Tuesday, December 31, 2013

Selamat Tinggal!!!

Selamat tinggal tahun 2013! Rasanya sudah masuk tahun yang ke-4 menulis dan berkongsi pengetahuan yang tidak setinggi mana untuk tatapan pembaca. Terima kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi mengikut penulisan saya di blog ini. Saya cuba mencari ruang masa sewaktu menulis dalam memikul tanggungjawab memimpin institusi kecil yang serba mencabar.  Kadangkala terasa sukar untuk meneruskan penulisan. Mungkinkah setakat ini sahaja penulisan santai di ruangan blog? Wajarkah mengundur diri dalam penulisan santai ini? Kepada semua pembaca yang setia mengikuti blog ini saya ucapkan jutaan terima kasih. Mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan ketidak sempurnaan dalam penulisannya. Penulisan di blog ini mungkin terakhir. Saya hanya sekadar berkongsi pengalaman dan apa yang saya tahu. Sebelum saya mengundur diri maaf jua dipinta dengan setulus hati. SELAMAT TINGGAL!!!

Monday, December 30, 2013

Kebapaan Adalah Proses Berterusan (10)

Kebanyakan lelaki yang perihatin berperanan sebagai telah melaksanakan perkongsian perkara yang insensitif. Sebagai seorang bapa, kita hendaklah segera menyedari bahawa kita telah membuat kesilapan berdasarkan daripada reaksi anak-anak. Apabila kita membuat kesilapan, kita hendaklah belajar meminta maaf dan meminta pandangan kepada anak perkara yang perlu dilakukan untuk memastikan sesuatu perkara boleh dilakukan mengikt cara lain. Kita juga perlu memaafkan diri sendiri. Sebagai bapa kita belajar daripada kesilapan. Kebapaan adalah belajar secara berterusan.

Sunday, December 29, 2013

Membuat Kesilapan (9)

Kebanyakan orang lelaki amat sukar menerima kesalahan walhal fakta menunjukkan mereka boleh membuat kesalahan sebagai kebapaan dan kekeluargaan. Bapa merasakan diri yang berkuasa dikomporomi akan merasakan dirinya tidak diperlukan untuk membuat keputusan. Perkara ini sebenarnya tidak betul. Kanak-kanak menghormati bapa yang membuat salah dan membetulkan kesilapannya. Kanak-kanak memberi hormat yang tinggi apabila bapanya jujur dan sensitif kepadannya.

Saturday, December 28, 2013

Belajar Memberi Pujian (8)

Seorang bapa perlu belajar cara memberi pujian kepada anaknya terhadap sesuatu perkara yang telah dlakukan dengan jayanya sebagai tanda penghargaan. Adalah mudah untuk memberi dorongan dan galakkan kepada anak apabila dia telah membuat sesuatu dan memberikan tanda menghargai terhadap usahanya. Ganjaran tidak perlu berupa hadiah atau wang ringgit, memadai dengan memberi kata-kata yang dapat memberi ransangan dan dorongan terhadap hasil usahanya.

Friday, December 27, 2013

Mendahulukan Keperluan Kanak-Kanak [7]

Banyak perkara yang perlu dipelajari untuk menjadi bapa yang efektif apabila meletakkan bapa sebagai ahli keluarga yang penting di dalam rumah. Keperluan ini dilihat apabila seorang bapa mempunyai anak-anak yang masih kecil dan perlu membuat pilihan antara keperluan yang siapakah yang perlu dipenuhi - diri sendiri atau anak. Seorang bapa perlu belajar untuk menghargai keperluan anak menjadi keutamaan daripada keperluan dirinya sendiri.

Thursday, December 26, 2013

Delima Kerjaya Dan Mendidik Anak [6]

Terdapat wanita dan lelaki yang tiada pilihan terutama mereka yang berkerjaya yang tidak begitu tinggi menghadapi tekanan "mesti berada di tempat kerja atau hilang pekerjaan." Ibu bapa seperti ini selalunya cuba mencari masa untuk bersama dengan anak-anak apabila selepas bekerja. Bagi bapa yang melanjutkan masa untuk bekerja 'lebih masa' kadangkala terlalu terhad untuk masa bersama anak-anak di rumah. Keadaan ini menyebabkan kurang masa yang berkualiti untuk bersama membesar besama anak.

