Sunday, June 30, 2013

Penyoalan Ransangan Bercerita

Selain peralatan kreatif, guru perlu berhati-hati mengelakkan cadangan sesuatu bentuk cerita atau perkaran yang akan berlaku selepas itu. Guru boleh menggunakan soalan untuk meransang kanak-kanak bercerita seperti berikut:
  1. "Apakah yang berlaku selepas itu?"
  2. "Kemudian, apakah yang dia lakukan?"
  3. "Adakah kamu ingin memberitahu saya perkara lain?"
Soalan-soalan sebegini dapat dapat membantu melancarkan penceriataan kanak-kanak.

Saturday, June 29, 2013

Memupuk Perkembangan Imaginatif

Permainan kreatif yang sering dilakukan oleh kanak-kanak  daripada pengalaman lalu tetapi bukan suatu peristiwa lisan yang sebenarnya berlaku. Kanak-kanak digalakkan untuk menyampaikan cerita rekaan sendiri. Kajian yang dijalankan oleh Pitcher dan Prelinger (1963) sebanyak 300 cerita yang diceritakan oleh kanak-kanak berusia 2 tahun hingga 6 tahun. Didapati apabila kanak-kanak semakin matang ceritanya meningkat kepada kecekapan penggunaan ruang, semakin jelas perbezaan watak utama daripada watak lain, peningkatan kompleksiti seperti watak yang benar-benar terjadi (happening) menerusi kesan fantasi dan imaginasi.

Friday, June 28, 2013

Membenarkan Kanak-Kanak Meneroka Cara Baru

Kanak-kanak hendaklah digalakkan menggunakan peralatan menerusi cara baru untuk membina pemikiran aktif. Peralatan yang biasa digunakan dengan cara baru, secara tidak langsung memberi pendedahan kepada pemikiran kreatif. Kanak-kanak dapat memahami bahawa sesuatu peralatan yang biasa dilihat boleh digunakan berbagai cara daripada cara yang lazimnya. Contohnya membenarkan kanak-kanak mengisi air ke dalam botol. Terdapat berbagai cara untuk kanak-kanak mencuba memenuhkan air ke dalam botol.

Thursday, June 27, 2013

Soalan Yang Meransang Percambahan Idea

Guru perlu menggunakan soalan yang dapat meransangkan kanak-kanak pemikiran divergen (bercambah). Contoh-contoh soalan yang dapat mencambahkan pemikiran:
  1. "Apa lagi yang boleh kamu buat?"
  2. Adakah cara lain?"
  3. "Bagaimana agaknya jika pintu ini terkunci dari luar. Cuba fikirkan cara kita hendak keluar?"
  4.  Jenis soalan di atas merupakan asas sumbangsaran (brainstorming) yang boleh dilaksanakan dengan jayanya kepada kanak-kanak di tadika menerusi cara bermain. Cara penyoalan ini juga menggalakkan kanak-kanak untuk melihat soalan boleh dijawab dengan beberapa jawapan yang betul dan membina tabiat melihat lebih daripada satu penyelesaian terhadap masalah.

Wednesday, June 26, 2013

Menggalakkan Kanak-Kanak Menghasilkan Lebih Daripada Satu Jawapan

Pemikiran divergen menggalakkan memberi jawapan lebih daripada satu berbanding dengan pemikiran konvegen yang memerlukan satu jawapan sahaja. Guru perlu menggalakkan kanak-kanak untuk memberi cadangan yang lebih daripada satu kemungkinan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Pastikan idea kanak-kanak tidak dikiritik supaya mereka dapat menghasilkan lebih banyak jawapan. Pengukuhan negatif akan menjadi lebih sensitif menjadikan kanak-kanak merasa hambar dan menolak untuk mengambil risiko kepada pemikiran lain. Jika matlamat guru untuk menggalakkan kanak-kanak menyatakan idea, terima apa yang dicadangkan dengan rasa terbuka tanpa memberi kritikan.

...bersambung.

Tuesday, June 25, 2013

Penggunaan Bahasa Bermakna

Penggunaan bahasa sangat penting yang merupakan alat untuk perkembangan idea. Bahasa merupakan fasilitator pemikiran. Bahasa dan dan kognisi mempunyai perkaitan rapat. Perbualan tentang pengalaman dan perbincangan tentang sesuatu yang telah dipelajari oleh kanak-kanak apabila eksperimen diselesaikan. Walau bagaimana perbincangan tidak dibenarkan semasa kanak-kanak terlibat dengan perkara sebenar. Biarkan kanak-kanak melakukan perkara yang sedang dieksperimen untuk mendapatkan pengalaman.

