Thursday, March 31, 2011

Kategori Kanak-Kanak Menarik Diri

Sikap ibu bapa kanak-kanak yang menarik diri (withdrawan) sentiasa mengasingkan, kurang mesra dan tidak menggalakkan terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa seperti ini cuba untuk membentuk dan mengawal tingkahlaku dan sikap anak mengikut set piawaian (standard) untuk dilakukan serta dipatuhi. Tanpa menyoal, mematuhi dan menghormati pada yang berwibawa (authorithy), menerima arahan ibu bapa dan guru dan harapan sentiasa betul. Ibu bapa kategori ini dipanggil sebagai autoritarian.

Wednesday, March 30, 2011

Kategori Kanak-Kanak Berkecekapan

Menurut kajian kanak-kanak di tadika yang berkecekapan hasil daripada pengasuhan ibu bapa yang mengawal (controling) dan menuntut (demanding), tetapi mesra, bertimbang rasa, bertindakbalas dan menerima komunikasi anaknya. Ibu bapa sentiasa memberi dorongan dan menghargai dengan verbal memberi-menerima dan menghormati minat anaknya dan keupayaan individu. Ibu bapa kumpulan ini juga menggalakkan autonomi, berdikari, dan mengawal diri. Ibu bapa kategori kumpulan ini terdiri daripada jenis autoritatif.

Tuesday, March 29, 2011

Kategori TingkahLaku Kanak-kanak

Berdasarkan kajian permerhatian kanak-kanak di premis pendidikan awal kanak-kanak terdapat 3 kategori tingkahlaku kanak-kanak iaitu:
  1. Kanak-kanak yang berkecekapan (competence) terdiri daripada mereka yang berdikari, mengawal diri, meneroka, berkerjasama, dan riang.
  2. Kanak-kanak yang menarik diri terdiri (withdrawn)mereka yang kecewa, ketakutan, lambat mesra dengan kanak-kanak lain, bermain sendirian, kerap tanpa tujuan dan sentiasa muram.
  3. Kanak-kanak belum matang (imature) terdiri daripada mereka yang kasar, kurang kawalan diri dan bergantung harap, sering aggerisif dan tidak berminat meneroka persekitarannya.

Sunday, March 27, 2011

Panduan Pemilihan Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Saya sering ditanya cara untuk menentukan program pendidikan awal kanak-kanak yang terbaik. Terlalu banyak untuk dinyatakan. Di sini saya cuba menyenaraikan beberapa persoalan sebagai panduan:
  1. Bagaimanakah kemudahan fizikalnya?
  2. Adakah penglibatan kelihatan kelihatan gembira atau pasif?
  3. Adakah televisyen digunakan untuk menggantikan kurikulum dan guru yang baik?
  4. Apakah jenis peralatan yang disediakan untuk main dan belajar?
  5. Adakah melaksanakan aktiviti yang seimbang?
  6. Adakah keselamatan fizikalnya selamat dan sihat?
  7. Adakah menyediakan falsafah dan objektif secara bertulis?
  8. Adakah kakitangannya menulis rancangan pengajaran?
  9. Apakah nisbah orang dewasa - kanak-kanak?
  10. Apakah jenis pendidikan atau latihan yang ada pada kakitangan?
  11. Bagaimanakah pengurusan makanannya?
  12. Adakah pengurus atau kakitangan boleh memberi penjelasan programnya?
  13. Bagaimanakah layanan kakitangan terhadap orang dewasa dan ibu bapa?
  14. Adakah programnya mampu untuk anda?
  15. Adakah ibu bapa kanak-kanak yang telah mendaftar berpuas hati?
  16. Adakah masa dan perkhidmatan program sesuai dengan keperluan ibu bapa?
  17. Bagaimanakah hubungan kakitangan dengan kanak-kanak?
  18. Bagaimanakah cara kakitangan menangani masalah disiplin tingkahlaku?
  19. Bagaimanakah cara menangani masalah kecemasan?

