Friday, January 31, 2014

Kemah Kanak-Kanak


Produk kemah untuk kanak-kanak kecil peringkat bayi dan tatih tidak sesuai digunakan menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC). Bayi dan tatih boleh bergolek ke tepi penjuru tilam angin dan terperangkap di tepi bahagian fabrik kemah menyebabkan kesesakan nafas. Kes kematian kanak-kanak di New York kerana terperangkap berlaku kerana menggunakan khemah ini. Pihak berwajib telah mengarahkan menarik balik penjualan produk ini.

Thursday, January 30, 2014

Kereta Sorong Bayi


 
Kereta tolak bayi jenama Baby Jogger City Versa™ menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) membahayakan kanak-kanak.Kerangka kereta tolak gagal dikunci pada tempatnya dan boleh terhurai semasa digunakan dan mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak apabila jatuh.

.

Wednesday, January 29, 2014

Tempat Duduk Mandi Bayi

Produk jenis yang tertera di gambar tempat duduk bayi mandi menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) membahayakan kepada kanak-kanak.Tempat duduk ini gagal mematuhi piawaian keselamatan persekutuan U.S. termasuklah keperluan kekukuhannya. Tempat duduk ini boleh terbalik dan mendatangkan bahaya kepada bayi.

Tuesday, January 28, 2014

Kenderaan Kanak-Kanak

Kenderaan mainan untuk kanak-kanak ini menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) mendapati mainan ini membahayakan kanak-kanak. Kanak-kanak yang duduk terlalu ke depan boleh melepasi pemegang dan jatuh ke tanah. Keadaan ini menyebabkan kecederaan.

Monday, January 27, 2014

Katil Bayi


Jika teringin membeli katil bayi anda perlu melihat keselamatannya. Katil bayi jenama  Eddie Bauer Rocking Wood Bassinets menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) didapati membahayakan kanak-kanak. Bahagian bawah kunci mekanisma tidak dapat dikunci dengan betul jika tidak ada spring yang mengimbangkannya. Keadaan ini membolehkan tergolek dan bayi akan jatuh. Pihak berwajib di U.S telah mengarahkan menarik balik penjualannya.

Sunday, January 26, 2014

Tempat Duduk Kerusi Klasik

Tempat duduk kayu tinggi bayi jenis ini berjenama Graco Classic Wood menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) membahayakan. Tempat duduk kerusi yang tinggi boleh longgar atau terlepas dari asas menyebabkan jatuh dan membahayakan kanak-kanak. Banyak laporan kecederaan diterima dan pihak berwajib mengarahkan menarik balik penjualan produk berkenaan. Maklumat ini sesuai dijadikan panduan.

Saturday, January 25, 2014

Buaian Bayi


Buaian bayi jenis ini menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) boleh mendatangkan bahaya kepada bayi yang menggunakannya. Bahagian terbuka antara dulang dan tempat duduk atau halangan pemegang dan tempat duduk membolehkan badan bayi terlepas menyebabkan terperangkap pada leher. Keadaan ini membahayakan bayi jika tali pinggang tidak digunakan.

Friday, January 24, 2014

Kerusi Tinggi Bistro


Kerusi tinggi jenis Bistro menurut  U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) membahayakan kanak-kanak. Bahagian yang terbuka antara dulang dan bahagian bawah tempat duduk dan sisi pembuka kerusi tinggi dan antara tempat rehat tangan dan tempat duduk bawah membolehkan badan kanak-kanak lolos menerusinya dan boleh menjadi perangkap pada leher. Semasa kanak-kanak terperangkap akan meronta-ronta membahayakan jika tali pengikat tidak digunakan atau dibuka. Tambahan lagi, terdedah dengan 'spring' antara tempat duduk dan tempat tangan rehat di kedua-dua belah kerusi boleh mencederakan kanak-kanak.

Thursday, January 23, 2014

Goncang Bunyi

Produk jenama Buff Baby”untuk bayi menggoncang mainan menggeluarkan bunyian menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) adalah membahayakan kanak-kanak. Pada bahagian hujung mainan ini penutupnya boleh terpisah mengeluarkan bahagian kecil menyebabkan bahaya tersedak kepada kanak-kanak kecil. Pihak berwajib U.S mengarahkan menarik balik penjualan produk ini.


