Thursday, February 28, 2013

Mengawal Disiplin Apabila Diperlukan (9)

Sentiasa menjadikan hari yang menarik kepada kanak-kanak. Guru di taska perlu menyediakan kepelbagaian ruang untuk mengelakkan perkara yang mendatangkan masalah tingkahlaku. Berbagai peralatan juga perlu disediakan untuk mengekalkan keseronokan dan menjadikan kanak-kanak sentiasa sibuk dengan cara yang produktif. Guru juga perlu merancang dan mempunyai kepekaan untuk mencapai matlamat menjadikan hari-hari yang menarik kepada kanak-kanak di taska.

Wednesday, February 27, 2013

Mengawal Disiplin Apabila Diperlukan (8)

Merancang ke depan apabila membimbing kanak-kanak. Cuba memikirkan semasa keadaan kanak-kanak mula tidak berminat atau masa main kanak-kanak sudah mula merasa bosan untuk menamatkannya. Guru perlu memikirkan serta membayangkan jika berada di tempat kanak-kanak,"Jika saya seperti kanak-kanak, apa yang saya akan buat selepas ini dengan bongkah?" Kemungkinan boleh mengambil bongkah berbentuk lengkung atau bongkah berjalur untuk membuat tempat letak kereta atau membina jambatan. Secara teknikalnya kanak-kanak akan meneruskan permainan bongkah dan memanjangkan masa penumpuan kanak-kanak dengan perasaan gembira serta menghindarkan permasalahan tingkahlaku.

Tuesday, February 26, 2013

Mengawal Disiplin Apabila Diperlukan (7)

Mengadakan peraturan seboleh-bolehnya sedikit sahaja, tetapi tegaskan peraturan tersebut. Peraturan yang dilaksanakan akan menjadi kebiasaan untuk dipatuhi dengan pengawasan guru. Sekiranya peraturan itu selalu ditambahbaik dari masa ke semasa menerusi perbincangan dengan kanak-kanak, peraturan yang ketat dalam perlaksanaannya boleh dilonggarkan kerana kanak-kanak telah memahami dan membiasakan diri mengikut peraturan. Apabila melaksanakan peraturan perlu diterangkan dengan ringkas,"Kamu perlu menekan butang tekanan air tandas, supaya bersih untuk orang selepas kamu."

Monday, February 25, 2013

Mengawal Disiplin Apabila Diperlukan (6)

Menghindarkan ketegangan yang tidak diperlukan. Maksudnya berlaku rasa tidak puas hati dikalangan kanak-kanak seperti keperluan mainan dan tidak suka aktiviti yang dijalankan . Walau pun di taska yang diuruskan dengan baik masih terdapat ketegangan dikalangan kanak-kanak yang tidak disedari oleh orang dewasa. Kajian di University Chicago mendapati terdapat dua puuh episod unsur ketegangan setiap minit seharian di taska. Walau pun ketegangan ini tidak berpunca daripada guru, kajian ini menggalakkan untuk mengelakkan daripada berlaku ketegangan agar dapat mengurangkan perasaan kekecewaan dan meningkatkan perasaan kepuasan kanak-kanak.

Sunday, February 24, 2013

Mengawal Disiplin Apabila Diperlukan (5)

Memberikan Isyarat Masa Lebih Awal Untuk Memudahkan Transisi. Melakukan transisi guru pelu memaklumkan kepada kanak-kanak, beberapa minit sebelum aktiviti berakhir untuk berubah ke aktiviti lain. Guru mungkin boleh berkata,"Kamu ada masa untuk mewarana sedikit lagi. Kemudian kamu boleh bantu saya membasuh berus. Lepas ini kita boleh mendengar cerita." Memaklumkan lebih awal memberi masa untuk kanak-kanak menyimpulkan apa yang sedang dilakukan dan seterusnya bersedia untuk mengalih ke aktiviti lain.