Wednesday, December 25, 2013

Peranan Traditional Sebagai Bapa [5]

Secara traditional peranan bapa sebagai penyara ahli keluarga. Bapa berfikir peranannya adalah bekerja keras untuk menyara anak-anak dengan sumber kewangan untuk membeli keperluan kehidupan. Ramai orang lelaki yang dibesarkan dengan bapa memastikan keperluan pekerjaan memuaskan dan selalunya kewangan adalah untuk memenuhi kehendak anak-anak.

Tuesday, December 24, 2013

Kaunselor Membantu Kefahaman Bapa [4]

Jika di sekolah terdapat guru kaunselor mohon bantuan daripadanya untuk menjalankan aktiviti bersama kumpulan 'bapa'. Kumpulan boleh membantu bapa meneroka perasaan mereka tentang kebapaan dengan kaunselor yang berkemahiran. Kauselor boleh mendapat peluang lebih baik mengrekrut bapa untuk mengambil bahagian jika kumpulan itu dilabel sebagai "pendidikan" bukan kumpulan untuk " berkongsi perasaan."

Monday, December 23, 2013

Pendidikan Kebapaan [3]

Guru tidak boleh mengandaikan semua lelaki memahami peranan bapa. Guru boleh membantu dengan membuat bahan pendidikan tentang kebapaan yang mudah dan sesuai. 'Newsletters' boleh menyediakan ruang tentang bapa dan juga ruang untuk ibu. Ruang tersebut ditulis oleh penulis lelaki daripada kalangan guru lelaki, kaunselor atau bapa dan ibu. Edaran perlu diberi kepada ibu bapa kanak-kanak setiap keluaran 'newsletter'.

Sunday, December 22, 2013

Mempelajari Menjadikan 'Bapa' [2]

Bapa sama juga ibu tidak bermula dengan kemahiran yang diperlukan sebagai ibu yang efektif. Kebanyakan bermula dengan melihat model pertama iatu tingkahlaku ibu bapa sendiri. Menggunakan bapa sendiri sebagai model tingkahlaku boleh jadi perkembangan yang sihat atau berpotensi merosakkan keadaan. Oleh itu guru boleh memainkan peranan bahawa ramai bapa yang tidak mempunyai kemahiran positif daripada bapanya sendiri dengan menyediakan maklumat tentang bapa yang positif. Guru tidak boleh mengandaikan bahawa semua lelaki tahu cara seorang bapa sebagaimana yang biasanya mengandaikan bahawa semua wanita tahu cara seorang ibu. Ramai lelaki yang dibesarkan dengan kekurangan model atau tiada langsung model kebapaan dalam keluarganya. 

Bersambung...

Saturday, December 21, 2013

Menggalakkan Penglibatan 'Bapa' Di Taska Dan Tadika [1]

Guru wanita mudah berkongsi pengalaman gender dengan ibu kepada kanak-kanak yang mempunyai persamaan pandangan cara wanita lain membina peranannya sebagai ibu. Agak sukar untuk guru wanita untuk mengaitkan kepada bapa. Guru boleh maksimumkan penglibatan bapa dalam pengalaman di sekolah untuk kanak-kanak kecil menerusi persefahaman cara lelaki mempelajari apakah yang dimaksukan menjadi seorang bapa, sentiasa peka dengan pekerjaan bapa, cuba melibatkan golongan bapa yang tidak hadir dan menggalakkan kemahiran keibubapaan yang positif.

Friday, December 20, 2013

Mengukur Tahap Persekitaran Kesihatan

Berikut antara ciri piawaian tahap persekitaran yang baik:
1. Sentiasa membasuh tangan
2. Kebersihan keseluruhan latar tempat
3. Menutup atau membalut luka
4. Kerap membersihkan peralatan dan mainan
5. Piawaian yang tinggi terhadap kebersihan makanan
6. Mengosongkan dan membersihkan tong sampah
7. Pengudaraan yang baik
8. Kekerapan membersihkan tandas, tempat penyediaan makanan
9. Memakai sarung tangan

Thursday, December 19, 2013

Bagaimanakah Menyediakan Persekitaran Kesihatan Yang Baik?