Monday, June 24, 2013

Laluan Kerjaya

UNITAR International University begitu serius dengan pengajian awal kanak-kanak dengan menubuhkan sebuah fakulti yang mengkhususkan bidang kanak-kanak iaitu Faculty of Early Childhood Studies (FECS). Fakulti ini menumpukan bidang kanak-kanak yang lebih meluas lagi. Biasanya masyarakat akan mengaitkan kerjaya bidang kanak-kanak kepada kerjaya sebagai pendidik di tadika dan taska. FECS telah menjadi peneraju yang melahirkan graduan dalam bidang industri kanak-kanak. Para graduannya terarah kepada kerjaya di industri kanak-kanak seperti Legoland dan KidZania dan lain-lain taman tema yang berkonsepkan kanak-kanak. Latihan industri dan kerjaya disediakan supaya pelajar terus diserapkan di lapangan kerjaya sejak memulakan pengajian. Peluang seperti ini tidak terdapat di mana-mana universiti di tanahair selain di UNITAR International University.

Pengalaman Pembelajaran Bernilai Menerusi Idea Yang Gagal

Kreatif idea dan percubaan atau eksperimen tidak selalunya berjaya. Kanak-kanak digalakkan dan dibenarkan untuk mencuba sesuatu idea yang diutarakan oleh mereka biar pun sudah maklum oleh guru bahawa idea itu tidak boleh dilaksanakan. Guru yang peka akan sentiasa memberi semangat kepada kanak-kanak yang telah mencuba tetapi menemui kegagalan. Guru ini mungkin akan berkata," Maaf perkara itu tidak boleh berlaku dengan betul, tetapi saya berbangga kamu semu telah mencuba bersungguh-sungguh." Atau "Saya dapat lihat kamu semua merasa sungguh sedih. Adakah cara lain yang dapat saya bantu? Bolehkah kamu fikir cara lain supaya kita boleh berjaya?" Kanak-kanak banyak dapat belajar menerusi pengalaman kegagalan sebagaimana mereka belajar menerusi kejayaan. Kadangkala mereka boleh mengubahsuai idea dan menjadikannya berjaya. Paling penting mereka boleh belajar menerusi pengalaman kegagalan. Sekiranya mereka boleh melaluinya dengan perasaan terbuka tidak menjadi masalah apabila berhadapan dengan kegagalan.

Sunday, June 23, 2013

Latihan Industri di KidZania

Pelajar-pelajar Faculty of Early Childhood Studies UNITAR INternational University bersama pensyarah semasa menjalani latihan indusri di KidZania.

Tanggapan mengambil bidang yang berkaitan dengan kanak-kanak tertumpu kepada kerjaya sebagai pendidik di tadika dan taska sahaja adalah tidak tepat. Faculty of Early Childhood Studies UNITAR International University melahirkan graduan yang akan berkecimpung dengan kerjaya melibatkan industri kanak-kanak seperti di KidZania, Legoland dan Hello Kitty. Kurikulum Pengajian Bidang Kanak-Kanak disesuaikan industri taman tema kanak-kanak. Kerjaya dalam bidang ini amat luas dan langkah Faculty of Early Childhood Studies memberi pengkhususan dalam bidang industri taman tema kanak-kanak amat bertepatan kerana untuk memenuhi keperluan tenaga kerja yang berkemahiran.