Saturday, February 23, 2013

Mengawal Disiplin Apabila Diperlukan (4)

Beri pilihan apabila bersesuaian tetapi jika tiada pilihan jangan diberi pilihan. Sekiranya kanak-kanak diberi pilihan guru perlu bersedia untuk menyediakannya. Soalan seperti,"Adakah kamu mahu makan?" "Adakah kamu suka mewarna atau bermain menggunakan bongkah?" atau "Adakah kamu suka membantu guru mengemas mainan?". Sebaliknya guru ada yang menggunakan permintaan seperti,"Berhenti main di situ, okay?" atau "Makan biskut ini,". Kanak-kanak kecil di taska selalunya menjawab "Tidak mahu!". Guru selalunya terus memaksa. Berikan pilihan apabila hendak memberi kanak-kanak membuat pilihan tetapi tidak perlu memberikan pilihan jika tiada.

Friday, February 22, 2013

Mengawal Disiplin Apabila Diperlukan (3)

Penekanan kepada positif daripada negatif, sentiasa beritahu kanak-kanak perkara yang betul untuk diamalkan. Sikap ini boleh dibentuk dengan sedikit latihan. Apabila menggunakan arahan positif daripada berkata," Jangan sampai kasut kamu basah," atau "Elakkan dari takungan air itu," guru boleh berkata,"Jalan di tepi kawasan takungan air." Semasa bermain pasir, guru boleh juga berkata,"Letakkan pasir ke dalam lori pengangkut pasir," daripada berkata,"Jangan melempar pasir." Teknik ini berupaya mengurangkan kritikan negatif tetapi juga boleh mengarahkan kanak-kanak kepada sesuatu yang kanak-kanak boleh melakukan dan diterima.

Thursday, February 21, 2013

Mengawal Disiplin Apabila Diperlukan (2)

Apabila pengulangan tingkahlaku bermasalah yang sama, analisa situasi masalah dan cuba mengubahnya bukan menyalahkan kanak-kanak. Jika berlaku berulangkali, semak kesan tindakan yang diperlukan dan ubah situasi bukan cubah mengubah kanak-kanak. Contohnya, daripada memberitahu kanak-kanak untuk duduk diam, adalah baik memberi peluang kanak-kanak mendengar cerita, atau beri peluang kanak-kanak tersebut bermain sendirian berdekatan semasa aktiviti mendengar cerita sehingga kanak-kanak tersebut berminat untuk mendengar bersama dalam kumpulan.

Wednesday, February 20, 2013

Mengawal Disiplin Apabila Diperlukan (1)

Mengawal disiplin apabila diperlukan bermaksud memberi ganjaran tingkahlaku yang anda mahukan supaya berterusan. Bukan memberi ganjaran yang anda harap untuk tidak menggalakkan perlakuan tingkahlaku. Kanak-kanak akan mengulangi tingkahlaku daripada apa yang mereka perolehi sebagai kepuasan diri. Ganjaran bukan semestinya berbentuk bintang atau gula-gula. Memadai dengan kata pujian atau ucapan seperti, "Terima kasih," atau "Sungguh baik sekali cara anda hasilkan tulisan".

Tuesday, February 19, 2013

Cara Yang Praktikal Untuk Memudahkan Kanak-Kanak Bersopan

Terdapat tiga perkara asas untuk membantu kanak-kanak di taska atau tadika berkelakuan yang boleh diterima oleh kanak-kanak, penambahbaikan yang mudah, disiplin yang berkualiti dan mengawal dalam kumpulan iaitu: 
(1) mengawal situasi disiplin apabila diperlukan; 
(2) meningkatkan perasaan harga diri kanak-kanak supaya kanak merasa berkeyakinan dan boleh mengawal diri sendiri; dan 
(3) mengetahui apa yang boleh dilakukan apabila berlaku krisis.

Monday, February 18, 2013

10 Cara Yang Mudah Tidak Mencapai Matlamat Asas Disiplin Yang Baik (10)

Kesepuluh, terlalu banyak bercakap sehingga mengelirukan kanak-kanak. Percakapan yang boleh membuat kanak-kanak rasa rendah diri dan merasa malu. Menerusi percakapan yang mengugut akan memberitahu ibu bapa kanak-kanak dengan harapan kanak-kanak akan memahami kesan tindakan dan tingkahlakunya. Menjadikan tanda aras 'memberitahu ibu bapa' sebagai set pertuturan yang boleh mengawal kanak-kanak.