Piawaian persekitaran kesihatan yang baik dalam semua bidang di latar taska adalah menjauhi segala jangkitan. Jangkitan adalah disebabkan oleh bakteria atau virus akan membiak dengan cepat dalam keadaan tertentu. Kanak-kanak kecil terutama bayi paling mudah mendapat jangkitan sebab sistem imunisasi belum terbina. Oleh itu adalah sukar mereka melawan bakteria dan virus di dalam badan. Persekitaran piawaian kesihatan ynag tinggi amat dititikberatkan di taska untuk menghindar bayi daripada mendapat jangkitan bakteria atau pun virus.

Wednesday, December 18, 2013

Memahami Istilah 'Persekitaran'

Persekitaran  meliputi kesemua bukan sahaja apa yang kita dapat lihat, dengar, sentuh, bau tetapi juga  suasana dan iklim tempat. Ini bermaksud selain memastikan persekitaran fizikal yang selamat dan selesa, kita juga perlu memastikan kanak-kanak dan ibu bapa merasa disambut mesra dan diperlukan jika mereka memasuki persekitaran taska. Persekitaran yang positif di awal tahun merupakan aspek pengalaman kanak-kanak mempelajari dan staf berterusan melihat pelbagai cara untuk memastikan setiap kanak-kanak mendapat faedah berada di persekitaran berkenaan.

Tuesday, December 17, 2013

Ciri-ciri Persekitaran Yang Positif

Persekitaran positif yang sepatutnya diberi perhatian sebagai panduan ibu bapa menghantar anak ke taska;
1. Ibu bapa merasa terlibat dan diterima
2. Suasana ceria dan santai
3. Staf taska yang terlatih
4. Kanak-kanak diberi perhatian istimewa
5. Rutin berpusatkan kanak-kanak
6. Aktiviti yang sesuai dan menarik
7. Aktiviti berpusatkan kanak-kanak
8. Piawaian kebersihan yang tinggi
9. Staf bekerja secara berpasukan

Monday, December 16, 2013

Bagaimanakah Kanak-kanak Belajar Tentang Nilai Dan Sikap?

Kanak-kanak membina sikap peribadi dan nilai dengan memerhati dan mempelajari daripada perlakuan dan reaksi orang di persekitarannya. Contohnya apabila memberikan sesuatu objek baru kepada bayi atau berdepan dengan situasi yang tidak pasti biasanya bayi akan melihat ibu bapanya sebagai panduan. Hal ini dipanggil rujukan sosial. Kanak-kanak belajar nilai dan sikap menerusi sumber seperti keluarga, pengasuh, kawan, dan rakan sebaya. Keluarga merupakan pengaruh yang kuat terhadap pembentukan sikap dan nilai.

Sunday, December 15, 2013

Perkembangan Kanak-Kanak Yang Menyeluruh

Terdapat lima bidang perkembangan kanak-kanak yang saling berkait antara satu dengan lain iaitu perkembangan bahasa, fizikal, kognitif, sosial dan emosi. Contohnya kanak-kanak yang sukar berkomunikasi berkemungkinan sukar untuk bersosialisasi dengan kanak-kanak lain. Sekiranya orang dewasa terlalu menumpukan kepada aspek kognitif (akademik) dikhuatiri kanank-kanak tidak dapat menguasai aspek lain yang diperlukan apabila dewasa kelak. Oleh itu kanak-kanak dididik seimbang dengan memenuhi bidang perkembangan yang sepatutnya.

Saturday, December 14, 2013

Pantun Dan Kanak-Kanak


Friday, December 13, 2013

Kanak-Kanak Rasa Selamat


Thursday, December 12, 2013

Boneka Menyampaikan Mesej Untuk Kanak-Kanak


Wednesday, December 11, 2013

Permainan Boneka Kumpulan ABROS


Tuesday, December 10, 2013

Boneka Sebagai Alat Bantu Mengajar


Monday, December 9, 2013

Melahirkan Modal Insan Berkualiti


Sunday, December 8, 2013

Interaksi Positif Orang Dewasa Dengan Kanak-Kanak


Saturday, December 7, 2013

Memperhebat Pencapaian Kanak-Kanak Prasekolah


Friday, December 6, 2013

Thursday, December 5, 2013

Meniti Pengalaman Aktiviti Melukis Bersama Kanak-Kanak


Wednesday, December 4, 2013

Kanak-Kanak Dan Buku


Tuesday, December 3, 2013

Kanak-Kanak Dan Televisyen


Monday, December 2, 2013

Gajet Tingkat Tahap Agresif Kanak-Kanak


Sunday, December 1, 2013

Lukisan Minda Kanak-Kanak