Menggalakkan Proses Pertanyaan

Guru boleh menggalakkan proses pertanyaan dengan membantu kanak-kanak menjawab soalannya sendiri. Tujuannya untuk membina pemikiran kreatif. Selain itu guru perlu peka dengan soalan yang dikemukakan oleh kanak-kanak. Sememangnya soalan kanak-kanak tidak terhenti-henti dan mereka terus menyoal atau bertanya. Kanak-kanak perlu mendapatkan maklumat apabila mereka tidak dapat memikirkannya sendiri. Biasanya kanak-kanak akan merasa berpuas hati apbila disediakan dengan jawapannya sendiri sekiranya guru tidak tergesa-gesa dan menyelesaikannya segera. Dalam keadaan ini guru hendaklah sabar kerana kanak-kanak perlu masa untuk memberi jawapan. Contohnya apabila kanak-kanak bertanya,"Apa yang arnab makan?" Guru tidak perlu memberi jawapan sebaliknya berkata,"Saya fikir banyak yang arnab makan. Cuba fikirkan apa yang arnab makan?" Kanak-kanak akan memberi jawapan kepada soalannya sendiri. Jika guru sentiasa menjawab soalan kanak-kanak dengan memberikan maklumat akan mematikan keupayaannya menghasilkan jawapan sendiri. Memberi jawapan kepada kanak-kanak akan melenyapkan peluang untuk berfikir sendiri.

Saturday, June 22, 2013

Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di UNITAR International University

Pelajar Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sesi June 2013
Seramai 22 orang pelajar Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sesi Jun 2013 telah mendaftar di UNITAR International University. Selain pelajar dari Lembah Kelang terdapat pelajar yang datang dari Kota Baharu Kelantan, Kuala Terengganu, Kuantan Pahang, Taiping Perak dan Johor Bahru. Mereka amat bersemangat dan berdidikasi biar pun ada yang datang dari jauh untuk menimba ilmu. Kebanyakan mereka terdiri daripada pengusaha taska/tadika, guru taska/tadika, dan mereka yang berminat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Kuliah dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad berselang minggu.

Menunggu Jawapan Dan Hanya Sedikit Soalan

Walau pun soalan yang di kemukakan kepada kanak-kanak menggunakan bahasa yang sesuai namun masih perlu soalan tambahan untuk membantu kanak-kanak menjawab soalan. Selepas menyoal guru hendaklah menunggu dan memerhatikan kanak-kanak dengan mengharapkan menjawab tetapi dalam keadaan santai (relex). Terdapat ramai guru yang menyoal dengan baik tetapi menjawab sendiri soalan yang ditujukan kepada kanak-kanak. Mungkin guru sedemikian takut dengan keadaan yang senyap atau takut kanak-kanak gagal menjawab. Sebenarnya kanak-kanak sama seperti orang dewasa yang memerlukan masa untuk mengumpul fakta dan merencana untuk menjawab soalan.

Friday, June 21, 2013

Soalan Menyenaraikan Fakta dan Soalan Berfikir

Sebagaimana yang semua tahu bahawa setiap soalan itu tidak sama. Ada soalan cuma untuk kanak-kanak memberitahu guru sesuatu yang telah mereka pelajari. Soalan sebegini boleh dikenali sebab:
  1. mendapatkan maklumat. Contoh "Adakah anda membuat biskut ini di bakar menggunakan oven?"
  2. memerlukan melabel atau menamakan. Contoh, "Saya ada sesuatu di dalam kotak ini, picuba teka?"
  3. meminta kanak-kanak mengingatkan semula. Contoh," Beritahu cikgu apa yang berlaku semasa berjalan-jalan di dalam zoo."

    Thursday, June 20, 2013

    Perkara Yang Perlu Diingat Tentang Pemikiran Kreatif [2]

    Walau pun kanak-kanak berterusan menyelesaikan masalah dan mencipta cerita yang menarik tanpa bantuan dari luar, guru masih perlu mengambil peranan yang aktif untuk menggalakkan pemikiran kreatif. Cara yang paling berkesan dengan bertanya soalan kepada kanak-kanak untuk membantu mereka menjawab soalan sendiri. Antaranya guru boleh:
    1. menyenaraikan fakta dan soalan pendapat
    2. menunggu jawapan dan bertanya sedikit soalan
    3. meransang proses ingin tahu dengan membantu kanak-kanak menjawab soalannya sendiri.

    Wednesday, June 19, 2013

    Perkara Yang Perlu Diingat Tentang Pemikiran Kreatif [1]

    Suatu perkara yang mudah jika melakukan perkara lama yang sama atau membuat suatu yang telah ditetapkan peraturan tanpa memikirkan formulanya. Walau bagaimana pun guru yang berfikiran terbuka sentiasa melihat idea sepontan atau semerta dan cadangan boleh seiring dengan perubahan peraturan apabila dicadangkan oleh kanak-kanak. Guru bersedia melaksanakan idea yang dicadangkan oleh kanak-kanak dan perkara ini akan menggalakkan lagi idea kreatif kanak-kanak. Contohnya apabila dua orang kanak-kanak memotong pisang dengan pisau manakala kanak-kanak ke tiga hanya memerhatikan sahaja kerana tidak cukup pisau. Tiba-tiba kanak-kanak ke tiga memegang gunting ingin mencuba memotong pisang dengan gunting. Guru membenarkan kerana menganggap sebagai idea baru.

