Wednesday, July 31, 2013

Membezakan Peranan Pendidik Dan Ibu Mendidik Kanak-Kanak Taska

Pendidik di taska perlu lebih objektif daripada ibu. Ibu lperlu ebih spontan daripada pendidik taska. Peranan ibu untuk bertindak lebih mesra dan keakraban pada anaknya dan tidak perlu bimbang terhadap kesan setiap tindakannya. Pendidik di taska perlu lebih memberi tumpuan dan menyampaikan. Pendidik perlu mempunyai matlamat yang jelas dan merancang aktiviti secara bersistematik untuk meningkatkan bidang khusus perkembangan kanak-kanak.

Tuesday, July 30, 2013

Peranan Pendidik Sebagai Ibu Bapa Di Taska

Pendidik awal kanak-kanak berperanan sebagai ibu bapa kepada kanak-kanak tetapi mereka bukanlah ibu bapa, mereka tetap sebagai pendidik. Ibu dan pendidik perlu berbeza tahap perapatan terhadap kanak-kanak. Ibu perlu lebih bias atau berat sebelah tumpuannya dan berfikir anak mereka adalah insan yang terhebat dan teristimewa di dunia. Manakala pendidik pula perlu menghargai kanak-kanak tetapi dengan cara yang lebih realistik. Pendidik perlu lebih objektif untuk membuat pemerhatian dan menilai kanak-kana secara realistik dan berkerja dengan kanak-kanak bukan sahaja secara individu tetapi juga dalam kumpulan. Pendidik perlu ingat difikirannya sentiasa seimbang antara keperluan individu dan keseluruhan kumpulan.

Monday, July 29, 2013

Peranan Pendidik Memupuk Perkembangan Kanak-Kanak

Pendidik di taska khususnya berperanan memupuk perkembangan kanak-kanak kecil kerana usianya yang masih memerlukan penjagaan sebagaimana peranan ibu bapa di rumah. Program pendidikan di taska selalunya menyediakan trasisi pertama dari rumah kepada dunia yang lebih luas lagi. Pendidik memainkan peranan penting dalam membantu ibu bapa dan kanak-kanak untuk berjauhan antara satu sama lain. Sebenarnya pendidik di taska merupakan orang dewasa yang pertama di luar rumah yang bekerja dengan keluarga dan mempunyai hubungan dengan ibu bapa dan kanak-kanak. Oleh yang demikian peranan pendidik melibatkan bekerja dengan ibu bapa dan juga kanak-kanak termasuk membantu ibu bapa untuk menangani perpisahan sewaktu kanak-kanak di tinggalkan dan memahami dan mengaitkan dengan kanak-kanak secara konstruktif. Peranan pendidik di taska perlu mententeramkan kanak-kanak untuk berasa selamat sewaktu dalam jagaannya.

Sunday, July 28, 2013

Peranan Guru Melibatkan Keseluruhan Perkembangan Kanak-Kanak

Secara umuymnya dipersetujui pada hari ini pendidik awal kanak-kanak perlu terlibat dalam semua bidang perkembangan kanak-kanak iaitu sosial, emosi, intelektual dan fizikal. Peranan guru melibatkan pelbagai aneka di taska dan tadika. Perihatin dengan perkembangan kanak-kanak dalam semua aspek terutama dalam program awal pendidikan sebab kanak-kanak ini terlalu lemah dan tidak berpengalaman berbanding dengan kanak-kanak yang sudah belajar secara formal di darjah satu dan seterusnya.

