Friday, May 31, 2013

Perbandingan Ciri Orang Kreatif Dengan Nilai Dan Ciri Yang Dikehendaki Masyarakat [4]

Ciri Orang Kreatif:
  1. Perasaan tidak puas hati.
  2. Mengganggu organisasi.
  3. Dominan (bukan dalam bentuk kuasa).
  4. Emotional.
  5. Emosi yang sensitif
  6. Bertenaga.
 Nilai Dan Ciri Yang Dikehendaki Masyarakat:
  1. Berpuas hati,
  2. Terikat pada organisasi.
  3. Dominan (dalam bentuk kuasa).
  4. Menahan emosi.
  5. Tidak memperduli emosi.
  6. Bersifat pasif.

Thursday, May 30, 2013

Perbandingan Ciri Orang Kreatif Dengan Nilai Dan Ciri Yang Dikehendaki Masyarakat [3]

Ciri orang kreatif:
  1. Mendalami dan bersungguh menyakinkan.
  2. Mencabar kebiasaan susila.
  3. Mencabar kebiasaan kesihatan.
  4. Mencabar untuk kecemerlangan.
  5. Berazam.
  6. Kelainan nilai hairaki.
 Nilai Dan Ciri Yang Dikehendaki Masyarakat:
  1. Keyakinan yang cetek.
  2. Menekankan etika sosial.
  3. Menekankan tabiat kehidupan yang sihat.
  4. Berkeinginan status kedudukan.
  5. Sikap berubah-ubah, ragu-ragu, tidak yakin.
  6. Kerjaya tegar, nilai konvensional

Wednesday, May 29, 2013

Perbandingan Ciri Orang Kreatif Dengan Nilai Dan Ciri Yang Dikehendaki Masyarakat [2]

Ciri orang kreatif:
  1. Tertarik kepada tanpa urutan.
  2. Tertarik kepada mistri atau pelik/aneh.
  3. Mencuba tugasan yang sukar.
  4. Kelihatan malu-malu.
  5. Menerima kritik secara konstruktif.
  6. Berani.
Nilai dan ciri yang dikehendaki masyarakat:
  1. Menolak tanpa urutan.
  2. Selesa dengan sesuatu kebiasaan yang telah diketahui, fakta konkrit.
  3. Berminat terhadap sederhana, makna yang bernilai, mengambil jalan mudah, tugasan yang mudah.
  4. Mengambil jalan mudah, suka bergaul.
  5. Kritikan dianggap sebagai menyentuh peribadi.
  6.  Malu dan segan untuk memberi pandangan sebagai jalan selamat kepada dirinya.

Tuesday, May 28, 2013

Perbandingan Ciri Orang Kreatif Dengan Nilai Dan Ciri Yang Dikehendaki Masyarakat [1]

Ciri-ciri orang kreatif:
  1. Menerima tanpa urutan.
  2. Mencari pengalaman yang berisiko.
  3. Kuat berangan-angan atau kepura-puraan.
  4. Tidak mementingkan diri.
  5. Peka terhadap orang lain.
  6. Berkeadaan membingungkan terhadap sesuatu.

Ciri dan nilai masyarakat:
  1. Tidak menerima tanpa urutan; mahukan tersusun dan kemas, kebersihan, kebiasaan. 
  2. Keselamatan. 
  3. Tiada kelainan; pandangan ekspresi terbuka tentang berangan-angan sebagai kelemahan.  
  4. Berpusatkan kendiri; pemikiran baik hati perlu ganjaran; sebarang pertolongan adalah kebendaan bukan moral.  
  5. Tanpa campurtangan; takut melibatkan diri.  
  6. Penerimaan tanpa soalan

    Monday, May 27, 2013

    Pemilihan Peralatan Ekspresif Kreatif

    Peralatan kreatif yang hendak digunakan perlu dipilih dengan pandangan mata yang menarik. Contohnya bahan kolaj daripada hanya menyediakan bahan biasa sahaja adalah lebih elok menyediakan bahan yang bertentangan dan menarik dari segi tektur dan warna. Kepelbagaian warna dan tektur dapat menghasilkan hasil kreatif dan secara tidak langsung mendidik kanak-kanak menghayati keindahan rekaan mereka.