Wednesday, January 22, 2014

Ubat Selsema

Produk ubatan jenama Triaminic® Syrups dan Theraflu Warming Relief® Syrups menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) membahayakan kesihatan kanak-kanak. Penutupnya tidak berfungsi sepenuhnya boleh dibuka oleh kanak-kanak. Produk ini mengandungi bahan racun acetaminophen dan diphenhydramine yang diperlu dipatuhi menerusi Poison Prevention Packaging Act bahawa penutup botol perlu pembungkusan yang tahan perlindungan kanak-kanak. Maksudnya kanak-kanak tidak mudah membuka botol.Pihak berkuasa U.S. mengarahkan penarikan balik penjualan produk tersebut.

Tuesday, January 21, 2014

Mainan Guli Bermagnet

Produk mainan guli bermagnet meja  jenama 'Nanosphere' menurut U.S.Consumer Product Safety Commission (CPSC) membahayakan kanak-kanak. Jika dua atau lebih magnet yang ditelan oleh kanak-kanak magent akan bercantum di dalam perut kanak-kanak. Keadaan ini boleh menimbulkan sekatan dalam tisu badan mengakibatkan sekatan usus dubur, pendarahan dan kematian. Kecederaan dalaman kesan magnet boleh mendatangkan mudarat kesihatan sepanjang hayat. Pihak berwajib U.S. telah melarang dan menarik balik penjualan produk ini. Maklumat sedemikian adalah sesuai dijadikan panduan kepada ibu bapa. 

Monday, January 20, 2014

Kereta sorong Bayi

Jenama produk kereta sorong 'Jeep Liberty'menurut U.S. Consumer Product Safety Commision (CPSC) tidak selamat digunakan. Tiub dalam tayar boleh pecah menyebabkan tayar di rim pecah atau keluar angin menghilangkan kawalan mengakibatkan kecederaan anggota dan kerosakan harta benda. Pihak berkuasa U.S. mengarahkan menarik balik penjualan kereta sorong jenis ini. Maklumat ini juga sesuai untuk dijadikan panduan kepada ibu bapa.


Sunday, January 19, 2014

Scooter Kanak-Kanak

Produk 'Motor Scooters' dengan gambar grafik 'Hello Kitty'menurut U.S. Consumer Product SAfety Commissionan (CPSC) membahayakan kerana scooter ini boleh bergerak secara tiba-tiba semasa menggunakannya menyebabkan penunggang hilang kawalan dan jatuh. Pihak berkuasa U.S. telah mengarahkan melarang penggunaannya dan menarik balik penjualannya. Maklumat ini sesuai dijadikan panduan kepada ibu bapa.

Saturday, January 18, 2014

Mainan Kanak-kanak

Jenama produk 'Beamerzzz™ Stuffed Animals with LED Flashlight' menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) membahayakan kanak-kanak kerana dawai 'LED Flashlight' boleh terkeluar dari anak patung mengakibatkan kecederaan kepada kanak-kanak. Pihak berkuasa U.S. telah mengarahkan menarik balik penjualannya. Maklumat ini sesuai sebagai panduan ibu bapa yang ingin membeli mainan untuk anaknya.

Friday, January 17, 2014

Asas Rentak

Produk jenama 'Basic Beat BB201' goncang saiz telur sebenar menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) membahayakan kepada kanak-kanak. Penutup luar pada bahagian atas telur digam. Penutup ini mudah tertanggal dan boleh mengakibatkan sesak nafas atau bahaya tersedak. Pihak berkuasa U.S. telah mengarahkan produk ini ditarik balik penjualannya. Maklumat ini sesuai untuk dijadikan panduan kepada ibu bapa dan pengusaha taska dan tadika yang ingin membeli peralatan mainan kanak-kanak.


Thursday, January 16, 2014

Tempat duduk mandi bayi


Produk tempat duduk untuk bayi mandi menurut U.S. Consumer Product Safety (CPSC) tidak memenuhi keselematan Piawaian Keselamatan Persekutuan termasuk keperluan untuk kesimbangan, spesifikasi. Tempat duduk mandi boleh terjatuh dan mengakibatkan bayi lemas. Pihak berkuasa U.S. tidak meluluskan dan mengarahkan menarik balik penjualan produk ini. Maklumat ini sesuai untuk dijadikan panduan kepada ibu bapa dan pengusaha taska.

Wednesday, January 15, 2014

Kereta Sorong Bayi

Product jenama 'Bugaboo Cameleon3 Strollers' menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) membahayakan kanak-kanak. Kereta sorong ini pemegangnya boleh patah dan tanggal membahayakan kanak-kanak. Pihak berkuasa U.S. mengarahkan menarik balik penjualannya. Maklumat ini berguna untuk dijadikan panduan kepada ibu bapa yang ingin kereta sorong.