Saturday, July 27, 2013

Peranan Guru

Dimensi pertama profesional mendidik awal kanak-kanak oerlu dilihat isu penting peranan guru.  Istilah peranan (role) merujuk kepada harapan (exepectation) yang dibuat oleh orang ramai sebab guru memegang kedudukan tertentu dalam masyarakat. Sebenarnya kerjaya guru awal kanak-kanak bukan suatu yang kecil diambil mudah. Sebaliknya harapan bersama dengan peranannya yang banyak, pelbagai dan kadangkala bertentangan (contradictory). Kebanyakan orang bersetuju bahawa kerjaya pendidik awal kanak-kanak adalah untuk membantu kanak-kanak belajar dan membesar. Namun perkara khusus guru diharapkan untuk memenuhi matlamat bergantung kepada perdebatan. Terdapat perbezaan pendapat yang berbeza apa yang perlu kanak-kanak belajar dan lakukan semasa di sekolah (taska/tadika). Ada yang berpendapat guru lebih pentiang mengajar fakta dan kemahiran selain berfikir dan penyelesaian masalah. Bagaimana pun masih ada yang percaya perkembangan intelektual tidak penting untuk awal kanak-kanak beranggapan kanak-kanak perlu belajar menyesuaikan diri dengan orang lain dalam kumpulan dan merasa selesa tentang dirinya sebagai manusia dan sebagai pembelajar.

Friday, July 26, 2013

Memahami Guru Sebagai Profesional

Profesion adalah pekerjaan yang memerlukan pendidikan lanjutan (advance) dan latihan yang khusus.khusus. Terdapat beberapa cara untuk melihat profesion. Dalam kontek profesion pendidikan awal kanak-kanak boleh dilihat menerusi enam kriteria seperti berikut:
  1. Pengetahuan yang khusus dan kepakaran.
  2. Latihan yang berterusan dan mempunyai syarat kelayakan kemasukan yang ditetapkan.
  3. Kod etika.
  4. Amalan piawaian.
  5. Aoutonomi.
  6. Komitmen yang signifikan kepada nilai sosial.

Thursday, July 25, 2013

Memahami Guru Sebagai Seorang Insan

Guru pendidikan awal kanak-kanak merupakan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri (personaliti) kuasa pengaruh yang berkesan cara mereka berhubung dengan kanak-kanak, orang dewasa dan cara kelakuan mereka di bilik darjah. Personaliti termasuklah kualiti trait pada pemikiran, tingkahlaku dan emosi. Kesannya kanak-kanak akan menjadikan guru sebagai model yang terdekat dengannya.

Wednesday, July 24, 2013

Apakah Yang Menjadikan Hari Terbaik Untuk Kanak-Kanak?

Program yang terbaik memperlihatkan kelainan dalam banyak aspek termasuklah falsafah, teknik pengajaran dan kandungan program. Kanak-kanak merasa seronok sepanjang di taska atau tadika dengan program yang menarik dan bermanfaat kepada perkembangan kanak-kanak. Setiap perancangan di taska mempunyai falsafah dan teknik pengajaran yang akan diamalkan oleh guru. Kandungan program sesuai dengan keupayaan dan kesediaan kanak-kanak sesuai dengan tahap usianya.

Tuesday, July 23, 2013

Kurikulum Menegak

Kurikulum menegak (vertical) dibina pada pengalaman yang disediakan oleh perkembangan mendatar dan mengunakan kandungan fakta sebagai medium untuk melatih kemahiran berfikir. Sebagai contoh, semasa kanak-kanak belajar tentang burung guru boleh membina konsep kumpulan dengan menyediakan gambar untuk dipilih atau model burung pelbagai kagetori sambil bertanya kepada kanak-kanak,"Bagaimana kamu tahu benda ini burung? Adakah kapalterbang itu burung? Adakah layang-layang juga burung? Adakah merbok itu burung? Perancangan perlu berhati-hati dalam memberi pengalaman yang jelas apa yang akan dilakukan oleh kanak-kanak dan jenis kemahiran konsep yang hendak dihubungkan. Guru perlu mengambil bahagian bersama kanak-kanak secara aktif bukan sahaja membina pembelajaran tetapi juga bercakap dengan kanak-kanak semasa mereka menggunakan bahan dengan mengemukakan soalan yang menggalakkan mereka berfikir.

Monday, July 22, 2013

Kurikulum Mendatar

Kurikulum mendatar (horizontal) menyediakan peluang kepada kanak-kanak pengalaman sebenar. Misalnya kanak-kanak berminat mengetahui burung. Banyak pengalaman sebenar yang boleh dilakukan oleh guru dengan pelbagai aktiviti mendalami pengetahuan tentang burung. Sangkar burung, sarang burung, telur burung, pemakanan, anak-anak burung, kehidupan burung, bunyi burung, lawatan ke taman burung, membacakan buku tentang burung. Pengalaman sebegini biasanya disampingkan dengan pembelajaran bahasa untuk mengenalpasti dan melabel pelbagai aspek pengalaman.