    Saturday, May 25, 2013

    Peralatan Ekspresif Kreatif Yang Mencukupi

    Guru hendaklah menyediakan peralatan yang mencukupi. Adalah tidak wajar sekiranya semua kanak-kanak menggunakan bahan yang sama tetapi tidak mencukupi. Contohnya setiap kanak-kanak dapat menggunakan bahan tanah liat (paly dough) tetapi setiap kanak-kanak mendapat sedikit sahaja sedangkan keperluan menghasilkan bahan perlu lebih banyak. Peralatan ekspresif kreatif tidak terhad menggunakan tanah liat dan kertas lukisan sahaja. Guru hendaklah mempelbagaikan peralatan kreatif untuk digunakan oleh kanak-kanak membuat pilihan semasa aktiviti kreatif.

    Friday, May 24, 2013

    Beri Masa Kanak-Kanak Yang Bersedia Untuk Aktiviti Kreatif

    Kanak-kanak khususnya dalam usia 3 tahun di taska belum bersedia untuk melakukan aktiviti kreatif. Kanak-kanak ini hanya berdiri dan memerhati rakannya melakukan aktiviti. Di tadika pula terdapat kanak-kanak yang pemalu dan melihat sesuatu aktiviti itu merupakan perkara baru baginya. Oleh itu guru hendaklah memberi ruang masa untuk kanak-kanak ini menyesuaikan keadaan sebelum melakukan aktiviti kreatif.

    Thursday, May 23, 2013

    Teguran Mendorong Penghasilan Kreativiti

    Belajar memberi teguran untuk memupuk penghasilan kreativiti kanak-kanak. Mengambil langkah untuk memberi teguran yang berkesan kepada kanak-kanak semasa kanak-kanak sedang membuat sesuatu ciptaan dapat menggalakkan mereka meneruskan dan melibatkan dirinya lebih mendalami dalam aktiviti. Guru tidak sepatutnya memberi teguran terhadap apa yang dilakukan oleh kanak-kanak sehingga menjatuhkan semangatnya. Adalah lebih baik guru meneka apa yang dilakukan atau meminta kanak-kanak menamakan apa yang sedang dibuat. Biasanya kanak-kanak tidak dapat menyatakan apa yang akan dihasilkan walau pun mereka telah mencuba untuk mewakili bentuk yang diinginya. Orang lain yang melihat penghasilannya akan melihat sesuatu yang lain daripada apa yang difikirkan oleh kanak-kanak. Guru hendaklah melabel atau meletakkan tanda pada penghasilan kanak-kanak supaya dapat difahami apabila kanak-kanak itu sendiri menyatakan apa yang ingin dihasilkannya.

    Wednesday, May 22, 2013

    Proses Kreativiti Bukan Hasilnya

    Memahami adalah proses bukan hasil yang diperlukan oleh kebanyakan kanak-kanak. Kehidupan kita dalam orientasi kerja, budaya menumpukan penghasilan kadangkala kita terlepas pandang kepada perkara yang mudah untuk keseronokan melakukan sesuatu demi kepuasan diri. Kanak-kanak bagaimana pun mendapatkan kepuasan lebih daripada keseronokan. Mereka melalui proses dan mengembirakan saat yang dilalui. Oleh itu tidak perlu tergesa-gesa untuk menghabiskan sesuatu atau merasa tekanan kepada menyiapkan sehingga selesai. Kanak-kanak merasa seronok membawa pulang hasil rekaannya.