Saturday, March 26, 2011

Asas Model Kurikulum Dalam Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Model kurikulum yang menjadi asas program mengandungi pengurusan dan komponen pedagogikal perancangan pendidikan. Model yang menjadi asas bertujuan untuk mencapai matlamat yang akan dihasilkan. Model berasaskan kepada teori psikologi. Terdapat dua perbezaan teori perkembangan dan teori amalan. Teri perkembangan menyatakan secara umum tentang faktor yang memberi kesan kepada tingkahlaku kanak-kanak. Teori amalan menjelaskan apa yang pengamal mesti lakukan untuk menggalakkan sesuatu tingkahlaku.

Tiga teori perkembangan yang diaplikasikan dalam program pendidikan awal kanak-kanak yang menjadi teori yang diamalkan iaitu:
  • model perkembangan kanak-kanak
  • model pengajaran terus
  • model berasaskan teori Piaget
  • model perkembangan interaksi
  • model montessori

Friday, March 25, 2011

Latihan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Berdasarkan kajian pendidik yang terlatih dalam perkembangan kanak-kanak dan pendidikan awal kanak-kanak adalah penanda aras yang terbaik dalam kualiti pengajarannya. Pendidik termasuk pengasuh, penyelia, pengurus dan pengusaha mesti belajar untuk mengintegrasikan apa yang dipelajari tentang kurikulum, penilaian dan pengurusan berkumpulan dengan apa yang diketahui tentang kanak-kanak.

Thursday, March 24, 2011

Perbandingan 20: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Yang Bersesuaian

Perbandingan 20: Cara yang tidak bersesuaian sering diamalkan oleh guru yang tidak mendapat pendedahan teori perkembangan kanak-kanak dan tidak berpeluang untuk mengamalkan perkembangan kanak-kanak dalam program yang dilaksanakannya. Apabila guru tidak mendapat latihan mereka mengarah kepada sistem persekolahan formal. Ini termasuk mereka yang membuat dasar kurikulum berpusat untuk dipatuhi oleh semua peringkat sekira sistem pendidikan itu mengamalkan sistem pendidikan awal kanak-kanak berpusat.

Amalan perkembangan yang bersesuaian programnya memberi peluang, melatih dan membantu kakitangan untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan perkembangan kanak-kanak. Guru dilatih untuk memberi jawapan mudah, mengenali banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dan membuat kolabrasi untuk membuat keputusan.

Wednesday, March 23, 2011

Perbandingan 19: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Yang Bersesuaian

Perbandingan 19: Amalan perkembangan yang tidak bersesuaian menggunakan urutan umur sebagai asas ujian dan penilaian untuk mengenalpasti kelayakan masuk ke dalam program atau pergerakan tahap untuk ke tahap yang lain dalam program. Semua kanak-kanak dianggap sama kebolehan pencapaiannya dan ujian dan penilaian berdasarkan pembelajaran kognitif sahaja.

Program amalan yang bersesuaian mengenalpasti kepelbagaian dan tidak mengenepikan kanak-kanak berasaskan ujian kesediaan semata-mata. Program mengambilkira semua keperluan perkembangan kanak-kanak dan tahap kebolehan kanak-kanak. Kelengkapan dan aktiviti dalam kelas dipilih disesuaikan dengan perkembangan setiap peringkat umur kanak-kanak.

Tuesday, March 22, 2011

Perbandingan 18: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Yang Bersesuaian

Perbandingan 18: Perkembangan yang tidak bersesuaian programnya tidak memberi perhatian terhadap warisan budaya kanak-kanak dan keluarga. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat melihat kepentingan budaya dan tradisi masyarakatnya.

Amalan yang bersesuaian programnya menghargai warisan budaya dan menjadikannya dalam kontek pembelajaran kanak-kanak. Kanak-kanak dapat menghargai pelbagai budaya mengikut masyarakat persekitarannya.

Monday, March 21, 2011

Perbandingan 17: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Yang Bersesuaian

Perbandingan 17: Program perkembangan yang tidak bersesuaian komunikasi dengan ibu bapa amat terhad dan tidak dianggap penting. Mereka percaya bahawa mereka adalah pakar yang profesional terhadap kanak-kanak dan tidak memerlukan penglibatan ibu bapa untuk mendapatkan maklumat, pandangan, persoalan atau bimbingan. Kebiasaannya terlibat dijika diperlukan atau tidak terlibat sama sekali.