    Tuesday, June 18, 2013

    Kegagalan Membina Kreativiti Idea Baru

    Pemikiran konvergen menerusi penyoalan seperti "Ini warna apa?" "Boleh beritahu saya nama bentuk ini?" "Apa yang mesti kita lakukan sebelum melintas jalan? Sebenarnya tidak salah dengan jenis aktiviti mental tersebut; kanak-kanak perlu mempunyai pengetahuan fakta yang biasa pada hujung jari. Walau bagaimana pun penngajaran yang berhenti pada menanyakan fakta gagal membina aspek kreativiti pada keupayaan mental kanak-kanak. Kanak-kanak yang dilatih seperti robot  untuk menghasilkan fakta apabila butang yang betul ditekan tidak dapat menghasilkan idea baru apabila dewasa yang amat diperlukan salam sains, perubatan dan hubungan kemanusiaan.

    Monday, June 17, 2013

    Soalan Yang Menggalakkan Pemikiran Kreatif

    Orang dewasa sama ada disedari atau tidak mengemukakan soalan yang tidak membantu pemikiran kreatif kanak-kanak. Soalan atau pertanyaan yang dikemukakan tidak membantu perkembangan pemikiran kreatif. Gilford (1967) telah menggunakan istilah keupayaan pemikiran divergen dan pemikiran konvergen. Soalan pemikiran konvergen hanya memerlukan satu jawapan sahaja. Manakala soalan pemikiran divergen lebih daripada satu penyelesaian atau jawapan.

    Memupuk Kreativiti Dalam Pemikiran

    Smaith (1966) telah mendefinisikan kreativiti sebagai proses menyalurkan pengalaman lalu dan menghimpunkan pilihan pengalaman kepada bentuk baru, idea baru atau penghasilan yang baru. Definisi ini boleh diaplikasikan kepada pemikiran kanak-kanak dalam permainan dan penggunaan peralatan ekspresif. Keupayaan untuk menggunakan pengalaman dan menghimpunkannya untuk membentuk idea baru adalah sesuatu yang sukar dalam pemikiran kreatif. Kanak-kanak boleh belajar untuk menghasilkan lebih daripada satu jawapan pada satu soalan, mendapatkan cara baru menggunakan peralatan yang biasa digunakan atau menggunakan bahasa yang unik pada luahan cerita sendiri. Bagi menjalankan perkara kreatif kanak-kanak perlu bantuan pengalaman dan bimbingan yang betul. Kanak-kanak perlu bantuan dan kepakaran guru.

    Saturday, June 15, 2013

    Guru Menghindarkan Diri Mendominasi Permainan

    Guru berperanan sebagai pembimbing bukan mendominasi permainan semasa kanak-kanak bermain. Peranan guru juga memberi galakkan dan dorongan mengikut minat dan keupayaan kanak-kanak untuk mendapat pengalaman main dan ekspresi diri. Semasa kanak-kanak  bermain guru hanya sebagai pemerhati.

    Friday, June 14, 2013

    Realiti Menggigit Kanak-Kanak Di Taska

    Kanak-kanak mengigit antara satu sama lain adalah dilihat kerap belaku di taska terutama kanak-kanak tatih. Memulakan kehidupan dalam kumpulan adalah sukar. Kanak-kanak di taska memerlukan dan mahukan perhatian orang dewasa. Apabila tidak mendapat perhatian dan berlaku perhatian negatif seperti tidak diambil peduli, maka perbuatan menggigit merupakan isyarat yang ang selalunya kuat pengaruh kuasanya: cepat dan berkesan yang selalunya mendapat tindakbalas dramatik. Saiz dan kekuatan tidak diperlukan dalam hal menggigit. Bayi pun boleh memberi kesan kesakitan apabila menggigit. Masalah menggigit perlu diberi perhatian oleh orang dewasa.