    Tuesday, May 21, 2013

    Memberi Ruang Masa Untuk Menggalakkan Kreativiti

    Kanak-kanak perlu diberi banyak masa untuk menggunakan peralatan dan dengan itu kanak-kanak dapat pengalaman kepuasan sebenar. Kanak-kanak perlu masa yang banyak untuk menggunakan peralatan ekspresif seperti bongkah dan 'puzzle'. Apabila kanak-kanak ini berpuas hati dengan meneroka peralatan tersebut, mereka akan memberikan peralatan kepada rakan yang lain untuk menggunakannya. Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk melakukannya sendiri mendapatkan pengalaman dan membina perasaan dan idea semasa menggunakan peralatan ekspresif. Oleh itu guru perlu menjadualkan lebih banyak masa untuk aktiviti yang menggunakan peralatan eksperesif.

    Monday, May 20, 2013

    Menyediakan Model Tidak Menggalakkan Kreativiti

    Meniru bukan sesuatu yang asli. Apabila kanak-kanak disuruh meniru gambar yang disediakan oleh guru dan mewarna gambar, aktiviti sekadar mewarnakan gambar. Kanak-kanak tidak dididik meluahkan perasaan dan citarasanya sendiri. Sekiranya guru inginkan kanak-kanak meluahkan perasaan dan mendorong kreativiti yang asli, guru tidak sekali-kali memberi contoh model untuk ditiru. Biarkan kanak-kanak mengambarkan sesuatu apa yang difikirkannya menerusi pengalaman yang dilaluinya sendiri.

    Sunday, May 19, 2013

    Biarkan Kanak-Kanak Bereksperimen Kreativiti

    Mencampuri seboleh-bolehnya dihindarkan dan jika perlu hanya sedikit sahaja dalam aktiviti kreatif seperti melukis menggunakan warna atau semasa kanak-kanak bermain pasir atau bermain bongkah. Beri kebebasan kanak-kanak meneroka peralatan ekspresi atau luahan seperti tanah liat atau pun semasa kanak-kanak mewarna. Kebebasan meneroka untuk menyatakan ekspresi diri atau luahan perasaan adalah penting dengan mengunakan peralatan terbuka ( open ended materials ). Walau bagaimana pun jika peralatan yang membahayakan guru boleh mencampuri urusan kanak-kanak untuk berkreatif.

    Saturday, May 18, 2013

    Cara Praktikal Menggalakkan Kreativiti

    Terdapat beberapa cara yang praktikal untuk menggalakkan aspek kreativiti dengan mengunakan peralatan ekspresi kendiri:
    1. Mencampuri seboleh-bolehnya sedikit sahaja.
    2. Jangan sekali-kali menyediakan model kepada kanak-kanak untuk ditiru.
    3. Memahami adalah proses bukan hasil yang dikehendaki oleh kebanyakan kanak-kanak.
    4. Memberi banyak masa kepada kanak-kanak menggunakan peralatan supaya pengalamannya memberi kepuasan sebenar.
    5. Belajar cara untuk memberi teguran supaya mendorong penghasilan kreativiti kanak-kanak.
    6. Teguran terdapat pada peralatan ekspresif itu sendiri.

    Friday, May 17, 2013

    Peralatan Kreatif Bentuk Bebas Dalam Sosial, Deria Dan Intelektual.

    Kanak-kanak yang menjalankan aktiviti bersebelahan selalunya memperkembangan semangat bekerjasama. Kanak-kanak yang menggunakan bahan kreativiti memberi banyak peluang deria seperti tanah liat yang melekat, warna menyebabkan jari rasa sejuk dan licin, pergerakan kreatif menjadikan kanak-kanak rasa peka terhadap anggota tubuhnya semasa bergerak mengikut rentak irama muzik. Perkembangan intelektual apabila kanak-kanak mencampurkan warna mereah dan kuning menghasilkan oren, dua bongkah kecil bersamaan sebuah bongkah besar.

    Peralatan Bentuk Bebas Menyatakan Ekspresi Kreativiti

    Ahli psikologi dan guru berpengalaman bersependapat bahawa pengalaman menyediakan banyak peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan mereka. Cukup menarik apabila melihat perkembangan kanak-kanak yang pemalu menggunakan jari untuk mewarna secara mengecap jari (finger printing) memenuhkan ruang tengah kertas. Kemudian kanak-kanak ini seterusnya menggunakan pelbagai warna menyapu dan melakar dengan berus lukisan mengambarkan rasa keseronokan apabila mulai berkeyakinan.