Sunday, July 21, 2013

Kurikulum Spontan Pembelajaran Kognitif

Apabila guru membina kurikulum spontan hendaklah mengambil apa sahaja yang diutarakan oleh kanak-kanak pada masa itu dan bina pengalaman pada perkara tersebut. Contohnya jika kanak-kanak membawa belalang ke tadika, guru boleh melukis atau mendapatkan buku berkaitan belalang untuk membantu pelajaran lebih luas berasaskan belalang. Kurikulum spontan adalah releven dengan minat yang datangnya daripada kanak-kanak. Mengunakan idea kanak-kanak memupuk perasaan kanak-kanak secara individu.

Saturday, July 20, 2013

Membina Kurikulum Kognitif

Terdapat tiga langkah membina kurikulum kognitif yang perlu diberi pertimbangan jika modelnya memberi kesan yang maksimum. Pertama, mengunakan sepenuhnya cadangan spontan dan minat yang datang daripada kanak-kanak. Kedua, pengembangan secara horizontal minat kanak-kanak menerusi penambahan maklumat dan pengalaman. Ketiga, perkembangan kurikulum secara vertikal yang memberi peluang untuk diamalkan terhadap keupayaan pembentukan sesuatu konsep yang jangka panjangnya akan meningkatkan kecekapang intelektual.

Membina Keupayaan Pembinaan Konsep

Biasanya guru mengajar dan memberi fakta kerana mereka tidak pasti terhadap proses pembinaan konsep. Contohnya guru memberi fakta warna dan nama bentuk agar kanak-kanak lulus dalam ujian jika guru memberi informasi tersebut. Peranan guru sebagai pemberi maklumat dan fakta tidak lagi sesuai, kanak-kanak sepatutnya diajar membina pembentukan konsep dan proses yang melibatkan fakta daripada memberi penekanan semata-mata pada fakta itu sendiri.

Friday, July 19, 2013

Pembelajaran Kognitif Seiring Dengan Bahasa

Jadikan bahasa sebahagian daripada pembelajaran kognitif yang hanya tertumpu kepada pelajaran kognitif semata-mata sahaja. Guru memainkan peranan penting dalam pembentukan konsep dan perkembangan mental. Caranya dengan mengabungkan bahasa dengan pengalaman, menambah perkataan yang mana kanak-kanak tidak berupaya menyatakan sendiri atau menyoal membawa kanak-kanak berfikir sesuatu supaya lebih jelas.

Thursday, July 18, 2013

Pembelajaran Kognitif Disebatikan Dengan Pengalaman Afektif

Pembelajaran kognitif kebiasaannya tidak disebatikan dengan emosi. Oleh itu pengalaman emosi perlu sebagai tambahan dalam keseronokan perlu disertakan dalam pembelajaran kognitif. Perasaan dan pengalaman sosial menjadi asas sebahagian daripada pembelajaran kongnitif. Pendidikan yang baik menerima dan menangani dengan perasaan. Contohnya masa mempelajari anak-anak haiwan atau cuaca boleh diselitkan pengalaman emosi. Begitu juga kemahiran sosial boleh berlaku semasa pengalaman pembelajaran kognitif.

Wednesday, July 17, 2013

Seronok Bersama Pengalaman Kanak-Kanak

Guru perlu merasa seronok bersama dengan kanak-kanak menerusi pengalaman yang dilalui untuk mengekalkan minat kanak-kanak belajar kognitif. Pembelajaran kognitif bukan sesuatu perkara yang serious, tidak boleh main-main atau pelajaran yang amat menakutkan. Pelajaran kognitif ini adalah tempat untuk seseorang mengalami termasuk kegembiraan dan kecindan apabila guru bersama kanak-kanak, dia hendaklah merasa seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Guru yang boleh berkongsi keseronokannya dalam pembelajaran dengan kanak-kanak di bawah jagaannya menjadikan sumbangan yang tidak ternilai kepada kepuasan kanak-kanak.