Sunday, February 17, 2013

10 Cara Yang Mudah Tidak Mencapai Matlamat Asas Disiplin Yang Baik (9)

Kesembilan, tidak menedahkan atau tidak ambil kisah tentang masalah. Membiarkan kanak-kanak yang bermasalah tingkahlaku atau kanak-kanak yang sering menyebabkan masalah untuk bermain-main dengan guru baru. Beranggapan guru baru akan dapat pengalaman baru. Keadaan akan menjadi lebih buruk atau sebaliknya jika dibiarkan kanak-kanak yang bermasalah mempermainkan guru baru.

Saturday, February 16, 2013

10 Cara Yang Mudah Tidak Mencapai Matlamat Asas Disiplin Yang Baik (8)

Kelapan, memukul kanak-kanak: mencubit atau mukul di lengan kanak-kanak apabila tidak ada sesiapa yang melihat perbuatan tersebut. Cara ini akan menakutkan kanak-kanak, tetapi kemungkinan kanak-kanak akan berkelakuan baik selepas itu. Kesan pukulan atau cubitan di lengan akan meninggalkan kesan negatif kepada kanak-kanak.

Friday, February 15, 2013

10 Cara Yang Mudah Tidak Mencapai Matlamat Asas Disiplin Yang Baik (7)

Ketujuh, rasa hilang kesabaran dan berteriak dengan suara yang kuat kepada kanak-kanak di dalam kelas atau di luar kelas. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak merasa takut dan memberi kesan kepada tingkahlakunya. Guru merasakan tindakannya betul dan berjaya mengatasi masalah tingkahlaku kanak-kanak. Sebaliknya kesan negatif kepada perkembangan emosi kanak-kanak.

Thursday, February 14, 2013

10 Cara Yang Mudah Tidak Mencapai Matlamat Asas Disiplin Yang Baik (6)

Keenam, berputus asa separuh jalan menerusi perbincangan dan membiarkan kanak-kanak berlari begitu sahaja. Sepatutnya anda tidak sepatutnya meninggalkan tempat yang sepatutnya anda berada. Keadaan ini berlaku sewaktu bermain di luar seperti di taman permainan. Anda tidak dapat berbuat apa-apa dan mengalah dan tidak dapat mengawal tingkahlaku kanak-kanak biarpun teguran dan larangan diberikan. Akhirnya anda sendiri yang mengalah dan berputus asa.

Wednesday, February 13, 2013

10 Cara Yang Mudah Tidak Mencapai Matlamat Asas Disiplin Yang Baik (5)

Kelima, sentiasa tidak berubah. Matlamat untuk mendisiplin kanak-kanak tidak akan tercapai jika berkekalan dan tidak berubah. Sentiasa menghukum dengan melakukan perkara yang sama kepada kanak-kanak. Contohnya apa yang dilakukan oleh kanak-kanak, suruh mereka duduk di depan kelas berdekatan meja guru.

Tuesday, February 12, 2013

10 Cara Yang Mudah Tidak Mencapai Matlamat Asas Disiplin Yang Baik (4)

Keempat, memastikan cara kanak-kanak belajar sendirian tanpa diberi perhatian: tidak memberi perhatian kemungkinan kanak-kanak kecil dibuli dan sesetengah kanak-kanak belajar yang berkemungkinan betul. Sekiranya membiarkan kanak-kanak belajar sendirian tanpa bimbingan yang diperlukan akan memungkinkan mempelajari perkara yang tidak betul. Mereka juga akan terpengaruh dengan persekitaran khususnya daripada rakan sebaya sekiranya menunjukkan tingkahlaku yang negatif untuk dicontohi oleh kanak-kanak lain.