    Thursday, May 16, 2013

    SELAMAT HARI GURU UNITAR INTERNATIONAL UNIVERSITY

    Hari ini sempena menyambut Hari Guru pelajar-pelajar-pelajar tahun akhir Bachelor Early Childhood Education Faculty of Early Childhood Studies UNITAR International University meraikan tenaga pengajar dengan sambutan yang sederhana tetapi penuh bermakna dan keikhlasan menghargai jasa guru.

    Nilai Peralatan Bentuk Bebas Dalam Kreativiti

    Peralatan ekspresi atau luahan merupakan peralatan yang paling bernilai kerana tidak mempunyai perbezaan kerana tidak menekankan sesuatu yang ditetapkan betul oleh seseorang atau menekankan satu cara sahaja yang betul apabila menggunakannya. Ini bermakna kanak-kanak apabila menggunakannya tidak akan menemui bukti kegagalan. Selagi kanak-kanak boleh memberi permerhatian peraturan asas seperti meratakan pasir atau melihat tanah liat di atas meja atau di atas lantai, maka tidak akan berlaku kesilapan apabila kanak-kanak menggunakannya.

    Wednesday, May 15, 2013

    Peralatan Yang Memupuk Kreativiti

    Di tadika atau di taska dicadangkan menggunakan bahan atau peralatan ekspresi kendiri seperti warna, kolaj, tanah liat (dough), alat jahitan dan pergerakan kreatif. Walau pun peralatan itu berbeza, terdapat prinsip asas boleh digunapakai untuk semua aktiviti kreativiti. Contohnya kanak-kanak melukis dan mewarna secara bebas mengikut luahan rasa dirinya secara bebas. Guru tidak perlu mengarah kanak-kanak mewarna lukisan mengikut sesuatu tajuk yang ditetapkan atau mewarna garisan gambar yang disediakan. Hal ini tidak membantu untuk menggalakkan kreativiti kanak-kanak.

    Tuesday, May 14, 2013

    SELAMAT HARI GURU


    Saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada warga pendidik yang dikasihi. Tanpa pendidik siapalah kita. Mereka berjasa membimbing dan mendidik sehingga berjaya. Terima kasih cikgu!

    Persekitaran Yang Sihat Menggalakkan Kreativiti

    Persekitaran di tadika dan taska memainkan peranan dalam membantu kanak-kanak untuk meransang kreativiti. Oleh itu itu jadikan taska dan tadika sebagai persekitaran yang memberi suasana yang bersesuaian, berterusan dan selamat supaya kanak-kanak akan merasakan emosi yang selesa. Suasana yang tenteram dan boleh dijangkakan adalah mempunyai banyak sebab untuk melahirkan kreativiti. Kanak-kanak yang merasa dirinya selamat akan lebih banyak meneroka pengalaman baru, meluahkan perasaan diri sebagai cara untuk berkreatif.

    Monday, May 13, 2013

    Menyemai Tiga Kemahiran Mengajar

    Guru perlu menyemai tiga kemahiran mengajar pada dirinya. Apabila memupuk kreativiti perlu penggunaan peralatan yang ekspresif. Guru hendaklah memberi kebebasan penggunaan peralatan untuk kanak-kanak menerokanya. Apabila membimbing semasa permainan, guru mesti berupaya bergerak seiring dengan imaginasi kanak-kanak. Guru memberi pengukuhan terhadap idea yang dihasilkan oleh kanak-kanak dengan memberi penghargaan dan guru hendaklah belajar bertanya soalan yang mendorong perkembangan pemikiran kanak-kanak.