Tuesday, July 16, 2013

Ringkas Dan Tidak Merasa Tertekan

Setiap episod pengajaran hendaklah ringkas supaya kanak-kanak tidak merasa tertekan daripada melakukan tugasan yang panjang. Adalah lebih baik berhenti sebelum tertekan dan membosankan berlaku. Oleh itu berhenti pada masa yang sesuai boleh menjadikan kanak-kanak ingin datang lagi untuk belajar. Guru perlu mengenalpasti tanda tekanan pada kanak-kanak kerana tingkahlaku adalah tanda aras masa untuk berhenti bahawa aktiviti perlu diubahsuai kepada yang lebih menarik dan sesuai dengan tahapnya. Tanda-tanda kanak-kanak tertekan seperti menghisap jari, tidak menumpukan perhatian, keletihan, memutarkan atau mengaru rambut di kepala, menimbulkan masalah dan sebagainya.

Monday, July 15, 2013

Membaca Atau Menghafal?

Seorang guru membacakan buku dan kanak-kanak tadika mengikut apa yang dibacakan oleh guru. Kemudian guru meminta kanak-kanak menamakan haiwan yang terdapat di dalam buku itu. Setiap kanak-kanak menyebut haiwan yang telah dibaca. Seterusnya guru mengeluarkan gambar haiwan dan meminta kanak-kanak mengeja nama haiwan yang dipaparkan. Seimbas lalu mereka yang melihat kanak-kanak boleh membaca buku dalam bahasa Inggeris amat mengkagumkan.

Jika diamati kali pertama guru membacakan buku kanak-kanak sudah boleh membaca dengan betul. Caranya guru membaca kanak-kanak mengikut apa yang dibacakan oleh guru. Buklu yang kecil dan perkataan yang tidak dapat dilihat oleh semua kanak-kanak tetapi kanak-kanak tetapi mematuhi arahan guru dengan mengikut apa sahaja yang dibaca oleh guru. Adakah kanak-kanak ini benar-benar boleh membaca atau mengikut bacaan seperti burung kakaktua?

Pembelajaran Kognitif Pengalaman Sebenar

Sentiasa memberikan kanak-kanak pengalaman sebenar semasa pembelajaran kognitif. Gunakan bahan dan peralatan sesuai dengan keupayaan yang membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman sebenar hasil daripada penerokaan yang diminati. Pembelajaran kognitif berasaskan pengalaman sebenar bukan yang direka-reka oleh guru. Beri masa kanak-kanak bereksperimen dan meneroka sesuatu yang belum diketahui. Peranan guru hanya memberi galakkan dan bimbingan kepada kanak-kanak.

Sunday, July 14, 2013

Sentiasa Mencabar Mengekalkan Minat

Salah satu cara mengekalkan minat ialah sentiasa memberi cabaran kepada kanak-kanak mengikut keupayaannya. Guru memahami akan keupayaan setiap kanak-kanak. Bermula dengan mudah diikuti peningkatan aras cabaran mengikut perkembangan dan keupayaan kanak-kanak adalah satu cara terbaik untuk memupuk minat kanak-kanak menyelidik dan meneroka dalam bidang kognitif. Guru perlu memahami untuk mengerakkan kurikulum yang relevan supaya tidak membosankan pembelajaran kanak-kanak.

Saturday, July 13, 2013

Mengekalkan Minat Menerusi Kurikulum Yang Bersesuaian

Kurikulum yang bersesuaian dan releven berdasarkan kepada minat kanak-kanak dan mengajar kanak-kanak kepada perkara yang perlu diketahui. Kurikulum tidak dapat mencapai matlamatnya jika tidak diminati, tidak kepuasan pembelajar. Bagaimana pun selalunya kurikulum dirancang sepanjang tahun. Walau pun pendekatan ini mempunyai nilai, bahayanya perancangan yang panjang menjadikan guru letih dan tidak memberi tindakbalas kepada kanak-kanak. Keadaan ini akan mematikan minat kanak-kanak. Hal ini bukan bermaksud kurikulum perlu tidak boleh dijangkakan perancangannya. Guru bertanggungjawab untuk menggunakan minat kanak-kanak menerusi dua cara: menyediakan maklumat dan perbendaharaan kata tentang subjek dan memberi peralatan sebagai medium pengajaran kemahiran yang diperlukan.