Monday, February 11, 2013

10 Cara Yang Mudah Tidak Mencapai Matlamat Asas Disiplin Yang Baik (3)

Ketiga, tiada bersebab: tidak memberi ruang kepada kanak-kanak (1) letih (2) lapar (3) tidak mendapat sesuatu, atau (4) mendapatkan sesuatu. Hal ini akan membantu merosakkan keadaan yang mempunyai pelbagai peraturan tidak jelas serta tidak diterangkan walau pun peraturan dikuatkuasakan dengan tegas. Perkara sebegini menyebabkan sukar untuk mencapai matlamat mendisiplinkan kanak-kanak kerana keperluan asas tidak dipenuhi dan peraturan yang tidak memberi pertimbangan menyebabkan kanak-kanak sukar untuk mematuhi peraturan.

Sunday, February 10, 2013

10 Cara Yang Mudah Tidak Mencapai Matlamat Asas Disiplin Yang Baik (2)

Kedua, sentiasa tidak tetap atau tegas dengan peraturan. Kadangkala anda sebagai guru telah menetapkan peraturan yang perlu diikuti oleh kanak-kanak. Pada suatu keadaan pula membiarkan sahaja tanpa menegaskan peraturan jika kanak-kanak melanggar peraturan. Contohnya anda membiarkan kanak-kanak berlari didepan buaian sewaktu rakan lain bermain buaian sedangkan peraturan tidak membenarkan kanak-kanak berada didepan buaian yang sedang digunakan kerana membahayakan.

Saturday, February 9, 2013

10 Cara Yang Mudah Tidak Mencapai Matlamat Asas Disiplin Yang Baik (1)

Pertama, menyuruh kanak-kanak terlalu banyak menunggu dan mengharapkan kanak-kanak duduk dengan senyap semasa mereka menunggu. Anda mengharapkan kanak-kanak seperti orang dewasa yang boleh mengawal keadaan. Pastinya akan mengecewakan kerana kanak-kanak tidak akan bertahan lama. Matlamat asas untuk mendisiplin dengan baik tidak tercapai.

Friday, February 8, 2013

Tanggapan Kanak-Kanak Terhadap Kelas

Kanak-kanak mempunyai berlainan tanggapan terhadap kelasnya. Pandangan yang disenaraikan ini boleh direnungkan dan ditambahbaikan.
  • kami mahu keseronokan
  • kami suka diberi pilihan dan memilih
  • kami bertindakbalas pada peraturan yang dapat membantu perkembangan diri
  • kami perlu masa untuk belajar peraturan dan persekitaran yang baru
  • kami amat suka mereka yang melayani kami dengan cara menghargai/menghormati
  • kami menghadapi hari-hari kesukaran apabila kami mahu duduk bersendirian
  • kami bukan selalu boleh bersama dengan semua rakan sebaya.

Thursday, February 7, 2013

Tanggapan Ibu Bapa Terhadap Kelas Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Ibu bapa mempunyai tanggapan yang tersendiri terhadap kelas pendidikan awal kanak-kanak. Berikut antara tanggapan ibu bapa apabila melihat kelas:
  • Saya berharap mendapat penerangan tentang pengurusan tingkahlaku kelas yang diamalkan.
  • Saya boleh membantu guru anak saya untuk menghindarkan konflik dengan memberikan maklumat tentang pengalaman kehidupan anak, kemahiran dirinya, minat dan perkara yang ditakutinya.
  • Guru hendaklah menghormati nilai dan matlamat kehidupan yang kami mahukan terhadap anak saya.
  • Guru perlu bersedia untuk menjawab pertanyaan saya tentang isu pengurusan tingkahlaku.

Wednesday, February 6, 2013

Tanggapan Guru Di Kelas

Guru mempunyai tanggapan atau pandangan apabila di kelas. Mungkin anda boleh menambah pandangan guru daripada yang disenaraikan seperti berikut:
  • Orang lain akan menilai kemahiran pengajaran saya menerusi tingkahlaku kanak-kanak di kelas saya.
  • Saya bertanggungjawab terhadap keselamatan semua kanak-kanak di dalam kelas.
  • Saya mesti mengekalkan peraturan jika ingin berjaya melaksanakan rancangan mengajar.
  • Projek di kelas memerlukan kanak-kanak untuk mendengar, mengikut arahan dan bekerjasama.