    Sunday, May 12, 2013

    Selamat Menyambut Hari Ibu

    Hari Ibu merupakan penghargaan kepada ibu yang banyak berjasa membina keluarga. Ibu merupakan pendidik awal yang membentuk keperibadian anak-anak. Tanggungjawab ibu amat besar dan tidak ternilai. Sempena Hari Ibu bersama-sama kita meraikan bersama keluarga di rumah dan kepada ibu-ibu saya mengambil kesempatan mengucapkan "Selamat Hari Ibu."

    Peka Terhadap Tingkahlaku Kreatif Kanak-Kanak

    Memahami tingkahlaku kreatif kanak-kanak adalah penting kepada pengasuh taska dan pendidik di tadika. Kanak-kanak kreatif biasanya menunjukkan tingkahlaku luar biasa daripada kanak-kanak lain. Guru tidak seharusnya meminggirkan tingkahlaku kreatif yang sering dianggap melakukan perlakuan negatif. Guru sepatutnya dengan pemikiran terbuka menerima dengan memahami secara positif terhadap tingkahlaku kreatif kanak-kanak. Sikap terbuka dan menerimaan ini adalah penting untuk memupuk dan mengalakkan kanak-kanak mengembangkan keupayaannya lebih jauh lagi. Keterbukaan dan penerimaan guru dapat membantu mengimbangi penyingkiran dan pemingiran terhadap mereka yang berani untuk menjadi kelainan daripada orang lain.

    Saturday, May 11, 2013

    Program Balai Raya Dan Kreativiti Pelajar Pengajian Awal Kanak-Kanak

    Ada orang bertanya kepada saya mengapa memilih nama 'Balai Raya'? Balai Raya adalah tempat berkumpul dan memeriahkan suasana. Ternyata pelajar-pelajar dari Faculty of Early Childhood Studies bersama Early Childhood Studies Club telah menganjurkan program Balai Raya dengan jayanya pada 7 dan 8 Mei 2013. Pelajar-pelajar dilatih untuk menguruskan program dengan aktiviti amal dan keusahawanan. Menerusi program Balai Raya juga pihak fakulti mengadakan program kerjaya untuk pelajar-pelajar. Tahniah kepada pelajar-pelajar Faculty Early Childhood Studies (FECS) dan Early Childhood Studies Club (ECS Club) telah berjaya menganjurkan program yang memberi manfaat kepada semua warga UNITAR International University dan juga kepada orang ramai yang mengunjungi program Balai Raya.

    Di Sebalik Tingkahlaku Tidak Menarik Tersirat Personaliti Kreatif

    Tingkahlaku yang kualitinya tidak menarik termasuk kedegilan, mencari kesalahan  sesuatu benda, memperlihatkan kepuasan pada diri sendiri, selalu berlawan arus sememangnya tidak digemari oleh guru. Walau bagaimana pun di sebalik kedegilan boleh dilihat sebagai kualiti yang baik untuk ditunjukkan semasa menghadapi idea baru atau mencari kelemahan dan sebab akibat boleh membawa kepada hasil dalam penyoalan dan menganalisa situasi sebelum membuat cadangan penambahbaikan. Oleh itu untuk berlaku adil kita mesti mengakui bahawa sebenarnya kita tidak mengetahui sikap kurang menarik tersirat asas kreativiti atau ada dinkalangan kanak-kanak yang terlepas pandang oleh guru, rakan sebaya dan keluarga seiring dengan kematangan kanak-kanak. Sebenarnya kanak-kanak kreatif memperlihatkan kualiti watak yang disenangi seperti kesungguhan, rasa ingin tahu, inisiatif, sanggup menerima risiko, menyenangi idea yang komplek dan ada unsur humor.

    Friday, May 10, 2013

    Berwaspada Dengan Tingkahlaku Ciri Personaliti

    Tingkahlaku yang guru ingini dikenalpasti pada kanak-kanak selalunya bertindih dengan sifat yang dikaitkan dengan personaliti kreatif. Sebagai contoh, guru yang berfikir bahawa dia menilai sesuatu yang tidak unik akan menemuinya apabila kanak-kanak kecil menumpahkan susu di dalam cawan sebab kanak-kanak tersebut mencuba cara yang asli memegang cawan dengan menggunakan gigi mengigit cawan. Hal ini tidak digemari oleh guru sebagai penerokaan kreatif. Tingkahlaku kanak-kanak yang kreatif selalunya tidak diterima tetapi juga tidak disedari bahawa individu yang kreatis menunjukkan ciri perlakuan yang tidak dipedulikan oleh guru.