Friday, July 12, 2013

Pembelajaran Kognitif Yang Menyeronokkan

Jika kita bersetuju dengan behavioris (tingkahlaku) bahawa manusia akan mengulangi aktiviti yang diberi ganjaran hasil tindakannya. Cara ini juga boleh digunakan kepada memupuk keseronokan pembelajaran kognitif. Kita mahukan kanak-kanak untuk berfikir dan belajar. Kanak-kanak akan meneruskan melakukannya jika mengalami keseronokan sewaktu mereka terlibat dalam pembelajaran. Langkah ke dua paling penting semasa merancang kurikulum kognitif perlu ada sumber tulin yang dapat meransang keseronokan belajar kepada kanak-kanak.

Thursday, July 11, 2013

Mengekalkan Rasa Ingin Tahu Kanak-Kanak

Cara yang biasa untuk mengekalkan rasa ingin tahu kanak-kanak dengan menggalakkan mereka untuk meneruskan penyoalan dan membantu mendapatkan jawapan. Bergantung harap kepada kesediaan guru untuk menggalakkan penyelidikan sebenarnya lebih mendalam lagi. Keupayaan guru membantu kanak-kanak meneroka dan berdikari. Melangkaui peringkat autonomi (penguasaan) seperti yang dinyatakan oleh Erikson. Penguasaan dan kesediaan akan terserlah dalam situasi yang seimbang dari segi kemunasabahan, pilihan, pengawalan, kawalan sederhana dan cabaran. Kanak-kanak merasa mempunyai asas yang kukuh untuk meneroka apabila semangat mengerakkannya untuk melakukan penerokaan dan penyelidikan untuk memenuhi rasa ingin tahu.

Wednesday, July 10, 2013

Latihan Mendengar Yang Tidak Bersesuaian

Kebanyakannya guru di tadika menjalankan aktiviti mendengar tidak memberi penekanan terhadap bunyi yang didengar untuk dikaitkan dengan perkataan. Guru lebih gemar menggunakan latih tubi dan latihan pengulangan perkataan kepada kanak-kanak di tadika tanpa menyedari bahawa aktiviti tersebut tidak perlu dipersembahkan secara pengulangan atau latih tubi. Terdapat banyak aktiviti yang mudah seperti memasukkan kacang atau beras ke dalam tin dan digoncangkan untuk didengar serta mengajak kanak-kanak meneka bunyi yang didengar. Menyuruh kanak-kanak menutup mata semasa mendengar bunyi; menyebut perkataan yang tertinggal patah bunyi perkataan.

Tuesday, July 9, 2013

Latihan Mendengar Kepada Kanak

Kadangkala orang dewasa atau guru di taska dan tadika terlupa bahawa kanak-kanak perlu mendengar perbezaan sebutan bunyi dan perkataan sebelum menghasilkan sebutan dengan betul. Guru perlu merancang setiap hari aktiviti yang memberi peluang kemahiran mendengar sebagai tambahan untuk membina kelancaran, perbualan, perbendaharaan kata dan konsep

Monday, July 8, 2013

Menggalakkan Perbualan Dan Dialog

Menggalakkan perbualan dan dialog terdapat lebih banyak membantu perkembangan daripada mengajar kanak-kanak menyebut nama warna atau objek yang dikehendaki walau pun belajar menyebut nama benda dan membina perbendaharaan kata nilai yang diperlukan dalam penguasaan bahasa. Perkara yang lebih penting daripada kemahiran perkataan adalah menggunakannya untuk menyatakan idea dan membina kemahiran perbualan menjadi asas kepada keupayaan berbahasa.