Program amalan perkembangan yang bersesuaian, guru menghargai maklumat dan idea daripada ibu bapa untuk memahami perkembangan kanak-kanak secara individu. Mereka kerap berkomunikasi dan membina persefahaman dan kepercayaan, merancang mengikut kesesuaian dan sentiasa bertindak balas terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak merasa selesa antara rumah dan sekolah dan rasa dihargai terhadap penglibatan ibu bapanya. Peranan utama ibu bapa dalam perkembangan kanak-kanak adalah mengenalpasti dan sokongan.

Sunday, March 20, 2011

Perbandingan 16: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Bersesuaian

Perbandingan 16: Perkembangan yang tidak bersesuaian, permainan luar dianggap sebagai waktu yang singkat untuk kanak-kanak mengeluarkan peluh sebelum balik semula ke dalam kelas untuk belajar. Guru berpandangan peranannya semata-mata untuk mengawasi keselamatan kanak-kanak, bersantai dan bersosial dengan orang dewasa yang lain. Oleh sebab itu permainan luar boleh menjadi permainan yang kasar.

Dalam program amalan yang bersesuaian, pembelajaran bersepadu dianggap boleh berlaku sama ada di dalam dan di luar kelas dengan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membina kawalan dan kemahiran perkembangan motor kasar dalam permainan, interaksi sosial, dan pengetahuan tentang persekitaran di luar. Guru berinteraksi, memerhati dan membimbing di dalam dan luar kelas. Pelbagai peralatan yang menarik dan pengalaman di rancang untuk pembelajaran di luar.

Saturday, March 19, 2011

Perbandingan 15: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Yang Bersesuaian

Perbandingan 15: Amalan perkembangan yang tidak bersesuaian memastikan semua kanak-kanak di dalam kelas dalam keadaan senyap. Interaksi verbal antara orang dewasa dan kanak-kanak lain adalah penting untuk membina asas bahasa sebagai kemahiran akademik di masa depan dan memahami pengetahuan di persekitarannya. Apabila persekitaran dan aktiviti pembelajaran tidak menggalakkan bahasa, pertuturan aktif tidak didorong, orang dewasa tidak memberi tindak balas secara positif dan tidak melayani pertuturan kanak-kanak bermakna pembelajaran terhenti. Dalam kelas amalan perkembangan yang tidak bersesuaian suara orang dewasa memberi arahan, kerap bercakap kepada keseluruhan kumpulan. Manakala suara kanak-kanak di dalam kelas jarang kedengaran.

Amalan yang bersesuaian guru sentiasa menghargai kanak-kanak menggunakan bahasa dengan memberi tindak balas, memberi masa pada pertuturan setiap kanak-kanak, membimbing interaksi verbal semua kanak-kanak dengan menyusun ruang, menstrukturkan aktiviti, merancang pengalaman berbahasa. Guru memahami hubungan bahasa dan perkembangan kognitif.

Friday, March 18, 2011

Perbandingan 14: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Yang Bersesuaian

Perbandingan 14: Bilik darjah yang tidak bersesuaian gurunya sentiasa menguasai setiap keadaan untuk mengawal tingkahlaku yang baik dengan memberi ganjaran dan tingkahlaku yang bertentangan didenda. Matlamat utama adalah menjayakan pengajaran tanpa gangguan dengan menetapkan peraturan dan menjalankan mengikut sistem yang diarahkan pihak pengurusan. Guru sentiasa campurtangan dalam aktiviti penyelesaian masalah. Tindakan guru sentiasa tegang dan tegas. Perkembangan sosial kanak-kanak dan kemahiran personal dan interpersonal dilihat tidak dinilai dalam kurikulum.

Amalan perkembangan yang bersesuaian guru mengenalpasti kepentingan perkembangan pengawalan diri (self-control) dan komunikasi sosial memainkan peranan penting dan prosesnya perlahan dan berterusan. Perkembangan tersebut mempunyai hubungan dengan keupayaan berbahasa dan kefahaman kognitif. Guru sentiasa memberi bimbingan dalam semua aspek perkembangan sosial dan memberi dorongan dalam penyelesaian masalah, komunikasi dan membentuk perkembangan diri kanak-kanak.