    Thursday, May 9, 2013

    Balai Raya Fiesta

    Faculty of Early Childhood Studies (FECS) UNITAR International University telah menganjurkan program Balai Raya yang ke 2 dengan kerjasama Early Childhood Studies Club (ECS Club). Semua ahli ECS Club telah mengembeling tenaga untuk menjayakan program Balai Raya. Program dimeriahkan dengan pelbagai acara kanak-kanak dan jualan amal. Persembahan pelajar-pelajar FECS untuk kanak-kanak tadika dan sesi taklimat kerjaya oleh Mayor KidZania Pn Susanah begitu menarik sekali. Bidang kerjaya untuk pelajar-pelajar tidak lagi terhad kepada profesion sebagai guru taska dan tadika malahan kini lebih luas lagi ke arah industri taman tema kanak-kanak seperti KidZania, Legoland, Hello Kitty dan The Big Club. Bidang kerjaya ini masih baru dengan tawaran gaji yang lumayan jika dibandingkan sebagai guru di taska dan tadika. Pelajar-pelajar dari FECS kini mempunyai pilihan kerjaya yang lebih meluas lagi. 

    Kelainan pelajar FECS UNITAR International University mereka telah disediakan laluan kerjaya. Apabila tamat pengajian, pekerjaan sudah menunggu! Ini yang membezakan graduan UNITAR International University. Malahan pelajar FECS digalakkan bekerja pada hujung minggu di KadZania sebagai pendedahan awal dengan alam pekerjaan.

    Wednesday, May 8, 2013

    Balai Raya Fiesta Faculty of Early Childhood Studies UNITAR International University

    Faculty of Early Childhood Studies hari ini Rabu 8 Mei 2013 menganjurkan acara pesta Balai Raya untuk semua warga kampus pusat dan orang ramai ke UNITAR International University. Saya bagi pihak fakulti mengalu-alukan kehadiran anda semua untuk mengenali lebih dekat tentang program di fakluti dan kerjaya dalam bidang kanak-kanak. Semoga kehadiran anda dapat membuka minda tentang kerjaya dan masa depan dalam bidang ini.

    Implikasi Perkembangan Kreativiti Kepada Guru Taska/Tadika (2)

    Implikasi peringkat perkembangan kreativiti kanak-kanak kepada guru adalah untuk memberi pengetahuan kepada guru apabila menggunakan bahan dan peralatan untuk kanak-kanak tidak sepatutnya mengharapkan menghasilkan hasil yang lengkap. Kebanyakan kanak-kanak berusia 4 tahun ada yang berupaya melakukannya tetapi tidak semua dapat menghasilkan dengan lengkap. Mengharapkan kanak-kanak untuk mendapatkan hasil yang boleh dikenalpasti hasilnya adalah tidak munasabah matlamat kreatif untuk kanak-kanak di peringkat awal usianya.

    Tuesday, May 7, 2013

    Implikasi Perkembangan Kreativiti Kepada Guru Taska/Tadika (1)

    Implikasi peringkat perkembangan kreativiti membolehkan guru di taska dan tadika tidak lagi menghadkan peluang memberi pengalaman dan penerokaan pelbagai peralatan. Penggunaan peralatan merupakan asas pembelajaran kreatif. Pengetahuan sepenuhnya kanak-kanak diperolehi menerusi penerokaan pelbagai untuk menggunakan peralatan. Kebebasan meneroka juga menjadikan pembelajaran yang menarik minat dan sebagai medium yang terbuka.