Tuesday, January 14, 2014

Kerusi Tinggi Bayi

Jenama produk kerusi tinggi bayi menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) membahayakan kepada bayi. Bahagian depan terbuka antara dulang dan tempat duduk kerusi tinggi membolehkan badan kanak-kanak mengelusur menerusinya dan leher terjerat. Keadaan ini mengakibatkan bahaya mati tercekik kepada kanak-kanak kecil apabila tidak dijaga. Pihak berkuasa U.S telah mengarahkan pengeluar menarik balik penjualannya. Maklumat ini sesuai untuk dijadikan panduan kepada ibu bapa dan pengusaha taska dan tadika.


Monday, January 13, 2014

Mainan Tunggangan Kanak-Kanak

Jika anda terjumpa mainan jenis ini perlu berwaspada sebelum membelinya. Produk jenama "Urban Shredder Ride-On Toys" menurut U.S.Consumer Product Safety Commision (CPSC) membahayakan kepada kanak-kanak. Mainan ini boleh bergerak secara tiba-tiba dan mengakibatkan kecederaan kepada penunggang yang hilang kawalan boleh jatuh dan cedera. Pihak berkuasa U.S. telah mengarahkan menarik balik penjualan produk ini. Maklumat ini sesuai dijadikan panduan kepada pengguna yang ingin membeli mainan untuk anaknya.

Sunday, January 12, 2014

Anak Patung Kanak-Kanak

Jenama produk anak patung ini ialah 'Dollies'. Menurut U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC), produk ini boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak dan tidak selamat digunakan. Tangan pada anak patung ini boleh tanggal dan tercabut. Hal ini boleh mengakibatkan kanak-kanak memasukkan ke dalam mulut menyebabkan kanak-kanak kecil tersubat nafasnya. Pihak berwajib di U.S. telah mengarahkan pengeluar barangan tersebut menarik balik penjualannya. Mohon kepada ibu bapa peka dengan keselamatan kanak-kanak sebelum membeli produk sedemikian.

Saturday, January 11, 2014

Pil Membahayakan Kanak-Kanak

Jenama produk bitamin tambahan dalam botol   Target-Mins™ Iron menurut U.S. Concumer Product Safety Commission (CPSC) memberi kesan yang membahayakan. Pembukusannya tidak ada ketahanan untuk kanak-kanak sebagaimana yang dikehendaki oleh Poision Prevention Packing Act. Pil tambahan di dalam botol mengandungi besi yang membolehkan penyebab kecederaan yang serius atau kematian kanak-kanak sekiranya dimakan beberapa biji pil. Jika terjumpa jenama sedemikian dinasihatkan ibu bapa tidak membelinya.


Friday, January 10, 2014

Beg Kacang

Produk Beg Kacang menurut U.S. Consumer Product Safety Commision (CPSC) adalah membahayakan kepada kanak-kanak. Semua beg kacang yang tidak mempunyai zip kekal sebagai penutup memberi ruang kanak-kanak membuka zip, memakan atau masuki dalam karung beg kacang mengakibatkan kelemasan dan kesesakan nafas. Pihak berwajib di U.S. telah mengarahkan pengeluaran barangan tersebut menarik balik penjualan jenis beg yang tidak mematuhi keselamatan. Oleh kerana tiada arahan sedemikian di negara kita mohon kesedaran pengguna peka dengan keselamatan kanak-kanak.

Thursday, January 9, 2014

Botol Minuman Air

Botol minuman air kanak-kanak ini menurut The U.S. Consumer Product Safety Commision (CPSC) muncung saliran boleh patah mengakibatkan tersedak dan membahayakan kanak-kanak. Di U.S. syarikat pengeluar penjualan botol minuman air jenis ini telah menarik balik. Bagaimana keadaannya di negara kita?

Wednesday, January 8, 2014

Sudu Garpu

Jenama Cubetensuls sudu dan garpu kanak-kanak menurut U.S. Consumer Product Safety Commision adalah membahayakan kepada kanak-kanak:
Bahagian pemegangnya boleh tercabut dan boleh mengakibatkan bayi tersedak jika dimasukkan ke mulut.

Tuesday, January 7, 2014

Menulis...


Monday, January 6, 2014

Fikir!


Sunday, January 5, 2014

Lakaran Minda

Berikan sedikit waktu untuk mencari idea untuk ditulis.

Saturday, January 4, 2014

Di persimpangan


Friday, January 3, 2014

Mencari?


Thursday, January 2, 2014

Kosong?


Wednesday, January 1, 2014

Noktah Terakhir?