Thursday, March 17, 2011

Perbandingan 13: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Yang Bersesuaian

Perbandingan 13: Perkembangan amalan yang tidak bersesuaian gurunya membuat semua kerja mengemas dan tugasan rutin sendirian. Alasannya guru merasakan lebih berkesan membuat kerja tersebut dan tidak nampak nilai kebaikannya melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti mengemas. Rutin selalunya dilakukan secara tergesa-gesa. Guru mengesa mengarah membuat kumpulan dan mendapatkan pembelajaran "sebenar" menerusi kumpulan. Kanak-kanak tidak mendapat peluang berlatih kemahiran sendiri dan tidak berpeluang merasai dirinya sebagai bebas memilih dan bertanggungjawab.

Amalan perkembangan yang bersesuaian menguruskan rutin berasaskan pengiktirafan setiap pengalaman itu adalah peluang pembelajaran sebenar untuk kanak-kanak. Guru melibatkan kanak-kanak, mengambil masa untuk membantu kanak-kanak belajar dan berlatih kemahiran dan merasakan menyelesaikan tugasannya. Peralatan disediakan untuk kanak-kanak menguruskannya, membantu kanak-kanak merasakan kecekapan. Keupayaan kanak-kanak diperkukuhkan dengan pengiktirafan. Kanak-kanak digalakkan untuk merasakan bahawa tanggungjawab penglibatan adalah perlu untuk menyumbang kepada kumpulan.

Wednesday, March 16, 2011

Perbandingan 12: Perkembangan Yang tidak Bersesuaian Lawan Amalan Bersesuaian

Perbandingan 12: Guru membuat semua keputusan dalam kelas perkembangan yang tidak bersesuaian. Keputusan guru termasuk memberikan tugasan aktiviti, mengarahkan semua kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti, membuat tugasan atau bermain dengan kanak-kanak tertentu atau berkumpulan, mengerakan dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain menggunakan loceng. Kanak-kanak langsung tiada pilihan.

Amalan yang bersesuaian guru di dalam kelas mengenalpasti kanak-kanak belajar apabila mereka semua terlibat dengan pengalaman. Penglibatan kanak-kanak adalah menerusi pilihan sendiri dan mempunyai masa yang secukupnya untuk penglibatan sepenuhnya. Guru akan membantu dan menggalakkan kanak-kanak untuk mencapai pengalaman baru menerusi cabaran tetapi bukan memaksa melakukan aktiviti atau memilih rakan. Banyak pilihan aktiviti diberikan kepada kanak-kanak. Guru mengenalpasti bahawa memberi peluang pilihan kepada kanak-kanak mempunyai hubungan kepada kemahiran dan berdikari.

Tuesday, March 15, 2011

Perbandingan 11: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Yang Bersesuaian

Perbandingan 11: Program perkembangan yang tidak bersesuaian menganggap main memberi peluang kepada "kanak-kanak menjadi kanak-kanak" untuk jangka masa yang singkat dan selainnya guru akan mengawal pengajaran sepanjang hari. Kepentingan main dalalm pembelajaran kanak-kanak dan perkembangannya diabaikan. Guru membenarkan kanak-kanak bermain jika kanak-kanak telah menyelesaikan tugasan dan berkelakuan baik.

Program amalan perkembangan yang bersesuaian mengiktiraf main sebagai asas program. Guru memainkan peranan yang aktif untuk mendorong dan membantu penglibatan kanak-kanak dalam main, menyediakan peralatan, masa dan idea untuk menjadikan main lebih komplek.

Monday, March 14, 2011

Perbandingan 10: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Yang Bersesuaian

Perbandingan 10: Perkembangan amalan yang tidak bersesuaian rancangan mengajar dibina oleh guru yang membuat keputusan semata-mata berasaskan apa yang guru rasa sepatutnya dipelajari oleh sekumpulan pada hari yang ditetapkan atau berdasarkan panduan sistem kurikulum yang ditetapkan oleh panduan kurikulum pusat. Masa yang ditetapkan pada aktiviti atau topik telah ditetapkan terlebih dahulu. Guru patuh kepada jadual dan pertukaran aktiviti mengikut masa (jam) dan kalendar bukannya mengikut minat kanak-kanak dan penglibatannya. Kebiasaannya perlaksanaan kurikulum tergesa-gesa mengejar masa untuk diselesaikan sebagaimana yang ditetapkan.