    Monday, May 6, 2013

    Kreativiti Kanak-Kanak Peringkat Menggambarkan

    Peringkat menggambarkan atau mewakili yang mana kanak-kanak boleh menghasilkan sesuatu atau mencipta sesuatu. Kanak-kanak mungkin mewarna gambar dirinya sendiri atau matahari di langit atau peristiwa yang menarik seperti hari hujan, air di parit atau semasa hari jadinya. Terdapat kanak-kanak yang berupaya menggambar semasa di taska tetapi kebanyakan kanak-kanak membina keupayaan menggambar semasa berada di tadika.

    Sunday, May 5, 2013

    Kreativiti Kanak-Kanak Di Peringkat Tanpa Mewakili

    Peringkat tanpa mewakili bermaksud kanak-kanak cuba menggunakan kemahiran manipulasi seperti melukis atau mewarna tanpa menggambarkan sesuatu atau tidak memberi sebarang makna. Kanak-kanak mewarna tanpa ada tujuan tertentu walau pun terdapat berbagai corak yang dilukis atau diwarnakan namun kandungannya sukar dikenalpasti tetapi mungkin kanak-kanak itu sendiri yang mengetahui. Oleh kerana peringkat ini aktiviti melukis oleh kanak-kanak tanpa tujuan, guru perlu sentiasa bertanya,"Apa itu? sekurang-kurangnya soalan itu akan menjadikan kanak-kanak lebih menumpukan tujuan melukis.

    Saturday, May 4, 2013

    Kreativiti Kanak-Kanak Di Peringkat Meneroka Peralatan

    Kanak-kanak umumnya melalui tahap perkembangan menerusi peralatan kreatif. Pada peringkat awal kanak-kanak akan meneroka sendiri alatan dan menyelidik keadaan sifat peralatan tersebut. Contohnya pada usia 2 tahun dan 3 tahun menghabiskan masa untuk kepuasan yang dapat dilihat menerusi peralatan manipulasi dan penerokaan mewarna dan menggunakan berus atau menguli dan bermain tanah liat (dough). Kanak-kanak menggunakan deria untuk meneroka dan menyelidik peralatan.

    Friday, May 3, 2013

    Peringkat Kreativiti Kanak-Kanak

    Tahap kreativiti kanak-kanak mencapai puncak pada usia 4 tahun hingga 6 tahun. Peringkat ini ada hubungannya dengan tahap perkembangan yang diperkenalkan oleh Erikson. Menurut Erikson pada peringkat usia ini dikenali sebagai tahap initiatif lawan malu. Tahap ini juga kanak-kanak meneroka dan mengalami dan mencerminkan peningkatan tingkahlaku kreatif yang dilakukan menerusi aktiviti yang berbentuk kreatif seperti lukisan, kraf dan penyelesaian masalah.

    Thursday, May 2, 2013

    Aktiviti Kreatif Membentuk Keyakinan Diri

    Aktiviti kreatif merupakan aktiviti yang memberi peluang kepada pengajaran secara individu. Bahan dan aktiviti yang bergantung kepada jenis terbuka memberi ruang keunikan dan dan mengembangkan kepelbagaian untuk membolehkan kanak-kanak menjadikan dirinya berkeyakinan daripada mengharapkan sistem tertutup dan pembelajaran berpusatkan arahan.

    Wednesday, May 1, 2013

    Pengalaman Kreatif Meluahkan Emosi

    Aktiviti kreatif memberi peluang kanak-kanak untuk meluahkan perasaan. Aktiviti kreatif dapat memberi kesan kesimbangan komponen yang menekankan perkembangan intelektual mungkin boleh membayangi semua program yang lain. Oleh itu untuk mengelakkan aktiviti kreatif membayangi aktiviti yang lain maka aktiviti kreatif perlu dirancang dan di urus dengan tersusun ketika di tadika. Contohnya aktiviti mewarna akan menarik minat kanak-kanak sehingga memakan masa yang lama. Guru tidak boleh membiarkan kanak-kanak berterusan seharian dengan aktiviti yang sama dan perlu diseimbangkan dengan aktiviti lain.