Tuesday, February 5, 2013

Tumpuan Kumpulan Membina Tingkahlaku Positif

Amalan kepatuhan yang bergantung kepada peraturan yang berpusatkan guru terhadap tingkahlaku tertentu kanak-kanak boleh diarahkan secara berpasukan. Beberapa pertimbangan diberikan kepada beberapa peraturan yang tidak dipatuhi, sedikit harapan dibuat untuk kanak-kanak yang tidak berupaya melihat/memahami atau terlepas pandang terhadap peraturan di kelas. Guru yang melaksanakan amalan bimbingan hendaklah menimbangkan kontek tingkahlaku dan setiap kanak-kanak. Pertimbangan ini digunakan untuk membentuk kerjasama dengan kanak-kanak menerusi perbincangan mengapa peraturan diabaikan dan mencari jalan supaya menerima peraturan yang lain untuk dipatuhi. Peringatan, guru cuba elakkan perkara yang memalukan kanak-kanak. Bincangkan hal tingkahlaku bukan personaliti kanak-kanak.

Monday, February 4, 2013

Amalan Bimbingan Tingkahlaku Berpasukan

Amalan bimbingan yang menumpukan kepada pendekatan berpusatkan pasukan memberi pengiktirafan tehadap kehendak guru, ibu bapa dan kanak-kanak sendiri, Ini disebabkan berlainan harapan dan kehendak selalunya terdapat pada setiap kumpulan. Biasanya boleh dimulakan pada awal tahun dengan peraturan yang mudah dan dipersetujui oleh semua orang. Misalnya peraturan keselamatan yang mudah difahami dan dipersetujui semua:
  • saya akan menjaga diri sendiri.
  • saya akan menjaga rakan-rakan.
  • saya akan menjaga bilik darjah.

Sunday, February 3, 2013

Membentuk Tingkahlaku Berpusatkan Guru

Amalan kepatuhan tingkahlaku kanak-kanak adalah berpusatkan kepada guru. Pihak guru yang menentukan peraturan dan menguatkuasakan peraturan di kelas. Hasilnya, terdapat berbagai peraturan diadakan sepajang tahun menjadikan kanak-kanak sukar untuk mengingati peraturan tersebut. Kanak-kanak yang baru cuba memahami peraturan yang ditetapkan guru tetapi apabila berlaku isu baru makan guru terus menambah peraturan.

Saturday, February 2, 2013

Tumpuan Menurut atau Meluahkan Perasaan Tingkahlaku Kanak-Kanak

Amalan kepatuhan memberi tumpuan hanya kepada tingkahlaku yang menurut peraturan ditetapkan oleh guru. Kanak-kanak yang menunjukkan rasa marah akan dilihat sebagai menentang dan tidak menghormati. Biasanya diikuti dengan hukuman. Amalan bimbingan pula membantu kanak-kanak kepada meluahkan perasaan menerusi berfikir dan perasaan secara yang bersesuaian. Kanak-kanak yang menunjukkan rasa marah dilihat sebagai peluang untuk diajar cara meluahkan perasaan diri menggunakan kemahiran komunikasi yang betul.

Friday, February 1, 2013

Pengawalan TingkahLaku Jangka Pendek

Amalan mematuhi arahan adalah fokus jangka pendek untuk mengekalkan keadaan kelas yang terkawal menerusi tekanan luaran daripada guru. Walau pun kawalan kelas sebagai objektif untuk amalan bimbingan kanak-kanak, tetapi bukanlah objektif utama. Namun dianggap sebagai kesan sekunder untuk guru membantu kanak-kanak meningkatkan kawalan dalaman menerusi pembelajaran berkomunikasi dan kemahiran penyelesaian masalah. Ringkasnya, guru menggunakan amalan bimbingan untuk membantu kanak-kanak membina rasa tanggungjawab terhadap corak tingkahlaku yang disemai dalam jangka panjang dan terbina daripada inisiatif sendiri.