Perkembangan amalan yang bersesuaian, guru merancang berasaskan permerhatian dan penilaian aktiviti kanak-kanak, minat, keperluan, penglibatan dan keupayaan. Peralatan adalah dipilih sesuai dengan tahap minat semasa kanak-kanak. Guru menentukan peralatan atau mengubah penggunaan peralatan berasaskan penggunaan kanak-kanak terhadap peralatan. Apabila minat kanak-kanak berkurangan pada masa itu guru akan menukarkan peralatan pembelajaran.

Sunday, March 13, 2011

Perbandingan 9: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Yang Bersesuaian

Perbandingan 9: Amalan yang kurang bersesuaian pembelajaran tertumpu kepada simbol yang tidak jelas atau kabur (abstract). Contohnya abjad dan nombor adalah kemahiran yang asing dan menghafal simbol-simbol berkenaan. Contoh lain adalah menyanyi abjad dan menulis semula abjad. Tugasan adalah dipilih oleh guru. Tugasan mungkin dilihat orang dewasa ada perkaitannya kerana tugasan itu disusun mengikut urutan dan susunan konsep yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak semasa membaca, menulis dan memahami matematik. Walau bagaimana kanak-kanak tidak dapat melihat hubungan antara tugasan pembelajaran dan pengalaman sebenar dan minat mereka.

Amalan yang bersesuaian kurikulumnya memberi peluang aktiviti pembelajaran kanak-kanak yang konkrit dengan peralatan dan orang dapat mengenalpasti kesesuaiannya dengan pengalaman kehidupan kanak-kanak. Guru memahami cara literasi dan pembelajaran nombor lahir daripada aktiviti. Contohnya memasukan bersama pelbagai aktiviti pebagai media untuk mewakili lawatan ke zoo, membincangkan cerita kepada guru, membincangkan lawatan dan memberi arahan mudah untuk menyediakan dan mengukur.

Saturday, March 12, 2011

Perbandingan 8: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Yang Bersesuaian

Perbandingan 8: Amalan yang tidak bersesuaian terlalu menumpukan kepada pembelajaran kognitif dan khusus bahagian bidang tertentu sahaja. Contohnya sains, matematik, bahasa, fizikal dengan memisahkan bidang mengikut masa dan cara atau kaedah yang berbeza. Keadaan ini menghasilkan kanak-kanak yang tidak berupaya membentuk kefahaman minda untuk menghubungkan dalam pembelajarannya.

Amalan yang bersesuaian, guru mengenalpasti setiap aspek perkembangan seeperti fizikal, sosial, emosi, kognitif dan bahasa adalah saling berhubungkait antara satu sama lain. Semua pembelajaran di peringkat pendidikan awal kanak-kanak berhubungkait pada setiap aspek.

Friday, March 11, 2011

Perbandingan 7: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Yang Bersesuaian

Perbandingan 7: Amalan yang tidak bersesuaian kepada kanak-kanak lebih menekankan hasil pembelajaran yang ditetapkan. Subjek dan kandungan yang akan dipelajari oleh kanak-kanak disempitkan, memberi jangka masa, orang dewasa menetapkan konsep yang betul, penyelesaian, kemajuan, dan kegagalan. Guru menetapkan objektif pembelajaran khusus dan memastikan semua kanak-kanak mencapai objektif yang ditetapkan mengikut rancangan guru. Contohnya menetapkan kanak-kanak berusia dua tahun mengenali lima warna kad imbasan pada waktu pagi.

Amalan yang bersesuaian mengenalpasti pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak sebagai proses berterusan dan tidak mudah diukur secara kuntiti. Guru tidak merancang objektif tingkahlaku tertentu. Terdapat berlainan pembelajaran dalam satu aktiviti untuk kanak-kanak.

Thursday, March 10, 2011

Perbandingan 6: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Yang Bersesuaian

Perbandingan 6: Amalan perkembangan yang tidak bersesuaian apabila komponen hubungan tidak dinilai dalam kelas. Orang dewasa tidak melihat peranannya untuk memahami kanak-kanak memerlukan hubungan kemesraan di kalangan kanak-kanak sebagaimana orang dewasa. Hubungan antara kanak-kanak tidak dipupuk menerusi perancangan aktiviti pembelajaran dan persekitarannya. Kanak-kanak sentiasa diarah untuk membuat tugasan secara sendirian. Kanak-kanak yang menghadapi kesukaran membina persahabatan tidak disokong dengan pembinaan sosial akan kekal sendirian dan terpinggir.