Sunday, July 7, 2013

Aktiviti Andaian Meghilangkan Fokus Berbahasa

Kebanyakan guru atau orang dewasa mengambil jalan mudah merancang aktiviti bersama kanak-kanak kecil dengan mengandaikan mereka telah melalui pengalaman perkara yang hendak dibincangkan. Mereka juga berandaian peralatan menarik dengan kehadiran guru dan orang dewasa dapat menghasilkan perkembangan bahasa dan keupayaan mentanl. Kajian oleh Blank dan Solomon (1968, 1969) menunjukkan bahawa persekitaran yang kaya bukan sahaja tidak mencukup kehilangan fokus kanak-kanak. Pembinaan bahasa yang terbaik untuk kanak-kanak memerlukan penggunaan perkataan untuk menyatakan konsep dan pemikiran tentang apa yang sedang berlaku, telah berlaku atau akan berlaku; merupakan aktiviti yang banyak memberikan kebaikan kepada kanak-kanak.

Saturday, July 6, 2013

Perbualan Sesuatu Yang Dialami

Kanak-kanak perlu diberi asas yang kukuh, benar, hidup menerusi pengalaman. Jika orang dewasa berbincang sesuatu yang bukan dialaminya akan hanyut tenggelam begitu sahaja. Pendedahan pengalaman sebenar membantu pengunaan perkataan.

Friday, July 5, 2013

Berterus Terang Jika Yang Didengari Tidak Difahami

Sememangnya tidak mudah untuk memahami apa yang kanak-kanak tuturkan. Jika teguran tidak menunjukkan kebijaksanaan, adalah tidak salah jika meminta kanak-kanak mengulanginya. Sekiranya mesej masih tidak jelas adalah lebih baik mengakui dan berkata,"Maafkan saya tidak dapat memahami apa yang kamu hendak cakapkan. Bolehkah kamu tunjukkan kepada saya apa yang kamu maksudkan?" Sekurang-kurangnya inilah kejujuran komunikasi dan menunjukkan kepada kanak-kanak guru sangat berminat dan mencuba memahami.

Thursday, July 4, 2013

Mendengar Terhadap Kanak-Kanak

Kebanyakan orang dewasa terutamanya wanita dan khususnya guru wanita gemantar selalunya sibuk bercakap sendirian sehingga melupakan kanak-kanak. Kanak-kanak pula belajar bertutur menerusi apa yang didengarinya. Memberi perhatian dan tumpuan apa yang dicakapkan dan mendengar kedua-dua perkara iatu kandungan permukaan dan kepada mesej disebaliknya memberi sokongan yang berguna kepada kanak-kanak untuk meneruskan keupayaannya berkomunikasi.

Wednesday, July 3, 2013

Mengukur Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak

Perkembangan bahasa kanak-kanak bergantung kepada persekitaran terhadap orang dewasa yang berkomunikasi dengan kanak-kanak. Secara umumnya ayat-ayat akan bertambah selari dengan usia kanak-kanak. Berikut antara panduan untuk mengukur perkembangan bahasa kanak-kanak:
  • Ayat 1 perkataan                             18 bulan
  • Ayat 2 hingga 3 perkataan              30 bulan
  • Ayat lengkap purata 4 perkataan    40 bulan
  • Ayat purata 5 perkataan                  78 bulan

Tuesday, July 2, 2013

Pengukuhan Pembelajaran Bahasa

Kecekapan berbahasa kanak-kanak selain daripada peniruan, pengukuhan orang dewasa memainkan peranan penting dalam membentuk keupayaan dan kecekapan berbahasa kanak-kanak.  Peringkat pertama bayi akan mengeluarkan verbal diikuti dengan ransangan daripada ibu untuk mengulangi perkataan. Contohnya "mama", "papa", dan "tata". Selepas label ini telah dikuasai kanak-kanak akan memadankan dan mula meletakknya mengikut urutan.

Monday, July 1, 2013

Peniruan Dalam Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak

Peniruan adalah menjadi salah satu asas utama kanak-kanak belajar bahasa. Kanak-kanak meniru pertuturan orang dewasa sejak kecil lagi. Bahasa yang dituturkan oleh orang dewasa didengar dan ditiru oleh kanak-kanak. Orang dewasa pula cuba menuturkan bahasa yang mempunyai fungsi keperluan kanak-kanak. Misalnya,"Susu," kanak-kanak tatih berkata kepada ibunya. "Oh hendak minum susu," ibunya menjelaskan lagi dan secara tidak langsung kanak-kanak terus meniru dan mengulangi bahasa yang disebut oleh ibunya.