    Thursday, June 13, 2013

    Program Pengajian Awal Kanak-Kanak Di UNITAR International University

    Mungkin masih ada yang ingin mengetahui masa depan bidang awal kanak-kanak dan laluan kerjaya kepada mereka yang ingin mengambil bidang ini. Tidak keterlaluan International University mempunyai program yang berbeza sama sekali dengan program yang terdapat di institusi pengajian tempat lain. UNITAR International University lebih memberi fokus kepada industri kanak-kanak termasuk pendidikan. Pelajar-pelajarnya dilatih untuk industri pekerjaan yang melibatkan dengan kanak-kanak seperti di KidZania dan beberapa taman tema kanak-kanak yang lain. Makluman lanjut sila baca keratan akhbar.

    Wednesday, June 12, 2013

    Ciri Main Kanak-Kanak

    Kanak-kanak kecil bermula main sendirian dan seterusnya ke peringkat main selari sebelum menyesuaikan diri dengan main berbentuk sosial. Pendidik di taska mesti membenarkan kanak-kanak kecil ini bermain sendirian atau bersebelahan di kalangan mereka tanpa merasa diganggu. Main sendirian ini dan main bersebelahan merupakan langkah semulajadi dalam perkembangan yang juga merupakan pembalikan penguasaan diri kanak-kanak.

    Tuesday, June 11, 2013

    Tahap Perkembangan Main Kanak-Kanak

    Kanak-kanak bermain mengikut peringkat usianya. Terdapat pandangan seperti Smilansky (1968) mengkelaskan main kepada empat tahap perkembangan main. Main bergerak dari mudah ke aktiviti pengulangan deria motor halus (sensorimotor) kepada main konstruktif (menggunakan bahan secara kreatif sama ada main mengikut tema atau tidak bertema), kemudian main dramatika, akhirnya ke peringkat main secara berperaturan.

    Monday, June 10, 2013

    Perkembangan Peringkat Main Kanak-Kanak

    Kanak-kanak bermain secara berperingkat menerusi siri tahap perkembangannya. Kanak-kanak kecil hanya akan memerhati dan bermain sendirian. Seterusnya kanak-kanak melibatkan diri dalam aktiviti selari yang mana mereka bermain bersebelahan dengan kanak-kanak sebaya dengannya. Biasanya kanak-kanak kecil ini bermain dengan peralatan mainan yang sama tetapi tanpa berhubungan sosial. Akhirnya kanak-kanak semakin melibatkan diri dalam permainan sosial yang mana aktiviti berlaku antara dua atau lebih kanak-kanak dan sifat mainnya lebih imaginatif.

    Sunday, June 9, 2013

    Main Membina Aspek Kreatif Personaliti Kanak-Kanak

    Main membolehkan kanak-kanak meluahkan ekspresi personaliti dan tindakbalas yang unik terhadap persekitaran. Aktiviti ekspresif diri memperkayakan imaginasi kanak-kanak. Oleh kerana permainan imaginatif mengandungi elemen kejujuran maka aktiviti aspek kreatif sememangnya main sedia ada memperlihatkan elemen tersebut. Contohnya kanak-kanak boleh memberikan pelbagai jawapan penyelesaian masalah  atau tingkahlaku menerusi permainan imaginatif "dikejar anjing". Pastinya pelbagai penyelesaian masalah dilakukan oleh kanak-kanak untuk mengatasi masalah yang dihadapi ketika di kejar anjing. Mungkin ada yang bersuara tinggi dengan menjerit menghalau anjing, menyiram air, menutup pintu dan sebagainya.

    Saturday, June 8, 2013

    Main Kaya Dengan Nilai Emosi

    Nilai emosi dalam permainan telah lama diterima dan difahami lebih daripada nilai intelektual atau sosial sejak ahli terapis menggunakan main sebagai meditasi untuk meredakan perasaan.Main juga dapat melepaskan tekanan daripada rasa cemburu dengan menggunakan peralatan mainan. Contohnya kadangkala kanak-kanak menggunakan anak patung berimaginasi berkomunikasi sambil meluahkan perasaannya.

