviti kreativiti kanak-kanak. 
  4. Pertandingan — Meletakkan kanak-kanak dalam situasi menang-kalah, di mana hanya seorang boleh berada di atas Putting kids in a win-lose situation, where only one person can come out on top . . . menidakkan proses bahawa kanak-kanak meningkat perkembangannya mengikut tahapnya sendiri.
  5. Kawalan berlebihan — Sentiasa memberitahu kanak-kanak cara melakukan sesuatu…sering meninggalkan kesan perasaan kanak-kanak bahawa keasliannya adalah salah dan sebarang penerokaan itu membuang masa.
  6. Pilihan terhad — Memberitahu kanak-kanak jenis aktiviti yang mereka perlu terlibat daripada membenarkan mereka mengikut minat dan rasa ingin tahu…sekali lagi menghadkan penerokaan aktif dan cubajaya yang boleh membawa kepada penemuan kreatif dan penghasilan.
  7. Tekanan — Menetapkan harapan tinggi untuk pencapaian kanak-kanak…selalunya berakhir dengan rasa benci terhadap subjek atau aktiviti… Tanpa sebab harapan yang tinggi sering memberi tekanan kepada kanak-kanak untuk pencapaian dan mendapatkannya berdasarkan garis panduan yang ketat. Hal ini akan menghapuskan cubajaya, penerokaan dan inovasi. Menetapkan harapan tinggi biasanya di bawah kemampuan keupayaan perkembangan kanak-kanak.

Monday, August 3, 2015

Mengapa Muzik?


Jennifer Jones dalam artikalnya "The Role of Music in Your Classroom," menyatakan mengapa drama dan muzik penting pada aspek perkembangan kanak-kanak…

  • Nyanyian boleh digunakan untuk mengajar konsep baru dan memperkenalkan perbendaharaan kata baru.  
  • Nyanyian memberi peluang kanak-kanak meneroka peranan orang dewasa. Kanak-kanak bermain dengan anak patung di ruang dramatika akan mendodoikan ('hum') anak patung atau semasa mengemas, memadankan apa yang mereka lihat tentang apa yang dilakukan oleh ibu bapanya. 
  • Pergerakan ke arah muzik membentuk kepekaan anggota tubuh kanak-kanak dan apa yang mereka boleh lakukan. Ia dapat membantu membina perasaan kendiri dan kemahiran motor halus.
  • Mendengar muzik dapat membantu mendidik kanak-kanak tentang asas yang betul berkaitan muzik: lantang, lembut, tempo perlahan, dan tinggi. Ia juga boleh membantu kepada lanjutan ekspresi kreatif.

Sunday, August 2, 2015

Risiko Tanpa Berisiko

Meletakkan kanak-kanak dalam keadaan selamat adalah  adalah keutamaan tugas yang dilakukan setiap minit apabila kita bersama kanak-kanak. Kita mesti sentiasa berhenti atau menghalang situasi yang dianggap mengancam kanak-kanak. Tetapi apabila kita mencampuri bagi pihak keselamatan kanak-kanak, kita boleh lakukan dengan memahami bahawa kehidupan banyak cabaran dan risiko, dan kanak-kanak wajar mengalami sebagai alat untuk belajar menghadapinya sendiri. Kata-kata,’Dengan sedikit risiko di situlah sedikit ganjaran’ adalah benar. Pembelajaran melibatkan risiko. Perhubungan melibatkan risiko. Kecekapan perasaan dan keyakinan di dunia ini memerlukan berdepan dengan cabaran dan tugasan untuk mengatasinya. 

Apabila kanak-kanak terlibat dalam situasi kita fikir terlalu berisiko atau berbahaya, daripada kita menyuruh mereka berhenti segera, kita tawarkan alternatif yang selamat sementara menghentikan peluang untuk mereka membina potensi sepenuhnya. Tugas ini memerlukan kita memberi tumpuan kepada perspektif kanak-kanak, menggunakan kuasa pemikiran kita dan bertindak bertanggungjawab.Kita boleh memastikan kanak-kanak mendapat merasai keseronokan dunia kanak-kanak biarpun masih dalam kawalan dan bantuan orang dewasa dan rakannya. Kita boleh membantunya dalam pembelajaran yang berbaloi dan mereka boleh menjadi cekap membuat penentuan keputusan, berupaya mengenalpasti risiko, menyumbang bantuan kepada orang lain dan mendapat ganjaran atas usahanya.