Tuesday, June 30, 2015

Guru Yang Berkualiti Kelayakannya



Penting ibu bapa melihat kelayakan pengasuh di taska sama ada memenuhi kriteria sesuai untuk penjagaan kanak-kanak atau sebaliknya. Begitu juga di tadika sama ada gurunya berkelayakan atau sebaliknya. Biasanya pihak pengusaha perkhidamatn pendidikan awal kanak-kanak (taska dan tadika) akan memberitau bahawa programnya menyediakan guru yang berkelayakan, berpengetahuan dan komited secara professional untuk menggalakkan kanak-kanak belajar dan membantu keluarga. Guru dan pengasuh yang berkelayakan telah mengikuti program persijilan yang khusus sama ada peringkat sijil, diploma dan ijazah dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf.

Monday, June 29, 2015

Apakah Langkah Melihat Penjagaan Kesihatan?


Apa yang perlu dilihat di dalam program:
  • Guru mempunyai latihan dalam “pediatric first aid”.
  • Bayi diletakkan ditempat sesuai untuk tidur.
  • Program mempunyai polisi terhadap peraturan mencuci tangan dan kebersihan secara rutin di semua permukaan kemudahaan.
  • Terdapat perancangan yang jelas apabila berlaku sakit termasuk keputusan sama ada kanak-kanak perlu dihantar pulang dan cara memaklumkan kepada ibu bapa.
  • Makanan yang berkhasiat dan penyediaan dan penyimpanan yang selamat.

Sunday, June 28, 2015

Menjamin Penjagaan Kesihatan



Ibu bapa perlu memberi tumpuan tentang penjagaan kesihatan di taska dan tadika. Pastikan setiap program ada menawarkan perkhidmatan kesihatan untuk kanak-kanak. Program menggalakkan nutrisi dan kesihatan kanak-kanak. Melindungi daripada jangkitan penyakit dan kecederaan kanak-kanak dan kakitangan. Kanak-kanak mesti sihat dan selamat untuk belajar dan membesar. Program perlu memberi perkhidmatan yang menitikberatkan kesihatan dan keselamatan untuk membantu perkembangan kesihatan kanak-kanak.

Saturday, June 27, 2015

Bagaimana Melihat Penilaian Kemajuan Kanak-kanak?



Apa yang perlu dilihat di dalam program:

  • Program yang menyokong pembelajaran kanak-kanak menggunakan pelbagai kaedah penilaian seperti pemerhatian, senarai semak dan aras skala.
  • Kaedah penilaian yang bersesuaian untuk setiap tahap umur dan aras perkembangan dan meliputi semua bidang perkembangan termasuk matematik, sain dan kemahiran kognitif; bahasa; social emosi; dan fizikal.
  • Guru menggunakan kaedah penilaian dan maklumat untuk membentuk matlamat yang ingin dicapai setiap kanak-kanak, menyelia kemajuan dan menambahbaik program dan strategi pengajaran.
  • Keluarga menerima maklumat tentang perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak berterusan termasuk melalui mesyurat dan pertemuan.

Friday, June 26, 2015

Penilaian Kemajuan Kanak-kanak



Anda selalu tertanya-tanya akan perkembangan anak-anak di taska atau pun di tadika. Bagaimanakah rupa bentuk penilaian yang dilaksanakan. Pihak taska dan tadika sepatutnya menyatakan kaedah yang digunakan untuk penilaian kanak-kanak. Program dimaklumkan secara berterusan dan bersistematik, pedekatan penilaian secara formal dan informal terhadap pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak. Penilian berlaku dalam kontek timbalbalik menerusi komunikasi dengan keluarga dan sensitiviti kontek budaya di mana kanak-kanak itu dibesarkan.

Thursday, June 25, 2015

Bagaimana Anda Menilai Pengajaran?



Apa yang perlu dilihat di dalam program:

  • Guru berhati-hati menyelia kanak-kanak
  • Guru menyediakan masa setiap hari untuk aktiviti luar dan dalam. Menguruskan masa dan ruang supaya kanak-kanak berpeluang untuk membuat kerja atau bermain secara individu dan dalam kumpulan.
  • Kerja yang dihasilkan kanak-kanak dipamerkan dalam kelas untuk membantu kanak-kanak membuat refleksi dan memperkembangkan pembelajaran.
  • Guru mengubahsuai strategi dan peralatan sebagai tindakbalas kepada keperluan dan minat kanak-kanak secara individu untuk memupuk dan meningkatkan pembelajaran kanak-kanak.