    Friday, June 7, 2013

    Permainan Sosiodramatika Memupuk Pembelajaran Kendiri

    Permainan sosiodramatika dapat membantu kanak-kanak memahami tentang diri dan tempat disamping memupuk pertumbuhan simpati dan bertimbangrasa terhadap orang lain. Permainan ini juga dapat menyedarkan kanak-kanak terhadap peranan sosial. Contohnya kanak-kanak dapat memahami menerusi eksperimen ketika sebagai bayi atau ibu atau doktor. Permainan sosiodramatika dapat membantu kanak-kanak belajar kemahiran sosial seperti cara untuk diterima dan bersama dalam kumpulan, cara mengimbangi kuasa dan cara untuk bertolak ansur supaya semua orang mendapatkan kepuasan ketika bermain.

    Thursday, June 6, 2013

    Main Memupuk Perkembangan Sosial Kanak-Kanak

    Main dapat memupuk perkembangan sosial menerusi permainan dramatika dan sosiodramatika. Terdapat dua perbezaan iaitu permainan dramatika melibatkan peniruan yang dilakukan secara sendirian. Apabila kanak-kanak telah menguasai permainan dramatika, mereka akan beralih kepada permainan sosiodramatika yang melibatkan komunikasi verbal dan berinteraksi dengan dua orang atau lebih sambil bermain meniru peranan, olok-olok mempercayai tentang objek, perlakuan dan situasi dalam jangka masa tertentu semasa bermain.

    Wednesday, June 5, 2013

    Main Membina Perkembangan Konsep Pembalikan

    Main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mendapatkan kemahiran informasi disebalik asas pembelajaran. Contohnya menerusi manipulasi bongkah kanak-kanak belajar konsep persamaan (dua bongkah kecil sama dengan sebuah bongkah besar), atau menerusi bermain air kanak-kanak memperolehi pengetahuan tentang isi padu membawa kepada perkembangan pengetahuan konsep pembalikan.

    Tuesday, June 4, 2013

    Main Memupuk Perkembangan Intelektual

    Piaget (1962) berpendapat bahawa permainan imginasi salah satu bentuk pemikiran simbolik pada kanak-kanak dan menerusi main membolehkan kanak-kanak menggunakannya untuk menghubungkan keadaan sebenar dalam konteks minat mereka dan keutamaan kepada pengetahuan dunia. Terbukti bahawa permainan imaginasi, permainan simbolik memberi sumbangan besar terhadap perkembangan intelektual kanak-kanak.

    Monday, June 3, 2013

    Main Membina Perkembangan Mental

    Hasil kajian Smilansky (1968) mengukuhkan pandangan bahawa main dapat membantu perkembangan mental. Kajiannya menunjukkan menerusi main sosio dramatika dapat membina keupayaan kanak-kanak untuk memilih kualiti peranan sosial. Kanak-kanak juga dapat menanggap dan menilai konsep peranan yang lebih besar.

    Sunday, June 2, 2013

    Main Memupuk Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak

    Main dapat memenuhi berbagai tujuan yang luas dalam kehidupan kanak-kanak. Pada peringkat yang paling mudah, main dapat membantu perkembangan kemahiran deria motor. Kanak-kanak menghabiskan masa untuk menguasai keupayaan dan meningkatkan aras kesukaran untuk tugas yang lebih mencabar. Mereka yang pernah bersama kanak-kanak berusia satu tahun akan mengimbas kembali kanak-kanak tanpa merasa penat untuk mencapai matlamat kecekapan asas kemahiran fizikal. Kanak-kanak yang lebih berumur, kita selalu memikirkan aktiviti pengulangan fizikal sebagai aspek utama main. Contohnya di taman permainan kita lihat kanak-kanak bermain buaian, memanjat atau bermain bola. Sebenarnya perkembangan motor fizikal mewakili hanya satu tujuan yang diperolehi menerusi main.

    Saturday, June 1, 2013

    Peranan Main Kepada Kanak-Kanak

    Main dalam pendidikan awal kanak-kanak dapat membantu perkembangan minda dan fizikal. Walau bagaimana pun agak sukar mengapa sesetengah pendidik tidak menilai kebaikan main pada kanak-kanak. Mungkin mereka beranggapan main hanya untuk keseronokan diri sendiri. Keadaan ini dianggap tidak membantu perkembangan akademik. Walau bagaimana pun Sutton-Smith (1967) dan Smilansky (1968) telah dan membuat kajian secara terperinci dan kajiannya menunjukkan akan kepelbagaian tahap main pada perkembangan kanak-kanak.