Amalan yang bersesuaian, guru mengenalpasti kepentingan perkembangan hubungan dan sentiasa membina hubungan mesra antara kanak-kanak. Guru juga sentiasa bertindakbalas dengan mesra terhadap kanak-kanak. Guru memikirkan cara tugasan yang ke arah masyarakat mesra dan perihatin, membantu kanak-kanak yang beru membina hubungan persahabatan dan pembelajaran secara kolabrasi. Suasana kelas sentiasa mesra dan menyenangkan.

Wednesday, March 9, 2011

Perbandingan 5: Perkembangan Yang Tidak Bersessuaian Lawan Amalan Bersesuaian

Perbandingan 5: Amalan perkembangan yang tidak bersesuaian gagal menyediakan rutin yang dijangkakan dan penghayatan seharian di dalam kelasnya. Jadual disediakan berdasarkan keselesaan orang dewasa bukan untuk bertindakbalas kepada keperluan kanak-kanak. Oleh kerana sentiasa bertukar aktiviti, kanak-kanak tidak cukup masa untuk melibatkan kepada aktiviti konstruktif. Keadaan yang kelam kabut kerana guru cuba mengesa kanak-kanak menyiapkan segera untuk ke aktiviti seterusnya.

Amalan yang bersesuaian programnya memberi tumpuan kepada merancang jadual yang boleh dijangkakan, seimbang untuk aktiviti aktif dan masa senyap, memenuhi keperluan kanak-kanak untuk tenang dan rasa selamat. Guru mengawal rasa keletihan kanak-kanak supaya suasana kekal selesa kekal. Menyediakan jangka ruang masa yang sesuai supaya kanak-kanak terlibat sepenuhnya dalam aktiviti main.

Tuesday, March 8, 2011

Perbandingan 4: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Bersesuaian

Perbandingan 4: Amalan perkembangan yang tidak bersesuaian sedikit sahaja menekankan penggunaan peralatan untuk kanak-kanak. Kebanyakan peralatan yang digunakan untuk tugasan menggunakan kertas dan pensil dengan arah terus daripada guru. Amalan perkembangan yang tidak bersesuaian memberi tugasan kepada kanak-kanak dengan banyak menggunakan lembaran kerja, buku kerja dan kad imbasan (flash cards) untuk sesi latih tubi (drill session).

Amalan yang besesuaian pemilihan peralatan sesuai dengan keperluan kanak-kanak untuk meningkatkan daya kreativiti dan mendidik ke arah berdikari. Bahan yang dipilih memberi peluang cabaran dan kejayaan kepada kanak-kanak.

Monday, March 7, 2011

Perbandingan 3: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Yang Bersesuaian

Perbandingan 3: Program prerkembangan yang tidak bersesuaian ialah menyuruh kanak-kanak duduk mendengar atau membuat kerja yang disuruh dan menjalankan tugasan sepanjang masa. Hal ini menidakkan keperluan kanak-kanak yang memerlukan fizikal aktif dan interaktif dengan peralatan dan orang lain dalam bentuk pembelajaran, dan pemilihan sendiri aktiviti pembelajaran untuk meningkatkan minat kepada pembelajarannya.

Amalan perkembangan yang bersesuaian semua pembelajaran berlaku dipelbagai sudut pembelajaran atau di tempat ruang pilihan aktiviti, sama ada secara berkumpulan atau individu kana-kanak memilih pelbagai peralatan terbuka (open ended materials). Kanak-kanak bergerak secara bebas, lebih banyak masa, banyak ruang aktiviti di kelas, memilih tempat untuk bermain yang diminati. Ruang pembelajaran direka untuk mendorong rasa ingin tahu dan membentuk ruang untuk kumpulan kecil menghasilkan kerja yang produktif.

Sunday, March 6, 2011

Perbandingan 2: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Bersesuaian

Perbandingan 2: Apabila kanak-kanak membuat perkara yang sama pada satu masa memerlukan guru yang mengawal, mengarah, memberitahu sehingga menjadikan guru memberi perhatian sepenuhnya. Keadaan ini menjadikan guru sebagai orang yang aktif mengambil bahagian semasa pembelajaran manakala kanak-kanak sebagai orang yang pasif menerima sahaja yang ditentukan oleh guru untuk dipelajari pada hari itu. Guru seperti mengenepikan perkembangan kanak-kanak yang sepatutnya kanak-kanak memainkan peranan aktif semasa pembelajaran berlaku. Pembelajaran sebenarnya bukan sekadar menyampaikan dengan memberitahu sahaja.

Amalan yang bersesuaian berlaku di kelas sepatutnya guru sebagai pemudahcara (facilitator), mendorong dan memperluaskan aktiviti pembelajaran, bertindakbalas terhadap minat kanak-kanak dan keupayaannya. Guru memahami peranannya berkerjasama dengan kanak-kanak untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran dan meletakkan kanak-kanak untuk lebih aktif semasa aktiviti pembelajaran berlaku.

Saturday, March 5, 2011

Perbandingan 1: Perkembangan Yang Tidak Bersesuaian Lawan Amalan Bersesuaian

Perbandingan 1: Perkembangan yang tidak bersesuaian adalah mengarahkan semua kanak-kanak dalam satu kumpulan untuk membuat aktiviti yang sama dalam satu masa. Contohnya, menyuruh semua kanak-kanak melukis gambar yang sama atau mewarna gambar rumah yang sama. Amalan yang tidak betul ini mengandaikan semua kanak-kanak mengikut urutan umur perkembangannya adalah sama. Sepatutnya mengenalpasti keunikan cara pembelajaran mengikut tahap keupayaan, minat dan pengalaman. Semua kanak-kanak yang tidak berpeluang memilih perkembangan untuk berjaya, mereka tidak akan dapat membina berkeyakinan diri dalam pembelajaran. Kanak-kanak ini juga tidak berpeluang untuk membina peluang keyakinan diri dengan orang lain sekiranya amalan yang tidak bersesuaian berterusan.

Kelas yang mengamalkan amalan yang bersesuaian, gurunya mengenalpasti keunikan perkembangan kanak-kanak, mempunyai senarai jadual kepeluaan individu, merujuk kepada keupayaan kanak-kanak yang diberi dalam jangka masa tertentu. Suasana kelasnya sentiasa dirancang untuk bertindakbalas kepada setiap kanak-kanak.

Wednesday, March 2, 2011

Dengarlah Ini Sayang


Dengarlah Ini Sayang adalah sebuah buku puisi kanak-kanak sesuai untuk aktiviti kanak-kanak di taska dan tadika. Aktiviti pilihan seperti bermain dengan bayi "Cik...cak ah!". Jika bahasa Inggeris "Peak-a-booo!". Biar pun tidak memberi erti tetapi aktiviti ini dapat meransang emosi bayi dan hubungan komunikasi antara pengasuh kanak-kanak dengan bayi. Terdapat beberapa puisi yang sesuai untuk aktiviti dalam bulatan contohnya:
Kor udang gamit,
Tanam cekur gali kunyit,

Kor gam gamit,
Minta cekur beri kunyit.

Tuesday, March 1, 2011

Larangan Penderaan Di TASKA

Semua bentuk penderaan (abuse) tidak dibenarkan sama sekali. Penderaan sama ada dalam berbentuk emosi atau fizikal kepada kanak-kanak di taska adalah tidak dibenarkan. Pihak pengurusan taska sama ada di tempat kerja, komuniti dan institusi mahu pun taska di rumah tidak dibenarkan memaksa kanak-kanak menjalankan aktitivi yang dirancang oleh pihak taska. Kakitangan (staff) di taska perlu menggunakan perkataan yang sopan sewaktu mendisiplinkan kanak-kanak. Tidak dibenarkan terlibat dengan perlakuan sumbang (indecent behavior) di taska.

Mereka yang terlibat di taska seperti pengusaha, pengurus, penyelia, pengasuh kanak-kanak. pengasuh berdaftar, pekerja dan lain-lain ahli keluarga yang terlibat dengan taska tidak mempunyai rekod jenayah berkaitan dengan kesalahan seksual, moral atau penderaan kanak-kanak.